AGAMA

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di kota Mekah, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki dua Hari Raya, iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan. Kedua-dua perayaan ini adalah tradisi yang berasal daripada zaman Persia Kuno. Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian iaitu tarian perang dan ketangkasan selain menyanyi di samping menjamu makanan enak dan minuman memabukkan. Pada zaman itu setiap kaum mempunyai Hari Raya masing-masing.

Setelah turunnya kewajiban untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan pada tahun dua Hijrah, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengganti kedua Hari Raya itu dengan Hari Raya yang lebih baik, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Hadis Riwayat Daud dan Nasai)

Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan sekalipun 319 tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy. Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menewaskan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Antara amalan para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu di Hari Raya ialah mereka mengucapkan: “Taqabbalallahu minna wa minka,” merujuk kepada Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari.

Lalu bagaimana jawapan untuk ucapan taqabbalallahu minna wa minkum?

Dalam riwayat sahabat dan salaful salih, jawapan bagi taqabbalallahu minna wa minkum adalah dengan doa yang sama iaitu taqabbalallahu minna wa minkum juga.

Pengertian Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam bukan sahaja sebagai ganjaran kemenangan dalam bentuk kesabaran fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menjinakkan hawa nafsu dalam bulan Ramadan secara spiritual. Seharusnya, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT di samping memenuhi masjid-masjid pada malam dan pagi Hari Raya dengan memuji Allah SWT dan bermaaf-maafan mengakui salah silap dan kelemahan diri. Menziarahi bagi meraikan golongan fakir miskin dan mualaf pada hari tersebut juga amatlah dituntut.

 

Gambar utama: OhBulan
[thb_gap height=”40″]

Related posts

10 Mutiara Quran

admin

Sasaran Pembahagian Zakat

admin

Dua Kegembiraan Orang Berpuasa

admin

Leave a Comment