COVER STORY

Sasha Bashir – Malaysia’s Vintage Queen. Rahsia Geroboknya Dikongsi Untuk Pertama Kalinya

Tahun Baru, Sasha Bashir masih dengan pencarian pakaian-pakaian vintaj, di merata spot serata dunia, mencari sesuatu yang unik lagi berseni untuk disimpan menjadi koleksi peribadi. Selain baju, kasut dan tas tangan serta aksesori lain seperti subang, gelang dan cincin, Sasha juga tekun melewati spot alam maya untuk mencari perabot-perabot lama yang ada nilai seni.

Apakah ini bererti Sasha tidak mahu ‘move on’ dan tidak bersedia menghadapi perkembangan dan perubahan baru? Apakah Sasha tidak senang dengan perkembangan dunia fesyen misalnya? Oh tidak kerana dia fasih dengan perkembangan fesyen terkini. Tanyalah siapa Pengarah Kreatif mana-mana jenama terkenal dunia, dia dapat menjawab dengan pantas… jangan cuba hendak menguji kefasihannya terhadap perkembangan fesyen dan perkembangan semasa, dia sedia dengan jawapan yang bernas.

Siapa Sasha Bashir?

Sasha Bashir, bapanya Tan Sri Bashir Ahmad dan ibunya Puan Sri Annette Bashir. Mengenali Sasha, saya senang berkawan dengannya. Ramah, tidak sombong dan kemas lagi bergaya. Namun penampilannya unik. Di majlis-majlis khas, yang pasti dia menyerlah, mungkin ada yang tidak suka gayanya tetapi bagi saya, keunikan tersendiri. Saya yang tahu serba sedikit tentang fesyen akan terus mendekati. Kami akan berbual serba ringkas… kalau tidak pasti jenama saya akan tanya dan amat hendak tahu akan harganya. Ya kadang-kadang rasa tidak percaya baju daripada jenama terkenal, tetapi harganya amat berpatutan.

Untuk dirinya terutama ke majis istimewa dia akan mencari di talian yang ‘terkini’ dan sanggup membayar. Namun katanya, “Saya tidak pantas membayar jika harganya ribu-ribu. Saya tidak punya wang sebanyak itu tetapi saya pastikan jenamanya mesti yang hebat. Cuma harganya saya akan tengok dulu dan perlu rajin serta sabar mencari.”

Kerana dia ‘istimewa’ saya namakan dia Ratu Vintaj dan saya sempat menemuramah Sasha dengan pelbagai soalan tentang dirinya, keluarga, kerjaya dan sudah tentu mengenai ketabsubannya dalam dunia seni.

Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang Sasha?

Saya anak sulung daripada mixed parentage. Ibu dari Australia dan bapa saya berasal dari Pulau Pinang. Sudah sembilan tahun saya berkahwin dengan Yani Hijjas dan kami memiliki dua anak lelaki, Suleiman Ghibran, 6, dan Ghibrael Darius, 3 tahun. Kini saya bekerja di Primeworks Studios sebagai Content Developer dan berlakon dalam drama tv.

Bagi saya family means everything and IS everything. Saya rapat dengan keluarga saya. Saya selalu berjumpa ibu bapa saya dan anak saya sangat rapat dengan atuk mereka. Kalau seminggu tidak berjumpa, mereka bising dan akan tanya kenapa lama tak jumpa atuk dan akan minta saya telefon  supaya mereka boleh bercakap dengan atuk dan neneknya. Saya whatsapp adik perempuan saya hampir setiap hari. So we are a very close family.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8494″][thb_gap height=”40″]

Sejak berusia lima tahun, saya sudah sangat berminat dengan tarian. Dan bila saya melancong dengan ibu bapa saya zaman sekolah dulu, ibu selalu membawa kami adik beradik ke muzium tempatan untuk melihat koleksi seni. Ia membuka minda saya untuk appreciate art in all forms. Juga masa melancong saya sangat suka melihat interior design bangunan. Hotel ke, restoran ke, butik jual baju ke, saya selalu akan melihat hiasan dalamannya dulu. Dan apabila saya melihat sesuatu interior yang saya suka, saya akan menganalisanya. Apakah yang membuat interior ini cantik pada saya? Adakah warnanya? Cara lampu digunakan? Perabot yang digunakan? A beautiful interior can lift your spirits. Saya juga suka artworks dan barangan vintaj. I love refurbishing vintage items. Saya dapat cipta something unik. Saya belajar ‘basic’ untuk refurbishing daripada arwah datuk saya di Australia. Nenek ajar saya untuk sandpaper, guna hammer untuk menukul paku, mengecat kayu dan dinding… apabila saya buat apa-apa refurbishment project, saya akan mengingatinya. Ketika saya belajar di universiti di Australia, bila ingin cantikkan bilik saya di student housing, saya akan terlebih dulu mengunjungi kedai menjual perabot terpakai dan mengecatkannya. Saya tidak mampu beli perabot baru di kedai lain kerana terlalu mahal. Sekarang pula, walaupun saya mungkin boleh beli baru, saya akan cuba beli ‘preloved’ dulu dan refurbish balik sebab untuk masa depan dunia ini yang sekarang mengalami pollution yang teruk, kita perlu cari jalan untuk recycle apa yang sudah sedia ada. Kalau cari di Mudah, Carousell dan Facebook, akan jumpa pelbagai barang yang masih boleh digunakan. Saya selalu berkongsi projek refurbishment saya di Instagram. I love doing paintings as well tetapi kekurangan masa untuk selalu buat painting. I wish I had more time to do everything I want to do!

Mengenai koleksi pakaian vintaj yang saya beli, ini berbalik kepada zaman di mana kami selalu pergi muzium bila melancong. Saya suka sangat melihat apa sahaja jenis pameran fesyen. Saya selalu teringin memilih koleksi sendiri. Kira-kira 12 tahun lalu saya mula membeli baju ‘preloved’ daripada kawan-kawan. Bila saya buat online research, ada antaranya yang runway look. Jadi saya mulakan projek saya sendiri, membuat katalog untuk koleksi pakaian vintaj saya lengkap dengan nama perekanya, koleksi apa dan tahun keluaran. Saya pun mula cari online terutamanya di Ebay. Dan saya sedar banyak yang ada di negara luar yang saya boleh beli. Daripada situ saya mula membeli dan menyimpan.

Bukan itu sahaja, saya akan membuat penyelidikan ‘what the collection was about and what inspired the designer at that time’. Saya selalu suka melihat macam mana designer interpret their inspiration. Antara yang paling mahal saya beli adalah yang saya pakai untuk photo shoot ini – satu set cape dengan topi Dior daripada 60-an zaman Marc Bohan pereka untuk Dior. Saya ada satu bilik khas untuk koleksi saya dan saya tidak menyimpan dalam plastik. Saya selalu periksa kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki. I also have a very good dry cleaner I trust. Saya juga akan steam iron dan gantung di luar sekali sekala untuk bagi kain dia fresh sikit. Tetapi I do want to invest in a dehumidifier soon. Cuaca di Malaysia boleh mereputkan kain.

Apakah Sasha banyak berbelanja untuk mendapatkannya?

Hem…. banyak juga la….hahaha. Kebanyakannya saya beli di Ebay. Setiap hari saya melayari laman web Ebay. You can save different searches so I regularly check to see if any new items have come up. I’m so excited when I find something I’ve been looking for cause that means I can finally see it, study it and feel it up close. Dalam koleksi saya sekarang tersimpan jenama seperti Chanel, Dior, Escada, Stella McCartney, Dries Van Noten, Alexander McQueen, Versace, Lanvin, Giambattista Valli, Oscar de la Renta. These are the main ones. Saya bercadang menjual beberapa helaian vintaj yang saya miliki, tetapi banyak juga yang saya sayang dan mahu simpan. Some of the really collector’s pieces contohnya koleksi Dior dan juga beberapa helaian Chanel bercadang mahu saya donate to my favorite museum The Victoria and Albert Museum in London for their fashion archives so it can be preserved or used in future exhibitions. Saya rasa sejak lima tahun lalu terdapat pengharagaan baru untuk barangan vintaj and buying pre loved is not considered so ‘taboo’ anymore. People are becoming more aware the environment and not everyone wants to keep everything forever. When one owner doesn’t want it anymore, there is a new owner who would love it.

Barangan vintaj dalam senarai mahu dibeli?

Hem… there are a few Escada couture gowns on my wish list. I would love a Versace baroque print bag, I would love to get a few more Oscar de la Renta gowns, and a few more Dior ‘bar’ jackets.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”right” image=”8473″][thb_gap height=”40″]
Cape dan topi Dior daripada 60-an zaman Marc Bohan

Sasha dan Banyak Lagi Yang Kita Hendak Tahu Tentangnya

Apa kawan-kawan kata mengenai Sasha?

Itu kak Wirda kena tanya kawan-kawan Sha tetapi satu yang selalu Sagsha dengar, mereka kata Sha ‘generous’. Ada yang cakap saya ‘problem solver paling chill.’ Saya tidak cepat panik. Kalau saya panik saya tidak boleh berfikir cepat. Jadi saya terpaksa maintain chill atau cool supaya boleh selesaikan masalah yang sedang dihadapi, walaupun mungkin saya sedang stress. Hahahahah.  Pernah juga seorang bos memberitahu saya yang dia tahu kalau dia suruh saya buat sesuatu, saya tidak akan merungut dan akan buat dengan fikiran positif. Saya sangat terharu bila dia beritahu saya itu kerana memang saya percaya dalam kerja kita perlu cuba lakukan apa diminta dengan hati yang positif dan terbuka.

Definasi saya tentang kejayaan?

Upp, success ada macam-macam? Ada yang fikir daripada aspek kewangan sahaja. Atau kerjaya sahaja. Pada saya, a successful life is a balanced life. Di mana anda ada family time, kerja sendiri, boleh melakukan hobi peribadi misalnya. Saya rasa banyak lagi saya boleh perbaiki dan ini adalah antara usaha saya untuk 2019 ini.

What are your strengths and weaknesses?

Hmmm… my strength, saya rasa saya boleh jadi very ‘organized’. Saya juga ‘quite resourceful’. Saya boleh cari macam-macam barang jika diperlukan. Weakness… I can be very messy sometimes, kereta saya selalu penuh apa entah, dan saya tak pandai masak. Entah kenapa saya memang tidak reti hadapi api di dapur. Hahahaha.

Siapa pernah inspired your life dan mengapa?

Ibu bapa saya adalah my biggest inspiration. They are both so hardworking dan masih bekerja sehingga hari ini. Mereka tidak boros dan sangat dedicated to each other and to their family. Penuh dengan moral dan prinsip yang saya kagumi. Semakin usia saya meningkat, semakin saya menghargai dan mengkagumi pengorbanan dan peribadi mereka.

Definasi anda tentang bekerja keras (hard work)?

Doing what needs to be done even sometime you don’t want to do it! Hahaha. Contoh seperti buku yang saya terbitkan, dan saya ada idea cerita untuk dua lagi buku kanak-kanak yang saya selalu terbitkan untuk badan amal. Salah satu daripadanya sudah siap ditulis tetapi saya ingin perbaikinya lagi sebelum saya mencetakkannya. InshaAllah 2019 ini saya boleh lakukan.

What is something you would be happy doing every single day for the rest of your career?

Membaca dan menonton sesuatu yang baru. Buku, majalah, filem, dokumentari, fashion show…. Constantly looking at new ideas and content keeps my mind open to changes.

What single project atau task yang Sasha rasa amat berjaya (most significant) accomplished to date?

Saya rasa projek Dansa. Daripada dokumentari television, saya menulis dan terbitkan bukunya, dan dua tahun lepas saya buat satu event dengan artis tempatan Yazeed Dato Kayoom di mana dia melukis satu koleksi artworks berinspirasikan gambar-gambar dalam buku Dansa. Saya juga terbitkan colouring book untuk digunakan sebagai learning tool untuk kanak-kanak supaya mereka menerima pendedahan kepada tarian tradisional. Dalam satu idea ini, ia dapat di interpretasi kepada pelbagai cara iaitu dokumentari tv, coffee table book, colouring book dan juga art exhibition. Saya bangga dengan apa yang dapat dicapai melalui projek ini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8476″][thb_gap height=”40″]
ESCADA DARIPADA KOLEKSI 90-AN
Siapa insan paling bijak yang anda kenali dan kenapa anda kata begitu?

Sudah tentu jawapannya, ayah saya sendiri. Sebenarnya dialah yang ‘paling chill problem solver’. Banyak saya belajar dengan memerhati tingkah lakunya.

Ada tidak Sasha terpaksa membuat sesuatu keputusan yang amat penting dan mengapa mengatakan ia satu tindakan yang besar?

Ya dua tahun lepas saya tidak lagi bekerja sebagai penerbit tv dan dalam production lagi. Lebih 10 tahun dalam bidang tersebut, tetapi selepas melahirkan anak kedua, ia menjadi semakin sukar untuk saya membawa tugas itu. Jadi saya mula buat ‘content development’ supaya saya boleh melaksanakan tugas saya dengan sebaiknya tetapi pada masa yang sama, masih ada masa untuk bersama anak-anak saya. I thought I would do production forever, but it’s true, family and children changes everything.

Ya, 2019 ini apakah anda sudah bersedia menghadapinya dalam keadaan ekonomi negara masih meruncing?

InshaAllah boleh. The only constant thing is change. Jadi saya pun perlu bersedia berubah bila diperlukan.

Skil apa yang Sasha rasa mahu diperbaiki dan apa rancangan yang Sasha telah aturkan?

Family skills dan raising childrens skills. Saya sudah mula lebih membaca cara menjadi seorang ibu yang lebih baik yang boleh mendidik anak-anak saya untuk jadi insan yang boleh berbakti kepada masyarakat.

Sasha di luar tugasan?

Saya suka membaca, suka bersenam dan berkarya. Tetapi itulah tahun lalu saya kekurangan masa untuk semua ini. Tahun ini saya mahu cara masa untuk melakukan hobi-hobi saya.

Bagaimana Sasha menghadapi tekanan dan stres?

Pertama sekali saya ingatkan diri saya, masalah ini tidak boleh berterusan selama-lamanya. Kalaulah sesuatu masalah berlarutan, cari jalan lain. Kalau tidak tahu apa hendak buat, saya akan minta nasihat dan support from my family and close friends. Kalau di penghujung hari, saya akan buat yoga stretching, mandi dengan minyak aromaterapi untuk merehatkan diri. A good night’s sleep usually solves a lot of stress too.

Sekiranya Sasha hanya boleh memilih satu lagu untuk dimainkan setiap kali Sasha masuk ke sebuah bilik untuk selama-lamanya, lagu apakah itu dan mengapa?

Hemm…. I love classical music… tapi Madonna’s song, Vogue adalah sesuatu lagu yang always invites you to have some fun and add some ‘Vogue’ to your life!!!

Apa soalan yang paling ingin media tanyakan kepada Sasha tetapi tidak pernah ditanya mereka. Dan mengapa Sasha rasa penting ia ditanyakan?

Saya tidak pernah ditanya mengenai barangan vintaj saya. Tetapi sekarang Kak Wirda sudah! So yayyyy sudah boleh dijawab. Hahaha.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8496″][thb_gap height=”40″]
CHRISTIAN DIOR 1993
Penghargaan 

Jurugambar: Iqqi VR.Photogministry  

Studio: Atelier 111, Laman Sari Bussiness Park, Shah Alam, Selangor 
Terima kasih kepada Habsah Abang Saufi pemilik Atelier 111  

Solekan & Dandanan: Fiya Osman menggunakan IY Cosmetics 

Pakaian: Koleksi vintaj milik peribadi Sasha Bashir 

Konsep dan Pengarah Seni: Wirda Adnan

Related posts

Isabella Manfredi – Girls Like To See Girls Dressed Up Like Princesses

admin

Didie Nasir Yassif – I’m a Colon Cancer Stage 4 Fighter

admin

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

admin

Leave a Comment