Tak Ada Mood? Mungkin Gula Penyebabnya

Please select a featured image for your post

Baik atau tidaknya mood seseorang sangat dipengaruhi oleh faktor stres, pekerjaan dan penyakit. Tetapi jangan salah, mood atau keadaan hati juga mendapat pengaruh daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh kita.

Kesan memakan banyak gula ternyata tidak semanis rasanya. Malah, pengambilan gula boleh merosakkan mood. Mereka yang sering makan makanan bergula cenderung merasa cemas dan menyebabkan kemurungan yang lebih teruk.

Masalahnya, tidak mudah mengelakkan gula. Si manis ini sering bersembunyi di sebalik sejumlah makanan yang kita anggap sihat. Contohnya jus buah-buahan yang kandungan gulanya boleh melebihi jumlah harian yang disyorkan.

“Ada banyak faktor yang mempengaruhi kemungkinan gangguan mood, namun makanan dan minuman bergula juga berkemungkinan turut mempengaruhi,” kata Anika Knuppel, Ph.D. (C) dalam kajian yang dilakukan di Universiti Collage London. Dalam kajian ini, penyelidik melakukan analisis terhadap 7,000 orang dan mengikuti perkembangan mereka selama 22 tahun untuk melihat berapa banyak daripada mereka yang mengalami gangguan mood seperti stress atau kecemasan lain.

Ternyata, mereka yang lebih banyak mengambil makanan atau minuman bergula lebih sering mengalami gangguan mood. Peneliti menemukan bahawa mereka yang mengambil gula 67 gram atau lebih dalam sehari memiliki kecenderungan mengalami gangguan kesihatan mental lebih besar iaitu 23 peratus. Sementara yang mengambil hanya 39.5 gram gula atau kurang dalam sehari memiliki kondisi kesihatan mental lebih baik.

Tidak hairan jika ada yang mencadangkan untuk mengehadkan pengambilan gula kurang daripada 10 peratus pengambilan kalori harian. Namun kenyataannya, hanya 42 peratus orang Amerika yang memenuhi garis panduan tersebut (menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat). Kebanyakannya malah mengambil hingga 105 gram gula sehari.

Permasalahan lainnya, gula boleh menjadikan fikiran anda berantakan. Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kadar protein neurotropika dari otak (neurotropika: protein yang membantu pertumbuhan dan perkembangan sel otak).

Lebih parah lagi, mengambil banyak gula boleh mencetuskan keradangan. Diet tinggi gula juga boleh mengganggu tindak balas insulin anda selepas makan, yang boleh membuat hormon dan mood anda tidak terkawal.

Kajian ini selari dengan kajian sebelumnya yang menghubungkan gula dengan masalah mood. Kemungkinan orang yang mempunyai gangguan mood adalah orang yang lebih cenderung memilih makanan dengan kadar gula yang tinggi.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON