CANTIKGAYA HIDUP

Tanya Dr Edmond March 2020

Berapa kerap patut saya buat pengelupasan kulit?

Saya tahu pengelupasan kulit adalah kunci kepada kulit yang licin, cerah dan membuat rona kulit nampak sekata namun begitu saya keliru tentang sekerap mana harus saya lakukan? Apakah ia juga bergantung kepada jenis kulit dan keperluannya?

Soalan saya ialah sekerap mana patut saya buat pengelupasan kulit untuk muka dan badan juga. Pada masa ini saya lakukan dua kali seminggu. Masalahnya ada yang kata itu keterlaluan untuk kulit saya. Benarkah? 

Jasmine Shaari, Guru Zumba, 29, Negeri Sembilan
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”11864″][thb_gap height=”40″]
Cik Jasmine,

Pengelupasan ialah proses yang melibatkan pembuangan lapisan sel kulit mati dan berupaya mengurangkan masalah kulit kusam serta mempertingkatkan tona kulit. Terdapat dua jenis bahan pengelupasan; fisikal dan kemikal. Pengelupas fisikal menggunakan partikel yang kasar dan keras untuk menyingkirkan sel kulit mati di permukaan kulit, sementara pengelupas kemikal pula menggunakan glycolic acid atau asid gliserol untuk melarutkan rantaian di antara sel-sel kulit dan memudahkan ia dihapuskan.

Sekerap mana anda patut mengupas kulit setiap minggu bergantung kepada jenis kulit dan juga apakah hasil yang anda mahukan.

  1. Kulit kering patut menggunakan pengupas yang mengandungi asid gliserol hanya sekali atau dua kali seminggu untuk mengelakkan kekeringan dan sensitiviti.
  2. Bagi kulit berminyak pula anda boleh mengupas dua atau tiga kali seminggu menggunakan pengupas fisikal atau kemikal mengikut ketahanan kulit atau yang mana lebih sesuai. Sebaiknya pilih produk yang mengandungi asid salisilik yang mana ia akan membantu mengatasi masalah pori-pori  tersumbat tanpa menganggu pegeluaran minyak dan menghalang berlakunya jerawat.
  3. Kulit kombinasi pula boleh menggunakan kedua-duanya baik pengupas fisikal atau kemikal sebanyak dua atau tiga kali seminggu mengikut yang mana lebih sesuai. Paling bagus gunakan produk yang mengandungi bahan seperti asid mandelic yang berguna untuk membuang lebihan minyak pada permukaan kulit, namun begitu ia lembut pada kulit yang di bahagian kering juga.

Pengelupasan kulit boleh meninggalkan kesan kering, jadi penting menyapu pelembap atau produk yang boleh melembabkan kulit. Ingat! Jangan mengupas keterlaluan kerana ia boleh menyebabkan radang kulit, kulit bersisik, kemerah-merahan dan mungkin boleh membawa kepada jangkitan.

[thb_gap height=”40″]

Dagu Tirus

S: Tolong! Saya memiliki dagu yang lebar dan pendek. Saya rasa hodoh!

Sebagai seorang remaja perempuan dan mempunyai impian untuk bekerja dalam industri fesyen sebab saya suka fesyen dan kecantikan.  Namun masalah saya mengejar impian saya adalah dagu saya. Saya sering rasa rendah diri tentang rupa saya – dagu saya.

Saya tahu dalam kecantikan, dagu tirus dan kecil adalah jenis dagu sempurna dan kita tahu peragawati, artis-artis dunia terkenal di dunia memiliki dagu sedemikian. Sebaliknya saya punya adalah lebar dan pendek.

Bukanlah saya benci sangat rupa saya sekarang, malahan saya suka mata saya yang cantik, ketebalan bulu mata saya yang saya warisi dari ibu saya, saya mempunyai hidung yang elok hanya dagu saya ni yang membuat muka saya nampak bulat.

Saya sedang memikirkan untuk membuat kesempurnaan atau pembetulan dagu, apa saja yang dinamakan, tetapi saya nak buat sesuatu tentangnya. Saya ingin tahu apa yang terbaik untuk saya, tatacara, waktu yang saya perlu dan apa yang perlu saya tahu sebelum saya membuat keputusan.

Nurfarahin Harris, Pelajar Kolej 23, Perak.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”11865″][thb_gap height=”40″]
Cik Nurfarahin,

Seperti ciri-ciri wajah yang lain, bentuk dagu adalah pelbagai bentuk dan saiz. Dagu yang jelas menjadikan adalah  keseimbangan yang elok di antara hidung, pipi dan leher. Sebaliknya, dagu yang kecil atau dagu tersekat mungkin tidak menyediakan struktur yang cukup untuk memaparkan perbezaan yang jelas di antara wajah dan leher.

Jika anda terganggu oleh dagu yang ‘lemah’, penambah baikan dagu dengan pengisian tanpa pembedahan dan pembedahan implan dagu adalah opsyen yang anda boleh pilih untuk menguatkan dagu dan memberi kepuasan keseimbangan yang lebih estetik pada wajah anda.  Yang mana yang sesuai untuk anda adalah bergantung kepada kehendak dan tujuan individu.

Penambahan dagu tanpa pembedahan adalah cara untuk penambahan dagu menggunakan cucukan pengisian atau filler. Kebanyakan pengisian adalah sementara, dengan hasil bertahan daripada bulanan ke bertahun. Pengisian sementara yang biasa yang banyak digunakan adalah persediaan asid hyaluronik. Sila elakkan pengisian yang kekal, contoh silikon, yang kurang diminati oleh kerana risiko pemindahan, keradangan kronik dan infeksi, yang boleh mengakibatkan kecacatan dagu. Manfaat utama penambahan dagu dengan pengisian atau filler adalah penambahbaikan pantas, tiada pembedahan atau turun masa, selamat dan berkesan, serta mengurangkan kos pendahuluan berbanding dengan implan dagu.

Pembedahan penambahbaikan dagu (implan dagu) adalah prosedur pembedahan biasa menggunakan implan biosesuai untuk meningkatkan kontur dagu dan harmoni dengan raut wajah.  Salah satu cara adalah dengan pemotongan sama ada bawah dagu atau dalam bibir bawah untuk menyediakan poket untuk meletakkan implan. Implan tersebut akan meningkatkan unjuran dan kelebaran dagu dan boleh dikonturkan jika perlu untuk untuk mencapai kesesuaian terbaik untuk setiap kes individu.  Implan dagu boleh menciptakan penambahbaikan yang dramatik dengan hasil yang kekal dengan suatu prosedur.

Jika anda masih memikirkan tentang melalui pembedahan, tetapi anda bersedia untuk membuat sesuatu untuk memperkuatkan dagu anda, pertimbangkan permulaan dengan cucukan pengisian atau filler sebagai prosedur percubaan. Sementara hasilnya tidaklah sedramatik dengan pengisian, penambahbaikan tersebut adalah cukup untuk memberi anda rasa apa yang boleh dikecapi dengan implan dagu. Tambahan, jika anda perlukan penambahbaikan dagu, pengisian boleh mencapai ini; tidak perlu pembedahan.

[thb_gap height=”40″]

Penasihat kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye Pengarah Kesihatan http://xeoulclinic.com/

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye melalui email [email protected] atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/

Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/

Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com

Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic

Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic. berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009 Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik.   

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi  Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik  Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada Universiti UCSI pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta.  

Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).

[thb_gap height=”100″]

Related posts

Coli Eksklusif Wanita Hamil & Yang Menyusu Anak

admin

‘UMMI’ HANIZAN HUSSIN

adminwm

Ketahui Info Ringkas Tentang Solekan Glossy

admin

Leave a Comment