Supa Muda, Bergaya dan Urban

Dengan slogan “Rambut Supa, Hari Supa” SAFI Shayla, pakar penjagaan rambut wanita berhijab baru-baru ini melancarkan rangkaian Penjagaan Rambut SUPA baharu yang mampu memberikan hasil rambut yang hebat setiap hari dalam dua langkah mudah. Nama rangkaian produk baru ini, “SUPA” adalah slanga berjiwa muda, bergaya dan urban yang bermaksud “Super (hebat)”, khas menyasarkan pengguna Safi Shayla yang terdiri daripada para hijabi yang muda. 

 Selain menempuh cabaran mencapai impian, para hijabi juga harus menghadapi masalah rambut seperti rambut kering, berminyak, leper serta berbau wangi. Kombo Penjagaan rambut SAFI Shayla SUPA yang baru ini iaitu syampu dan Krim Tanpa Bilas Supa Lembut & Wangi merupakan penjagaan menyeluruh yang dirumus khas bagi memberikan rambut lembut, hebat dan rasa ringan. Digandingkan dengan haruman yang berkekalan hingga 72 jam lamanya. Selain memiliki minyak Habbatus Sauda Organik yang penuh bernutrisi, formulasi rangkaian ini juga ditambah dengan kombinasi 11 minyak pati semula jadi yang mampu memberikan anda rambut yang sebelas kali lebih berkhasiat!

Dua Langkah Mudah Untuk Memiliki Rambut yang Suran setiap hari:

  1. Gunakan syampu SAFI SUPA Smooth & Fragrance Bagi mencapai kelembutan yang hebat bak sutera, kerana ia menjadikan rambut lebih lembut, lebih mudah diurus,tidak berminyak dan ringan, berserta haruman menawan yang berkekalan hingga 72 jam! 
  2. Sapukan Krim Tanpa Bilas SAFISUPA Smooth & Fragrant pada rambut yang lembab untuk mentransformasikan rambut kusut dan tidak terurus kepada belaian rambut yang lembut dan harum. Menjimatkan masa tanpa perlu membilas, mudah dan tanpa rasa melekit! Krim Tanpa Bilas SAFI Supa Baharu ada pelbagai kegunaan  antara lain juga sebagai pelindung haba sebelum dan selepas membuka tudung.
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.