GAYA HIDUPSANA-SINI

Persembahan Memukau Salamiah Hassan di Zebra Showcase

Oh malam minggu saya kali ini sungguh ‘class‘ sekali, kerana buat pertama kali saya meluangkan masa bersama seorang penyanyi legenda, yang merupakan penyanyi Malaysia pertama (barangkali dia juga satu-satunya) yang pernah mengadakan persembahan dalam bangunan White House, menyanyi di hadapan Presiden (ketika itu) Bill Clinton. 

Teruja dan sungguh mengasyikkan menyaksikan persembahan Salamiah Hassan. Sepanjang malam saya duduk di baris hadapan menonton legenda ini menyanyikan barisan lagu popularnya, diiringi lagu lain yang merupakan kegemaran atau memberi memori membahagiakan buatnya.

That is why all the girls in town
Follow you all around.
Just like me,
They long to be
Close to you.”

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Lagu nyanyian asal The Carpenters yang saya amat minati antara yang menjadi dendangan Salamiah. Teringat seorang penyanyi menyanyikan lagu ini di satu acara, biasa-biasa saja namun lagu yang sama di tangan Salamiah cukup berbeza sekali, waima ritmanya hampir sama. Barangkali kerana suara Salmah besar, sebutannya jelas, jadi rasa semacam keterujaan. Dan tatkala Salamiah menyanyikan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan tiba di rangkap, “Mengapa kita berpisah, tak sanggup menahan asmara. Oh dengarlah…” aduhai bergelojak naluri lelaki saya, meremang mendengar Salamiah merintih separuh mati.

[thb_gap height=”40″]

Lebih 10 lagu dinyanyikan malam itu, tidak ketinggalan Gelombang, “Nasibku dirundung malam sederas gelombang menghempas ke pantai.” Nak cerita baru-baru ini saya meninggalkan lirik lagu ini dalam IG Story salah seorang peserta Hero Remaja 2020. Dia membacanya dan sampai di bahagian, “Di malam aku ternoda dalam sinar cahya, di jendela…” dia menunjukkan reaksi terkejut, sepertikan tertanya adakah yang dibacanya itu satu konfesi? Sebenarnya saya nak dia sambung atau teka tajuk lagunya namun tak kesampaian. Sayang, budak muda tak tahu karya hebat penyanyi lama.

Berbalik kepada malam persembahan Salamiah, bukan dia saja yang hebat kerana turut ada Dee yang daring dan sensasi. Dee sebagai pengacara malam itu menghiburkan penonton dengan lawak-lawaknya yang tak kering gusi. Nak tergelak bila dia kata kawannya yang merupakan pengarah pemuzik malam itu diimport all the way from Wuhan! Adoi janganlah dia terbersin atau nanti satu dewan terjangkit virus.

Saya tahu Salamiah Hassan penyanyi hebat, namun kerana kami di zaman berbeza, saya mendengar tentang kemegahannya hanya daripada cakap-cakap orang saja. Namun malam itu, saya cukup berpuas hati. Sayang, saya terlepas menonton persembahan artis legenda seperti Datuk Sharifah Aini dan Anita Sarawak contohnya, namun saya lega tidak terlepas menyaksikan Salamiah. Malah ketika Syafinaz Pegawai Perhubungan Awam Palace Of The Golden Horses menghantar jemputan, dengan segera saya menyatakan persetujuan.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11908″]
[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Salamiah sudah… dan penyanyi mana lagi yang saya nantikan selepas ini? Teringin menonton persembahan live Azlina Aziz, Liza Aziz, Dato’ Khadijah Ibrahim, Wann.. Di mana? Di sinilah, di Zebra Showcase, Palace Of The Golden Horses. Sebuah dewan baru yang cukup ideal untuk persembahan pentas sama ada konsert mahupun teater. Pentas juga ruang tempat duduknya cukup luas dan berkerusi empuk, dengan pencahayaan yang superb. Tidak sempat mengira berapa tempat duduk, rasanya ada 300 hingga 350 atau ada kemungkinan 400 (saya rasalah). Malah di belakang dewan ada platform luas untuk juruvideo dan jurugambar merakam segala aksi penyanyi di atas pentas. Hem… pasti salah seorang jurugambar malam itu sempat merakam moment Salamiah terpelecok. Berderau darah saya melihat Salamiah terduduk di atas pentas kerana diusianya kalau tersalah langkah, parah. Tetapi Salamiah ‘pro’ dia lekas bangun dan sambung menyanyi. Lagi best, sebab lokasi Zebra Showcase di hotel gah; sementara menunggu persembahan bermula boleh ke coffee house Unicorn pekena hot chocolate atau selepas persembahan boleh supper dengan teman-teman di Carousel atau restoran KIMA. What a great place to hang out!

Untuk mengetahui jadual persembahan di Zebra Showcase, lawatan laman Instagram https://www.instagram.com/zebra_showcase/ atau Facebook https://www.facebook.com/zebrashowcase/

 

Related posts

5 CARA MENYAMBUT HARI BAPA DENGAN LEBIH BERMAKNA

admin

It’s tranquillity in your kitchen

adminwm

SPESIES BERNAMA RHUBARB

adminwm

Leave a Comment