CANTIK

Ruangan Kecantikan Strip

AFT Era Baru

Piihan bertemukan keselamatan, lebih unggul daripada IPL

AFT – Generasi terkini dalam teknologi pengurangan rambut, untuk keselesaan, hasil dan keselamatan maksimum. Dengan kepelbagaian jenis rawatan penyingkiran rambut, pilihan untuk menjaga keselamatan diri sememangnya terletak pada diri kita sendiri. Teknologi memainkan peranan besar dalam memastikan keselamatan dan terutamanya bila ia berkenaan fizikal kami, pastinya kami perlu arif dan selektif agar dapatkan rawatan yang terbaik. Rawatan berkualiti unggul penyingkiran rambut yang tidak diingini bukanlah semudah kaedah mencukur, tetapi ia adalah sesuatu yang dapat dijayakan di Strip.

Pakar penyingkiran rambut yang telah lama wujud membawa jaminan dari segi keselamatan, pengalaman selesa dan kesan yang licin dan menggembirakan seperti yang anda idamkan. Sebagai jenama yang dipercayai dan berpengalaman selama 19 tahun dalam kepakaran ini, Strip dengan bangganya menawarkan perkhidmatan AFT era baru. Kaedah penyingkiran rambut generasi futuristik ini adalah rawatan pilihan yang boleh menghilangkan sehingga 80%* rambut yang tidak diingini, dengan lebih berkesan berbanding sebelumnya.

Salah satu komitmen Strip sebagai pakar bertaraf global dalam bidang penyingkiran rambut ialah usaha berterusan dan bersemangat untuk berinovasi, mengikut perkembangan teknologi terkini dalam perkhidmatan yang disediakan. Teknologi pengurangan rambut canggih yang ditawarkan adalah hasil kerjasama Strip dengan salah satu pembekal global terkemuka dalam solusi perubatan dan estetik berasaskan tenaga, Alma Laser. Mesin AFT Strip dibuat khas dan mampu memenuhi semua kriteria penting dalam penyingkiran rambut – keselamatan, keberkesanan dan keselesaan. Dengan AFT Strip era baharu yang dilengkapi dengan teknologi penyingkiran rambut daripada Alma yang disesuaikan, pengalaman yang tiada tandingan menanti anda di Strip.

Direka eksklusif untuk Strip, AFT membawa kepada pelanggan kelebihan gabungan kepakaran daripada Alma dalam teknologi terapi cahaya, dan pengalaman luas Strip dalam bidang pembuangan rambut. Perkhidmatan pembuangan rambut AFT bukanlah rawatan laser kerana ia menggunakan jarak gelombang yang berbeza daripada laser. Beberapa kelebihan utama AFT era baru di Strip termasuk:

 Sasar dan Sampai — Tidak seperti penyingkiran rambut IPL yang menggunakan gelombang yang luas untuk menyebarkan lonjakan tenaga, AFT menggunakan gelombang yang lebih kecil untuk pengagihan tenaga sama rata, lalu menghasilkan rawatan yang lebih tepat dan teliti.

Tiada Kesakitan, Hanya Kelebihan — Sistem penyejukan dalam AFT dan teknik ‘in-motion’ Strip mencapai pengalaman penyingkiran rambut yang selesa dan tidak menyakitkan.

Lebih Besar, Lebih Baik — AFT era baru menggunakan aplikator kristal 5cm yang dibuat khas (berbanding dengan IPL yang menggunakan aplikator lebih kecil, iaitu 3cm), untuk memastikan pengurangan rambut pada permukaan yang lebih luas secara berkesan, khususnya pada kawasan Brazilian. Dengan Strip AFT, hasil dan keselesaan adalah maksima, risiko adalah minima.

Suatu rekaan moden, Strip AFT era baru disediakan untuk wanita dan lelaki. Kaedah ini sesuai untuk rawatan pada kebanyakan bahagian badan, seperti kaki, bahagian intim, belakang badan, bawah lengan, lengan, atas bibir dan lain-lain. Untuk hasil terbaik, enam sesi disarankan dengan selang waktu selama empat hingga enam minggu antara setiap sesi.

Tahun baru yang penuh dengan harapan dan impian dah pun tiba; ini juga peluang untuk segarkan diri dengan kelicinan yang indah. Harga percubaan satu sesi rawatan AFT kali pertama kini ditawarkan di semua stor Strip Malaysia, sehingga 31 Mei 2021.

AFT Bawah Lengan untuk wanita dan lelaki pada harga RM68 dan RM88 masing-masing. (Harga Biasa: RM450 / RM585). AFT Brazilian pada harga RM188 dan AFT Boyzilian pada harga RM288 (Harga Biasa: RM900 / RM1,170)

AFT Separuh Kaki Bahagian Bawah untuk wanita dan lelaki pada harga RM288 dan RM388 masing-masing (Harga Biasa: RM900 / RM1,170).

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13653″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Rutin Penjagaan Kulit Di Dalam Kapal Terbang

admin

Tiada Siti, Rozita dan Fazura… Ini Senarai Artis Paling Cantik Di Malaysia

admin

Produk Kecantikan Paling Disenangi Rakyat Malaysia

admin

Leave a Comment