GAYA HIDUP

Sihat Dan Klasik Di Desa Seni Resort

Desa Seni Resort yang terletak di daerah Canggu pasti terlalu asing buat pengunjung dari Malaysia. Masakan tidak kerana kita sering diceritakan dengan kesibukan pantai Kuta, keindahan padi bukit di Ubud dan penginapan mewah di Seminyak, walhal pulau pelancongan Bali, goes beyond these three districts.

Apa yang menarik tentang Desa Seni Resort adalah inspirasi daripada gaya rumah tradisional Indonesia. Hampir 90% perabotnya adalah antik yang dikumpulkan dari seluruh pelusuk kepulauan Indonesia.

Secara jujurnya, apabila anda melangkah ke setiap bilik di Desa Seni, pastinya anda dapat merasakan ‘originality Indonesian’. Setiap fabrik yang digunakan dalam bilik adalah buatan tangan daripada pengusaha tempatan, perabot pula merupakan barangan antik yang dikumpul oleh pemiliknya. Terdapat beberapa jenis bilik disediakan salah satunya ‘Cabin Village’ yang merupakan rumah terkecil di resort ini. Buat mereka yang datang berkumpulan atau berkeluarga, rumah yang lebih besar disediakan malah terdapat ruang tamu untuk beristirehat dan anjung yang cantik.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Di sini restorannya menyajikan makanan sihat. Ini kerana hampir 80% bahan makanan yang disediakan adalah hasil tuaian dari kebun sayur yang diusahakan sendiri. Anda boleh melihatnya di setiap pelosok resort dengan tanaman kobis bunga, bayam, sawi dan kalian antara lain.

Selain itu, bagi peminat yoga, Desa Seni semestinya pilihan anda kerana setiap hari daripada terbitnya fajar subuh sehingga terbenamnya matahari, kelas-kelas yoga akan dijalankan. Kelas yoga ini dibuka untuk beginner juga untuk mereka yang profesional.

 

Penulis: Juhfaidzal Juhari
[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Istimewa Ramadan: Sajian Ramadan Ala ‘Pasar Malam’ Di Restoren Riverside, PWTC

admin

Tanya Dr. Edmond September 2020

admin

Bersenam Sambil Beramal Untuk Persatuan Kanser: KanWork Anjur Walkathon Amal KanWork 5

adminwm

Leave a Comment