EX BIBIK

Suami Paksa Bibik Melakukan Hubungan Seks

Datin Habibah (Bib) sudah lost count berapa bibik yang sudah bekerja dengannya. Datang dan pergi dan duit melayang. Ada tidak sampai sebulan sudah cabut. Duit habis, hati sakit, sehinggalah dia sudah give up, namun menguruskan rumahtangga tanpa pembantu amat meletihkan. Suaminya bila complaint buat bodoh, macam tiada apa berlaku. “Eh you ni, you tak sayang duit ke, ribu-ribu dihabiskan dengan bibik aje. Peliklah you ni, maid lari you diam aje.”

Terfikir juga Datin Bib, dia tidak cerewet, malah dia melayan bibiknya elok. Ada bibik yang dia rasa okay sangat, kerja rajin dan cermat juga pandai berjimat. Tidak macam sesetengah maid kerana bukan duit dia, langsung tidak mahu berjimat. Makanan dibuang begitu sahaja. Masak banyak dan terbuang. Pernah dia terjumpa makanan dalam tolong sampah. Ditanya pembantu katanya salah masak, jadi kena buang. “Takut nanti Datin marah, sebab tidak sedap jadi saya buanglah,” jawab si pembantu. Itu pun dia tidak menaikkan suara malah diajar membuatnya. Dia tahu ada juga yang sayang dia, tetapi dalam sayang meninggalkan rumahnya. Ada masa ketika dia tiada di rumah, ada ketika lari malam dan sebagainya, soalnya mengapa?

Satu senja, dia mencapai semula majalah yang terletak di sebelah katilnya. Lama sudah dia tidak membeli majalah. Kadang-kadang dibeli, tetapi tidak sempat dibaca. Kesibukannya menguruskan perniagaan kecantikan membuat dia sibuk sepanjang hari. Kalau ada di rumah pun dia sibuk menguruskan bisnes, dan itu sebab dia amat memerlukan pembantu supaya pembantu yang menguruskan rumah; mengemas dan memasak, mencuci dan menggosok pakaian. Mujur dua anaknya di asrama yang tidak perlu dijaga, tetapi dulu sewaktu anak masih kecil, dia sendiri tidak boleh fikir macam mana dia boleh menguruskan semua, terutama bila bibiknya lari.

Tiba-tiba tangannya menggeletar dan majalah terjatuh dari pegangannya. Cerita yang sedang dibacanya membuatnya hilang fokus. Fikirannya melayang jauh, mengingatkan dia beberapa episod di rumahnya. Terbayang dia bagaimana maidnya tiba-tiba sahaja pack beg dan mahu pergi. Terbayang dia bagaimana ada maid yang cuba memberitahunya sesuatu tetapi tidak terkeluar kata-kata dari mulutnya. Teringat dia maid yang macam ketakutan, mata bengkak dan sebagainya. Tetapi bila ditanya, tidak berkata banyak, cuma minta diri tidak mahu bekerja. Itu jenis maid yang baik malah ada hilang begitu sahaja.

Dia teringat pula setiap kali meminta suaminya memasang CCTV sang suami enggan. “We don’t need it. Tak perlu CCTV, bukan ada anak kecil kat rumah yang kita perlu memantau maid. Kalau mereka kecil lainlah…. Kita pun ada alarm, rumah kita gated dan tidak perlu itu semua.”

Datin Bib kembali teringatkan satu peristiwa. “You ni pilih maid, carilah yang berseri sikit. Ni ambil yang sudah tua, yang tidak larat buat ini buat itu. Kita hendak duduk rumah ini hendaklah juga orang yang kita larat tengok mukanya. Ni pilih yang tengok pun tidak larat, selekeh dan hitam legam.” “Bang, asal pandai buat kerja, itu yang penting. Rupa paras pada Bib tak berapa penting.” “Eh malulah sikit pada tetamu, muka Bibik macam hantu… walaupun dia pembantu, biarlah ada rupa sikit. Apa you takut abang mengorat. Apa kelasnya abang nak ada affair pula dengan maid, kalau abang nak, baik abang cari yang di luar, ramai cantik-cantik. Apapun bini abang lagi cantik.”

Isteri bila dengar suami puji, lupa semuanya. “Lain kali tunjuk juga pada abang siapa ayang pilih dan kita sama-sama pilih, apa guna suami kalau itu pun dia tidak boleh bantu?”

Sejak itu, bila agensi menghantar gambar untuk memilih, mereka suami isteri duduk memilih bersama. Ya harus go through seorang demi seorang biodata mereka dan menilik wajah mereka betul-betul. Kata si Datin dalam hati, “Betul lah kalau kita tidak larat tengok mukanya, bayangkan dia tinggal dengan kita bertahun-tahun? Boleh sakit jiwa dibuatnya. Diri mesti ada chemistry juga dengan maid, kalau tidak susah juga. Chemistry juga termasuk rupa paras. Tetapi kebiasaannya pun tidak ada pun yang cantik sangat, sebab kalau cantik, mana mereka mahu kerja sebagai pembantu, baik dia kerja pelayan.”

Datin Bib flash back lagi peristiwa dua tahun ke belakangan ini. Dalam setahun itu mereka bertukar ganti maid sampai lima orang. Dia rasa dia tiada masalah dengan mereka semua. Sebenarnya dia mengakui sendiri kerja di rumahnya tidaklah terlalu banyak dan gaji standard pun RM1600, apa mereka hendak lagi? Mesti ada yang tidak kena di dalam rumah ini, akuinya.

Datuk J, sudah pencen dan selalu ada di rumah. Datuk J awal-awal dulu rajin juga membantunya, menjadi ‘driver dan body guard’nya tetapi lama-lama Datuk J lebih senang di rumah. Katanya dia sudah mula berkawan dengan laptop, dan mahu mengarang buku. Tidak mahu pencen terus sebaliknya mahu membuat beberapa projek. Kata Datuk J, dia tidak mahu menjadi insan pencen yang hanya mengharap wang pencennya tetapi menggunakan masa sihatnya untuk kerja-kerja yang boleh mendapatkan keuntungan. “Abang uruskan sahaja bisnes saya?” Dia teringat minta suami menolong. Buat apa duduk dalam bilik menghadap komputer?”

Datin Bib teringat suaminya, yang kata kawan-kawan jenis ‘pijak semut pun tidak mati’. “Bib, you ni amat beruntung, dapat suami baik. You gi roadshow lama-lama suami tidak marah. You balik lewat, you kata suami relaks aje. You kata dia tidak cemburu dan tidak naikkan suara. Dan dia pun tidak kedekut. You dulu dapat dia dari mana? Untung ayam nampak di kaki, untung manusia tahu kan, seperti you dapat suami baik dan ada segala-galanya. Kalau I you, malas pun nak susah-susah bekerja… duduk rumah jadi mem aje. Suami tanggung segalanya.” “You’re so blessed Bib, Datuk sayang you sampai mati. Kalau Datuk lain, you tengoklah… bila berduit sikit mulalah nak cari bini baru, nak tambah bini dan sebagainya. Datuk you relaks aje kan?” Dia teringat komen-komen daripada kawan-kawannya.

“Hey Datuk buat apa di rumah?” “Buat apa lagi, dengan laptopnya… dia sudah pandai berfacebook dan twitter.” Dan mereka ketawa beramai-ramai, kawan-kawannya menyambung, “Mujur you kahwin dengan Datuk tua, kalau muda pening juga kepala hendak melayan dan nak jaga supaya dia tidak ngorat artis-artis…”

Bib teringat, memang hampir dua tahun suaminya tidak menyentuhnya. Tiada seks lagi… walaupun kadang-kadang dia teringin tetapi dia malu meminta. Dan lagipun dia ingat suaminya sudah tidak berminat lagi hal di ranjang. Namun dia perasan juga sesekali kalau dia terjengok laptop yang sedang dihadap oleh sang suami, dia terpandang juga rencana-rencana sebegitu yang menjadi bahan bacaannya.

“Apakah suami aku….? Dengan maid? Err… having sex with the maid?” “Oh no, apa kelasnya seorang Datuk nak bercumbu dengan maid, yang katanya melihat muka pun tidak berselera?” Tak baik tuduh suami macam itu, tapi suami seorang-seorang di rumah? Ya hanya maid sahaja dengan dia di rumah. Kemudian maid pula yang hidang makan, dan kadang-kadang diminta dibawa makanan ke bilik, sebab dia malas turun. “But don’t tell me…

Kepala otaknya berserabut dengan seribu soalan, yang menakutkan, yang menjijikkan juga, dan bila dia teringat akan dosa pahala, dia mahu berfikiran baik.. “He prays five times a day … takkan lah…”

Lamunannya terusan mencari saat-saat yang pembantunya menghilang, yang suaminya ketika di rumah, yang ketika dia sibuk dengan produk barunya, roadshow dan sebagainya… dan entah mengapa hatinya mula berasa tidak sedap. Dia rasa memang jantan yang pijak semut pun tidak mati, yang dah tua bangka tapi jenis yang tidak boleh dipercayai.

Maid baru sudah datang. Orangnya muda berusia awal 30-an. Berasal dari Surabaya, katanya janda beranak dua. Dia dan suami diberikan enam gambar, gambar pembantu-pembantu yang bakal dibawa masuk ke Malaysia oleh sebuah agensi. Disediakan latar belakang pembantu dan wajah. Begitu kali pertama menyelak data-data pembantu sang suami sudah nampak berkenan dengan seorang itu. “Yang ni sayang, orangnya tidaklah sakit mata memandang?”

Pembantu sampai, malah wajahnya jauh lebih cantik daripada gambar. Datin Bib sendiri tidak terkata. Dia sudah mula takut, fikiran melayang jauh… dan dia takut yang tidak baik berlaku lagi.

Sampai bila pula dia tidak ke pejabat? Dan puas mengajak sang suami mengikutnya buat sahaja kerjanya di pejabat, tetapi, suami berkeras mahu rehat di rumah. “You ni, I sudah tua, let me do my own stuff. Awak ni ngapa tidak berani hendak tinggalkan I dengan maid? Come on mama, abang tahu apa yang di kepala mama tu… and jangan membodohkan dirilah…”

Datin Bib berjaya mengajak suami pergi bercuti, dan waktu itulah dia meminta adiknya menguruskan pemasangan CCTV di dalam rumahnya. Dia mahu melihat sendiri aktiviti maidnya, dan lebih-lebih sang suami. Apakah betul sangkaannya? Tetapi apa kata kalau betul, apa yang harus dilakukan? Bersediakah dia bersemuka, dan bercerai berai. Bersediakan dia menjanda? Bersediakah dia memberitahu dua anaknya? Dia takut, tetapi dia mesti melakukannya juga. Apa pun terjadi dia akan menerimanya.

Tetapi ia akan menjadi cerita sedih seandainya apa yang difikirkan adalah betul, dan lebih sedih dia rasa bersalah kepada mereka yang pernah bekerja dengannya dan mengalami penderaan mental.

Sebulan dia memantau. Orang gajinya nampaklah rajin membuat kerja dan cekap juga. Dan sang suami pula lebih banyak menghabiskan masa di laptop di dalam bilik. Nampak dia serius menaip. “Betullah kata abang, abang hendak siapkan buku. Sorry isteri mu ini yang banyak syak wasangka.” Dia rasa berdosa juga membubuh cctv merata di rumahnya… memang tidak siapa ada privacy kerana kamera di mana-mana.

Tiga bulan semuanya okay sahaja… Datin Bib gembira kerana semuanya okay tetapi maidnya macam tidak ceria. Bercakap pun tidak mahu, hari minggu duduk di bilik sahaja. Bila anak balik daripada asrama, dia langsung tidak mesra dengan mereka. Tetamu datang disediakan hidangan dan mengunci diri. Hendak bertanya dengan maid pun susah. Datin Bib pun tidak kuasa hendak melayannya. Dia tahu kadang-kadang perempuan bila datang bulan perangai berubah. Seperti maid adiknya bila datang bulan, muka masam, dan buat kerja ala kadar. Lima enam hari cerita adiknya dia rasa nak lempang sahaja maidnya. Dan ada yang sakit sengugut, berhari hari tidak buat kerja rumah.

Baru dia teringat dia ada satu lagi bilik underground. Dan ia kini lebih kepada bilik stor. Dulu suaminya suka main drum tetapi jiran-jiran komplain. Lalu dibina sebuah bilik khas. Dulu kawan-kawan suaminya juga suka lepak di situ; mereka jam di situ sampai dua tiga pagi. Merokok, minum dan sebagainya tetapi lama-lama masing-masing sudah tua, aktiviti lepak pun berkurangan. Drum pun penuh habuk. Dan beberapa alat muzik di dalamnya pun sudah tidak berapa elok.

Sudah lama sangat dia tidak menjengok bilik itu malah sampai ada pun tidak tahu ada satu rahsia di rumahnya. Malah dia sendiri takut membuka bilik itu, kalau tiada siapa menemaninya dia tidak akan masuk ke bilik itu.

Satu senja dia pulang dan diingatnya pembantu di bilik, dan sang suami pun tiada di bilik. Pelik juga dia ke mana perginya mereka… puas memanggil dan tiada jawapan. Semua bilik dicheck tiada tetapi dia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik berlaku. CCTV tiada menunjukkan apa-apa. Fikirannya melayang kepada sesuatu yang dia tidak mahu menjadi kenyataan. Tetapi waktu sama dia mahu mencari kebenaran dan hanya satu tempat sahaja yang dia tahu tidak di dalam kawasan pengawasan CCTV. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga dan mendapati bilik itu berkunci. Dia tidak mendengar apa pun bunyi.. Lama dia cuba meletakkan telinganya di pintu tetapi sepi.

Dia naik semula ke biliknya mengambil kunci bilik muzik itu. Perlahan-lahan dia membuka pintu dan ya.. Dua insan berbaring di lantai… dan dia tidak mahu melihatnya lagi. Kalau dulu maid-maidnya lari dari rumah setelah cuba diperkosa atau sudahpun diperkosa oleh sang suami tetapi yang ini, menyerah diri bulat-bulat kepada suaminya. Dipaksa atau terpaksa dia sendiri tidak tahu tetapi bukti di hadapan matanya kini.

Sang bibik menarik pakaiannya, cuba memperkatakan sesuatu dan suami juga memohon jangan diapa-apakan dia, Tetapi dia terpaksa ‘calm’ kerana di tangannya ada senapang. Senapang yang digunakan suami kalau masuk hutan. Si Datuk sewaktu muda suka memburu lalu membarui lesan senapang setiap tahun. Nah sama ada senapang itu berlesen atau apa, dia pun tidak tahu, sama ada ada peluru atau tidak di dalam senapang itu tetapi dia tidak kisah, kalau tiada suami selamat tetapi kalau ada, terimalah pembalasannya. Dia tidak peduli lagi kerana hatinya teramat sakit.

Sedas tempakan dilepaskan, cuma Datin B masih waras kerana dia tidak mahu jadi pembunuh. Hampir diletupkan dia mengangkat senapang ke atas.

Episod seterusnya…si jantan tua yang pijak semut tidak mati, memang hampir mati dikerjakan oleh bininya. “Ikutkan hati ini, aku bunuh kamu juga tetapi aku tidak mahu nanti merempat di penjara.”

Berceraikah mereka? Kata Datin Bib dia tidak mahu bercerai kerana si tua keparat ini tidak lama lagi akan mati jadi dia tidak mahu menyusahkan diri turun naik mahkamah menuntut haknya… kerana itu dia hanya menunggu satu hari orang menggali tanah untuk dimasukkan sang keparat itu di liang lahat. Sebab Datuk J pun sudah diserang jantung… dia pun malas melayan memberi ubat atau membawa ke hospital. “Biar dia cepat mampus,” katanya. “Aku nak enjoy dengan duit pencennya.”

Namun rahsia sang suami yang ditangkap dengan maidnya hanya dia sahaja yang tahu… tidak juga anak-anaknya kerana dia tidak mahu anak ada perasaan benci terhadap ayah mereka. Namun bagi yang kenal Datin Bib mereka dapat rasakan yang Datin Bib memang tidak melayan baik sang suami lalu mereka menuduh dia macam-macam.

“Biarlah orang nak kata apa, aku tidak peduli. Memang aku tidak kuasa menjaga makan minumnya dengan baik.” Dia hendak ke hospital pergilah sendiri, dan kalau dia tidak makan ubat nasib dialah. Kalau dia hendak hidup lama, pandai-pandailah jaga diri. Dia rasa dia nak keluar pagi dan balik malam, dia tidak kisah. Dia rasa dia nak berlama dengan roadshow dia tidak kisah. Dia pergi melancong pun dia hanya beritahu pagi sebelum pergi. Dan pandai-pandailah suami hendak hidup.

“Berani dia hendak komplain banyak, sebab kalau dia buka mulut aku akan buka cerita busuknya.”

Related posts

Aku Beri ‘Share’ Kepada Maid Aku

admin

Berebut Bibik. ‘Dia pregnant… tapi saya juga pregnant.”

admin

Curi Coli Isteri Menteri Beli Susu Baby

admin

Leave a Comment