FESYEN

Senijari For Handbag Lover

Anda boleh bergaya dengan jenama terkenal dan paling mahal tetapi berjuta orang di dunia memiliki tas yang sama. Dan sekalipun mahal tetapi tiada bezanya anda dan dia. Namun dengan beg tangan Senjari tiada yang serupa, ia unik bukan sahaja kerana reka bentuknya tetapi pemilihan fabrik dan warna.

Tas tangan Senijari menggunakan songket dari Kelantan, sementara material kulit diimport daripada sebuah perniagaan keluarga di Rome, Itali. “Setiap rekaan adalah idea saya bersama pereka Itali. Dia membuat lakaran dan saya akan menelitinya terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang perubahan dalam rekaan. Selain itu, saya juga menghantar songket yang ingin digunakan bagi menyesuaikannya dengan material kulit Itali”, kata Pengasas dan Pengarah Kreatif Senijari, Suryani Senja Alias.

Jadi, kalau anda pencinta tas tangan dan mahukan  lain daripada lain, tas tangan Senijari sepatutnya menjadi pilihan.

Produk Senijari boleh di dapati di:
KitaKita,G 1.10, 1 Jalan Medan Setia, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur atau hubungi 012-286 1800

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Adidas Adicolor Fall/Winter 2019

admin

MUHASABAH DIRIMUHASABAH DIRI

adminwm

Anya Hindmarch SS18 CUBBY Collection

admin

Leave a Comment