EYE ME

Sanjungan Buat DSAI

Disember 2022, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita melangkah ke tahun yang baharu. Saya dan anda seolah melihat cahaya yang lebih terang menanti di 2023, inshaAllah. 

Menutup tirai 2022, kami sekeluarga, dan teman-teman sealiran pemikiran, dan berjuta lagi di luar sana yang berjuang menolak kerajaan tebuk atap, menolak rasuah, menolak perkauman, yang mengharapkan kerajaan yang lebih stabil supaya ekonomi menjulang, yang mahu Malaysia dikagumi dunia luar, syukur, Allah mencerahkan sedikit harapan ini dengan terbentuknya kerajaan Perpaduan. Yang diharap di bawah pimpinan Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim rakyat tidak lagi ditindas oleh kleptokrat. Cukup, kita tidak mahu lagi pemerintahan kerajaan korap yang menggunakan kuasa mereka mempergunakan rakyat dan sumber negara untuk menambahkan kekayaan dan tampuk kekuasaan mereka sendiri. Cukup, rakyat tidak mahu institusi korupsi bermaharajalela mengaut kekayaan negara dan mengenyangkan perut mereka dan perut-perut kroni mereka sahaja.

Teman, kami bersyukur kerana sekian lama menunggu saat ini, kami yakin dan percaya di bawah pimpinan DSAI nasib si miskin seperti kisah Marsyila yang saya baca di akhbar dapat dibela. Marsyila yang tinggal di PPR Tun Razak Bandar Tasik Selatan mempunyai lima anak antara setahun hingga 15 tahun, (anak ketiga, keempat oku),  “Saya keluar agak lewat pukul 9 malam kerana sudah seharian mencari rumah untuk dibersihkan namun pulang hampa 

Lepas anak-anak diberi makan saya keluar lagi mencari rezeki. Namun dalam perjalanan saya jatuh dan pengsan, sedar-sedar di hospital. Saya terus lari keluar kerana ingatkan anak-anak di rumah. Sampai di rumah, anak-anak menangis  terutama yang bungsu kerana lapar, dia menyusu badan. Kadang saya menebalkan muka mengetuk pintu rumah jiran meminta sebiji dua telur, atau kami makan nasi berlauk garam. Biar diri ini tidak makan, jangan sampai anak kebuluran.” 

Marsyila juga mencari rezeki mencuci pakaian dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul dan untuk mencuci menggunakan sabun beli sendiri. Suami dua tahun sudah di dalam tahanan. Marsyila hanya menerima RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sedangkan paling kurang dia memerlukan paling kurang RM1,500 untuk lima anak-anaknya.

Sampai bila cerita macam ini mampu kita hadam, sampai bila orang yang senasib dengan Marsyila dibiar menderitakan, hidup melarat? Kita mahukan hak kesamarataan rakyat dijaga. Kita mahu anak-anak di luar bandar khasnya mendapat ilmu setara dengan anak di bandar, kita mahu anak-anak bandar dan di luar bandar mendapat pendidikan tinggi dan mengecap kejayaan selaras dengan perkembangan dunia tanpa sempadan. Kita mahu taraf hidup si miskin kota diangkat, tidak dibiarkan menadah tangan di lorong-lorong untuk sepinggan nasi. Ya kita mahu ekonomi negara mantap kelak megah di mata dunia.  

“Betul anda bebas memilih, namun pilihan yang anda pilih hari ini akan menentukan apa yang akan anda miliki, dan apa akan anda lakukan pada masa depan,” kata Ziga Ziglar

“Percayalah seorang akan dapat mengubah masa depannya hanya dengan mengubah sikapnya,” kata Earl Nightingale.

Mahatma Gandhi menyebut, “Tanya pada diri sendiri apa yang akan kamu lakukan hari ini membuat kamu lebih dekat ke tempat yang kamu inginkan besok. Masa depan tergantung pada apa yang kamu lakukan di masa sekarang dan masa depan yang baik tidak dapat diraih begitu sahaja, ia perlukan perjuangan yang tidak kenal lelah untuk menggapainya.”

Teman cubalah berfikir sejenak, wang yang disogokkan ringgit seratus dua untuk kamu memilih partinya, berbaloikah jika kemudian beratus billion wang negara disakau dan diagihkan ke tempat yang tidak membantu meninggikan taraf pendidikan, kesihatan, meningkatkan kebajikan masyarakat keseluruhan dan lebihannya dilesapkan entah ke mana? Pendakwah dan tokoh-tokoh agama pun sanggup duduk bersama bersekongkol demi mempertahankan kedudukan mereka, lupa perbuatan memfitnah dan mengeji itu satu dosa besar. Bila si ulama sendiri pun mampu berbohong dan memfitnah serta merasuah terang-terangan, itu satu tanda kemusnahan akan berlaku hanya menunggu harinya sahaja. Teman, bangunlah lawan rasisme dan ekstremisme agama ini. 

Teman, sedarlah the future is already here – it’s just not evenly distributed. Buatlah sesuatu hari ini supaya hari depan kamu akan berterima kasih kepada apa yang telah kamu lakukan. And when you make a choice, you change the future.

Saya teringat apa kata teman saya Dr Mai Sargent, “Kalau ikutkan hati, i tidak perlu bersusah-susah begini, ke sana ke mari tolong candidate berkempen. “Bukan pun untuk i, anak-anak di luar negara, masing-masing mampu menikmati hidup serba sederhana malah mewah, tapi bagaimana dengan anak cucu you, anak cucu rakyat jelata? Tidakkah mereka nampak, peluang pekerjaan sudah hampir zero, orang nak makan pun susah? Kita jangan cerita yang sudah kaya raya tujuh keturunan, tapi tengok…bilangan gelandangan berselerak di jalanan. Pesakit bertambah, ruang perubatan berkurang, penasihat dan pakar kesihatan yang bijak dan berasa tidak dihargai lari ke negara luar yang menjanjikan imbuhan besar. Kalau plastik mengisi ubat pun tidak mampu disediakan oleh hospital dan klinik-klinik kerajaan, saya kira ini masalah besar. Bila kamu sakit kamu terfikir ke untuk sediakan beg plastik mengisi ubat nanti, fikirlah sendiri? Bila kemudahan seperti itu pun ditarik balik, bagaimana dengan hal-hal yang lain? Kos perbelanjaan seisi keluarga meningkat sedangkan gaji di takuk lama malah ramai menganggur?”

“Siapa lagi tanya Dr. Mai yang paling layak memimpin negara selain DSAI?”.

Saya tidak mahu menulis biodata DSAI yang panjang lebar, yang sedunia telah mengiktiraf kepemimpinan beliau, cuma saya teringat apa kata adik saya, Saadah. “Setamat SPM aku belajar di Yayasan Anda Akademik YAA), satu-satunya tempat yang mampu oleh orang kampung menghantar anak menyambung pengajian sebelum ke universiti. Yayasan ini tidak berorientasikan keuntungan. Sumbangan DSAI cukup besar dalam membantu agenda pendidikan negara ketika itu  (bermula 1971). Silabus mata pelajaran di YAA juga berbeza, penekanannya kepada prinsip Islam. Di situ aku mengenali kepemimpinannya. Tokoh ini sejak dulu-dulu lagi melaungkan kepentingan membela nasib rakyat yang di desa dan bandar. Mahu kekayaan diagihkan untuk semua, mahukan keharmonian beragama dan sebagainya. 

“Oh ingat tak cerita kak Dibah (Adibah Baharuddin,sepupu), dia badge terawal di YAA dan mereka (pelajar perempuan ‘diwajibkan’ mengenakan tudung sepanjang waktu di sekolah. Kira-kira rentak wanita bertudung dimulakan oleh kumpulan pelajar perempuan YAA.”

“Kita kenal dia kerana keperibadaiannya dan ketokohannya. Dan adik beradik kita, saudara serta kawan-kawan kita yang mengenalinya membawa pulang cerita yang baik-baik sahaja mengenai DSAI. Kakak kita yang berjiran dengannya (ketika di Bukit Damansara) juga hanya ada cerita yang baik-baik belaka mengenai keluarga ini; isteri Datin Sri Dr. Azizah, anak-anak akak yang juga bersekolah sama dengan anak Datuk dan Datin Seri, juga bercerita mengenai bagusnya budi pekerti keluarga ini; merendah diri, tidak sombong, suka membantu. Dan abang kita yang sekolej sejak remaja serta masih berkawan sampai ke tua, tidak ada cerita selain daripada mengagumi seorang yang bernama Anwar Ibrahim, atas segala usaha, tindakan dan kepemimpinannya, tidak terkata kebalnya Anwar Ibrahim dengan penghinaan, fitnah, maki sarana dan dihumban ke dalam penjara bertahun-tahun, kemudian bangun bukan untuk membalas dendam dianiaya tetapi untuk membela nasib rakyat. Kamu sanggup?” tanyanya.

“Keilmuannya sangat meluas, analisis yang mencakup dan merangkum. Tafsiran dan jangkauannya terhadap ilmu ekonomi global dan pasaran kewangan serta pelaburan biasanya jarang tersasar. Ini kerana DSAI bukan sahaja membaca secara akademik namun beliau sentiasa berhadapan dengan tokoh kewangan dunia dalam dialog dan konferansi, dengan bahasa Inggeris yang sangat baik dan klasik,” tulis Dr. Shahnor Basri, pada November 24 2022. 

Oleh itu sambungnya, “Adalah wajar DSAI diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10. Beliau tokoh dan negarawan ulung yang boleh menyatukan antara kaum dan etnik di Malaysia. Beliau tokoh yang boleh merapatkan hubungan Timur dan Barat, berkemampuan menyantuni masyarakat pelbagai agama dan kepercayaan namun beliau adalah Islamis yang teguh pegangannya.”,  

Saya akhiri memetik kata mutiara ini, daripada Abu Darda ra, ‘Yarzuqullahul-ilmas-su’adaa-a wa yahrimuhul asyqiyaa, ertinya Allah mengurniakan ilmu kepada orang-orang yang bahagia dan menahannya daripada orang-orang yang celaka/sengsara. 

Sayonara 2022

Related posts

Jangan Kedekut Mencantikkan Diri

Wirda Adnan

Cintamu Ibumu

Wirda Adnan

CINTA SEMALAM

Wirda Adnan

Leave a Comment