AGAMA

Sakit Pengampun Dosa

“Tidak ada satu musibah yang menimpa setiap muslim, baik sakit, sedih, fitnah, resah, marah, kecuali Allah jadikan hal itu sebagai sebab pengampunan dosa-dosanya.”– (HR. Bukhari dan Muslim).

For every pain that you feel in this world, there’s a reward for it in the next.” Imam Syafi’i menyebut lagi, “Kesihatan adalah mahkota yang dipakai orang sihat, tetapi hanya orang sakit yang dapat melihatnya. Namun setiap penyakit ada ubatnya.”

ما أَنْزَلَ الله دَاءً إلا أَنْزَلَ له شِفَ

“Tidaklah Allah menurunkan satu penyakit melainkan Allah menurunkan untuknya ubat penyembuh.” – (HR.Bukhari)

Sakit, ya siapa yang hendak sakit? Hakikatnya tidak mudah mengawal kepiluan dan kesedihan apabila ditimpa diri atau ahli keluarga ditimpa dengan penyakit khasnya penyakit kronik. Dunia menjadi gelap tiba-tiba, dan berasa kematian di muka pintu. Lebih-lebih lagi bila doktor mengesahkan penyakit itu pada tahap tertinggi dan harapan untuk sembuh seperti sedia kala amat tipis.

Jadi apa yang boleh dilakukan? Menyalahkan takdir? Namun bagi yang beriman, pesakit akan reda dengan ketentuan Ilahi dan bermuhasabah diri.

Adakah benar dakwaan segala penyakit yang dialami umat Islam dikira sebagai penghapus dosa?

“Penyakit adalah salah satu daripada ujian Allah SWT yang sangat berat ke atas hambaNya. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguh Kami akan menguji kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, nyawa (penyakit) dan kekurangan hasil mahsul bumi. Beruntung lah bagi mereka yang sabar atas segala dugaan itu.” surah al Baqarah, ayat 155)

Ibn Kathir (seorang ulama) mengatakan penyakit  salah satu ujian Allah SWT yang sangat berat ke atas hambaNya. Tiada seorang pun manusia waras akan gembira dengan penyakit yang menimpa mereka. Ia fitrah kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Atas dasar ini Islam memberi ganjaran bagi mereka yang ditimpa musibah seperti penyakit. Begitupun musibah ini tidaklah seberat mana untuk dibandingkan dengan musibah yang menimpa kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini.

Sabda Nabi SAW, “Golongan yang paling kuat ditimpa musibah ialah golongan nabi-nabi as. Sesungguhnya tiada seorang pun da;am kalangan hamba yang ditimpa musibah kecuali hamba itu berjalan di atas muka bumi ini tanpa sebarang dosa (setelah diampunkan Allah ke atas kesabaran mereka setelah ditimpa musibah.” (riwayat al Tirmizi, hadis Hasan.

Apa pula hikmah di sebalik musibah sakit dan penyakit yang menimpa diri?

Allah menguji manusia agar lebih sabar dalam menghadapi ujian berupa sakit dan penyakit.

Sebagai kifarah dosa dan kesalahan yang dilakukan manusia pada masa yang lalu.

Dilipat gandakan kebaikan dalam hidup manusia yang ditimpa sakit dan penyakit. Kerana Allah ingin menambah kebaikan kepada hambanya dengan diberi ujian sakit dan penyakit

Mengangkat darjah manusia di sisi Allah. Kerana ia bertujuan memberi ujian kepada hamba agar mendapat darjat yang lebih mulia di sisi Allah.

Ia juga untuk menyedar dan mengingatkan manusia nikmat yang diperolehi yang terkadang kita kurang mensyukuri sewaktu sihat dan kuat. Memberikan dan mensucikan hati dan jiwa daripada penyakit rohani seperti sombong ujub, riak dan sebagainya. Juga untuk menyelamat kan manusia daripada azab Allah dengan memberi sakit dan penyakit kepada manusia di dunia, kerana jika Allah sudah menimpakan sesuatu di dunia, diharap tidak  akan ditimpa di akhirat.

Menarik untuk diketahui bahawa Allah mengutuskan empat malaikat pada yang sedang sakit.

Malaikat pertama diperintah untuk mengambil kekuatan sehingga kamu menjadi lemah

Malaikat kedua diperintah mengambil rasa lazat makanan dari mulut

Malaikat ketiga diperintah untuk mengambil cahaya terang di wajah sehingga berubah wajah menjadi pucat lesi.

Malaikat keempat diperintah mengambil semua dosa manusia, maka berubah menjadi suci daripada dosa. Kemudian Allah memberi kesembuhan dan memerintah malaikat pertama, kedua dan ketiga untuk mengembalikan kekuatan, rasa lazat dan cahaya di wajah tetapi tidak memerintah kan malaikat keempat untuk mengembalikan dosa-dosa mereka. 

Seyugia maka mohonlah kepada Allah supaya diberikan kesabaran dan jangan sesekali berputus asa bila dilanda kesakitan. Kerana Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi

Jika besar pahala dan hikmah bagi orang sakit dan yang berpenyakit, apakah seseorang itu boleh berdoa agar diberikan lebih banyak penyakit?

Jawapannya, tidak boleh. Seorang muslim dikehendaki sentiasa memohon afiat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat, malah tidak boleh berdoa ditimpa bala. Abbas bin Abdul Mutalib berkata, “Wahai Rasulullah SAW ajarlah aku sesuatu untuk dipohon kepada Allah.” Baginda bersabda, “Pohonlah kesejahteraan.” Beberapa hari kemudian beliau kembali dan berkata lagi kepada Rasulullah SAW, “Wahai Muhammad ajari aku sesuatu untuk dipohon kepada Allah.” Lalu baginda menjawab, “Pohonkan kesejateran di dunia dan akhirat.” Riwayat Al Tarmizi.

Sebagai persediaan sebelum ditimpa ujian, kita hendaklah melakukan ibadat ketika sihat. Lakukan dengan bersungguh dan niat kerana Allah. Tujuan untuk mendapat pahala yang sempurna sewaktu anda lemah dan sakit.

Rasulullah SAW bersabda, apabila seorang hamba sakit atau bermusafir ditulis (pahala) baginya sebagaimana yang diamalkan sewaktu tidak bermusafir dan sihat. Riwayat Al Bukhari. Berdoala agar Allah selamatkan kita semua daripada bala dan ujian.

 

Dipetik daripada ceramah Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman (Abu Anas Madani)
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Hukum Meniup Makanan Panas

adminwm

DOA & MUNAJAT RAMADHAN

adminwm

Hajat Dimakbul Dengan Surah Al-Fatihah

admin

Leave a Comment