Tanya Dr. Edmond

Tulang Pipi Tak Ketara

Soalan 1: Saya berusia 32 tahun dan sudah berkahwin. Rumahtangga saya sangat bahagia dan kami mempunyai seorang anak perempuan. Saya sentiasa perasan bahawa pipi saya sedikit rata dan saya tidak mempunyai tulang pipi. Saya tahu bahawa tulang pipi yang tinggi sangat penting merupakan salah satu ciri yang istimewa pada wajah seseorang wanita dan boleh membuatkan wajah kelihatan anggun, menarik dan paling penting lebih mudah untuk memakai pemerah pipi.

Masalahnya, saya bukan seseorang yang kerap memakai alat solek apatah lagi solekan tebal. Saya lebih suka solekan yang kelihatan natural dan sentiasa menggunakan solekan yang tipis pada mata dan bibir saya dengan menggunakan bedak muka dan tidak sesekali menggunakan krim asas muka (foundation).

Rakan saya menyarankan saya melakukan pembedahan plastik atau fillers secara berpatutan, bagi memberi hasil yang saya inginkan dan paling penting, selamat. Kesangsian saya, adakah ini benar? Walaupun saya tidak pasti sama ada saya akan lakukannya atau tidak, persoalan ini mengganggu fikiran saya dan saya perlu tahu secara kasar maklumat penting dan pilihan yang ada di luar sana untuk saya. Bolehkah anda membantu saya? Terima kasih.

Zubaidah Abdul Rashid,
Penyelaras Acara
Kuala Lumpur

Puan Zubaidah,

Jika anda rasa was-was kerana mempunyai tulang pipi yang leper ataupun hampir tidak kelihatan, anda disarankan untuk membuat fillers pada bahagian pipi. Semakin anda meningkat usia, pipi anda mungkin akan menjadi lebih rata dan kulit anda akan menjadi kendur. Ini disebabkan oleh kehilangan keanjalan kulit pada kawasan pipi atau pakar menggelarkan, kehilangan keanjalan pada peringkat pertengahan umur. 

Prosedur kosmetik ini dicipta untuk mengangkat tulang pipi anda, bagi menambah keanjalan pada kulit wajah di bahagian tersebut serta melicinkan garis halus dan kedutan.

Fillers pipi menjadi semakin terkenal kini. Terdapat pelbagai jenis fillers di pusat perkhidmatan kecantikan, namun begitu, saya menyarankan fillers asid hialuronik yang lebih selamat kerana sifat semula jadinya. Fillers asid hialuronik boleh bertahan di antara lapan bulan sehingga satu tahun lima bulan sebelum hasilnya tidak kelihatan. Material kulit fillers akhirnya akan larut dan dimetabolismakan dalam tisu kulit anda.

Dibandingkan dengan pilihan rawatan lain seperti implan pipi dan pembedahan muka, fillers pipi mempunyai beberapa kebaikan yang jelas:

  1. Ia boleh dilakukan di klinik estetik dengan sedikit atau tiada anestesia.
  2. Pemulihan untuk fillers pipi adalah cepat,dan kebanyakannya meneruskan kerja atau aktiviti sehari-harian.
  3. Fillers pipi bertahan untuk beberapa bulan dan tahun, hasilnya tidak kekal, jadi jika anda menukar fikiran tentangnya, hasilnya tidak akan kelihatan.
  4. Fillers pipi tidak membawa risiko kompilasi dan risiko jangkitan juga rendah.
  5. Fillers pipi boleh diubahsuai setelah dimasukkan, bermaksud anda boleh menambah lebih filler dalam bahagian suntikan sehingga anda mendapat hasil yang diingini.
  6. Fillers pipi lebih murah berbanding pembedahan plastik invasif.

Fillers pipi kurang risikonya, prosedurnya mudah dan tempoh pemulihan pula singkat. Tetapi ini tidak bermaksud tiada risiko kesan sampingan. Kesan sampingan yang biasa termasuklah bengkak, lebam dan kemerahan. Kesan sampingan lain ialah tindak balas alahan, jangkitan, kecederaan tisu sehingga urat atau arteri tersumbat serta buta. Risiko kesan sampingan lebih tinggi jika anda menggunakan perkhidmatan pusat kecantikan tanpa lesen atau tidak bertauliah dan tidak berpengalaman.

Semasa janji temu, doktor anda boleh menggunakan anestetik topikal pada tempat suntikan atau menggunakan agen kebas yang sudah dicampurkan ke dalam filler itu sendiri. Proses suntikan sepatutnya mudah dan hanya mengambil masa 20 minit. Selepas suntikan, biasanya anda dapat melihat hasilnya secepat mungkin. Ia akan mengambil masa satu atau dua hari untuk filler tersebut menetap di posisi sepatutnya pada muka anda. Anda boleh terus memandu dan kembali bekerja atau janji temu lain selepas prosedur tersebut.

Jika anda berfikir untuk melakukan fillers pipi, penting untuk anda mencari doktor berlesen yang mempunyai pengalaman dalam melaksanakan suntikan fillers kulit. Menggunakan perkhidmatan pakar yang ‘memberi diskaun’ atau tidak mempunyai lesen selalunya menimbulkan masalah dan  meningkatkan risiko kompilasi pada fillers kulit anda.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang fillers kulit, layari Xeoul Clinic di link ini http://xeoulclinic.com/services/dermal-fillers/

Sengsara Kesan Jerawat Ekstrim

Soalan 2:  Saya bermasalah kulit berjerawat. Dulu masa sekolah menengah dan hinggalah saya masuk kolej, kulit saya memang tidak pernah reda daripada masalah itu. Sering ia buat saya malu lebih lagi bila saya sedang didatangi haid memanglah lebih teruk hingga saya tidak mahu keluar dengan teman-teman kerana saya tahu bila kami bersama orang pasti akan membandingkan kulit saya yang bermasalah dengan mereka.

Bila saya sudah bekerja kulit bertambah baik dan jerawat berkurangan tetapi timbul pula beberapa masalah lain seperti noda hitam di kedua-dua belah pipi saya. Saya terbaca banyak risalah kecantikan yang mengatakan ianya boleh saya hapuskan dengan kaedah laser. Malah ia juga boleh menghilangkan kesan daripada jerawat lama saya yang masih ada dan proses ini akan membuat kulit saya cantik dan sekata.

Soalan saya apakah laser ini selamat? Dalam situasi dan masalah saya ini, apakah prosedur atau cara rawatan lain yang biasa dilakukan? Akhir sekali saya ingin tahu, bolehkah saya percaya pusat kecantikan yang menawarkan rawatan-rawatan seperti ini?

Fatihah Zainal, 30
Pegawai Kerajaan
Johor 

Puan Fatihah,

Tidak mustahil untuk mendapat kedua-duanya masalah seperti hiperpigmentasi dan parut kesan daripada bekas jerawat. Pada keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan kesan psikologi yang ekstrem kepada pesakit dan boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Namun, hiperpigmentasi dan parut jerawat ini merupakan dua kesan masalah kulit  berbeza yang memerlukan kaedah rawatan yang berbeza.

Parut bekas jerawat muncul apabila sama ada sejumlah besar lebihan tisu daripada cela (hipertropik atau parut keloid iaitu parut besar) atau terdapat tekanan kepada ruangan kulit akibat kekurangan tisu (atropik – parut Icepick, parut Rolling, parut Boxcar). Parut atropik ini terbentuk apabila penghasilan kolagen tidak mencukupi untuk menyembuhkan lekukan parut disebabkan oleh keradangan. 

Parut ini boleh dirawat menggunakan kaedah ablatif laser seperti ‘Fraction CO2’. Kajian klinikal dan histologi menunjukkan bahawa rawatan menggunakan kaedah  laser CO2 dapat mencapai 80% keberkesanannya dalam merawat parut atropik. Fraction CO2 direka untuk menghasilkan luka termal mikroskopik yang disebabkan oleh kerosakan  termal homogen pada tahap tertentu kulit yang mempunyai parut. Apabila lapisan atas parut ini terkupas, kulit anda akan menjadi lebih licin dan kesan parut kulit anda akan kurang kelihatan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih optimum, saya menyarankan agar rawatan dijalankan sebanyak tiga hingga enam sesi dalam jarak antara tiga atau empat minggu.

Post-inflammatory hyperpigmentation’ (PIH) pula merupakan tompokan yang rata, hitam atau tidak berwarna yang terhasil beberapa minggu selepas jerawat reda. Semasa kulit mengalami proses pemulihan, kulit menghasilkan terlalu banyak melanin akibat keradangan. Melanin ialah sel pigmen di dalam kulit yang menghasilkan warna kulit. Perubahan warna kulit ini kekal walaupun setelah luka ini sembuh sepenuhnya.

Berita baik, PIH ini lama kelamaan akan hilang sedikit demi sedikit walaupun tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, proses ini memakan masa tiga hingga 24 bulan untuk hilang sepenuhnya tetapi dalam sesetengah kes, PIH ini akan kekal dan memerlukan rawatan kosmetik untuk menghilangkannya. Laser pigmentasi seperti Q-switched Nd:YAG 1064-nm boleh digunakan untuk merawat kesan jerawat PIH. Kelebihan Q-switched Nd:YAG ialah kesan pendarahan dan kerak yang minima. Pelbagai jenis sesi rawatan laser diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kedua-dua rawatan laser ini mudah, berkesan dan selamat dalam proses untuk mengurangkan kesan parut jerawat dan pigmentasi. Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah mencari doktor yang berpengalaman dan berkelayakan untuk menjalankan rawatan laser ini. Doktor anda akan berbincang tentang  kesan baik dan buruknya serta akan membimbing anda untuk memilih rawatan dan produk yang sesuai untuk anda.

Penasihat kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye Pengarah Kesihatan http://xeoulclinic.com/

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye melalui email editor-my@mwm.majalahwm.com atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/ Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/

Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com

Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic

Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic. berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009 Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik.   

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi  Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik  Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada Universiti UCSI pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta.  

Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON