CANTIK

Antara Michelle Hee & BMIC

RENCANA KHAS 

Beauty is nothing without the personal touch. We believe that it is the

personality inside that shines through with beauty on the outside. That is what
inspires us, above all else, to personalise the art of beauty with touches of
individuality.”

Di atas adalah kata-kata keramat daripada pengasas dan tuan punya BMIC Starhill Gallery dan Pavilion Kuala Lumpur, Michelle Hee. Selain di dua tempat strategik ini, BMIC BeeBee Nail Spa di Fahrenheit 88; BMIC Properties Sdn Bhd dan satu yang bakal dibuka ialah BMIC Nail & Beauty Academy. Kesemua ni milik wanita jelita tinggi lampai Michelle Hee.

Bermula pada 2007
Bermula pada 2007, beliau bertugas sebagai Pengurus Jualan di sebuah syarikat kecantikan yang tersenarai di dalam bursa saham. Pada tahun sama Hee mengambil kursus kecantikan, solekan dan perawatan kuku di Top to Toe Academy kerana minatnya yang mendalam untuk mengetahui tentang dunia kecantikan dan mempelajari pelbagai ilmu mengenai teknik kecantikan. Michelle Hee tidak menunggu lama, tahun sama dia menubuhkan makmal kecantikannya yang pertama di sebuah bilik perawatan (facial room) yang berkeluasan cuma 150 kaki persegi di dalam sebuah salon dandanan di Grand Millennium Hotel (sebelum ini dikenali sebagai Regent Hotel). Tumpuan diberikan kepada perawatan facial, solekan dan perkhidmatan body waxing.

Salon Kecantikan Pertama, 2008
Pada 2008 Michelle Hee membuka salon kecantikannya yang pertama Aras 1, Hotel Concorde. Berkeluasan 1,053 kaki persegi dengan tujuh kerusi khas untuk dandanan, sebuah bilik dua katil dan sebuah bilik manicure and pedicure. Hee dibantu oleh dua pendandan rambut, seorang manicurist dan seorang pakar kecantikan yang dapat memberikan khidmat menyeluruh kepada pelanggan termasuk dandanan rambut dan perawatan facial, body and facial waxing, pakar dalam teknik membuang bulu-bulu di badan, pakar membentuk kening, perkhidmatan solekan dan perawatan kuku, antaranya. Terdapat juga pakej khas untuk perkahwinan dan pakej dalam bentuk ‘point’ untuk penjawat di bahagian pengurusan hotel.

Titik perubahan, 2008
Tidak mudah menjalankan perniagaan di dalam kawasan hotel. Dan memandangkan pelbagai sekatan dikenakan pihak hotel terutama hal-hal berkaitan dengan tempat meletakkan risalah dan promosi, dicampur dengan pemasalahan kurangnya perjanjian secara bertulis mengenai pajakan dan penyewaan, maka keperluan untuk meneroka peluang lain untuk salun bertambah lagi. Seyugia, terfikir dia untuk membuka salon BMIC di pusat-pusat membeli-belah dan seterusnya menawarkan perkhidmatan kecantikan kepada audien yang lebih besar.

Spa Salun Kuku Yang Pertama, 2009
Spa Salun Kuku (BMIC Nail Spa Salon) yang pertama dibuka pada 2009 di Galeri Starhill menyaksikan ia di dalam suasana mewah. Menawarkan perkhidmatan eksklusif kepada pelanggan-pelanggannya. Juga perkhidmatan premium seperti penjagaan kaki dan tangan, waxing dan membuang bulu-bulu, solekan dan memanjang bulu mata, semuanya disediakan dalam suasana chic, selesa lagi mewah. Ruang sebesar 1150 kaki persegi termasuk empat tempat khas untuk manicure, empat stesyen pedicure, satu bilik melilin (waxing) dengan dua katil dan satu bilik VIP dengan dua kerusi urut untuk perkhidmatan kuku.

Pelancaran BMIC BeeBee Nail, 2010
BMIC BeeBee Nail membuka pintunya di Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang. Menarik sekali kerana ia hadir dengan konsep yang jauh berbeza, mengetengahkan ruang yang lebih trendy dengan warna-warna yang ceria dan perkhidmatan ‘fuzz free’ bagi menyesuaikan dengan generasi muda. Ruang 489 kaki persegi ini mempunyai empat stesyen pedicure dan empat kerusi manicure untuk perkhidmatan penjagaan tangan dan kaki.

Pembukaan BMIC Nail Spa Salon Kedua, 2012
Spa Salun Kuku yang kedua dibuka di pusat membeli-belah paling terkenal, Pavilion Kuala Lumpur. Ia di kawasan Beauty Hall, di sayap khas Kecantikan dan Manjakan Diri (Pampering) di Aras 7, Pavilion KL. Hadir dengan konsep hijau dan suasana taman, anda dapat merasakan kesegaran dan ketenangannya, membuat pelanggan merasa amat selesa. Ruang 900 kaki persegi ini mempunyai enam stesyen pedicure, empat kerusi khas manicure, bilik waxing dengan sebuah katil, dan bilik VIP dengan dua wings sofa untuk perkhidmatan kuku.

Catatan Penting
BMIC menawarkan produk bebas kimia dan Halal (mesra wudud) untuk pewarna kuku, perkhidmatan penjagaan kuku, waxing hair removal, memanjangkan bulu mata dan Kursus Profesional Kuku.

Tanggungjawab Sosial Kepada Industri dan Masyarakat
Seorang perintis, penyokong dan penganjur pertunjukan Seni Kuku di Malaysia bagi mempromosikan Penghargaan Kepada Penjagaan Dan Kecantikan Diri. Aktif menaja pelbagai pertandingan Ratu, antaranya Miss Tourism International 2010 dan Miss Chinese Cosmo Pageant 2010 juga majlis-majlis seumpamanya.

Kelayakan
Beauty, makeup and nail course from Top to Toe Academy, 2007

Certificates – Top to Toe Beauty Therapy & Cosmetology, International Federation of Aestheticians, World Masters Certificate of Seminar and World Masters Professional Beauty Associates

Sijil Kemahiran Malaysia – Seni Hiasan Kuku
SKM Certificate Level 3 (MP-062-3 2013)

Sijil Kemahiran Malaysia – Juruterapi Estetik

SKM Certificate (No Level 1 : N-011-1 2007), SKM Certificate: A101790 (No Level 2 : N-011-2 2009) dan SKM Certificate: A101791 (No Level 3 : N-011-3 2009)

Sijil Kemahiran Malaysia – Seni Solekan
SKM Certificate (No Level 2 & Level 3 2013)

VTO (Vocational Training Officer / Pegawai Latihan Vokasional ) – Level 3
SKM Certificate A880677 (I-031-3) 2015

Kepimpinan dan Sumbangan
Dilantik sebagai Naib Presiden MNTA (Malaysian Nail and Make up Technician Skill Development Association) dari 31 Oktober 2016- 31  Disember 2018.

Dilantik sebagai MNTA Nail Educator dari 31  Oktober 2016 – 31 Disember 2018

Kini Timbalan Presiden (Malaysia) Nail and Makeup Technicians Skill Development Association (MNTA)

Timbalan Presiden MNTA, 2014-2015

Bekas Setiausaha MNTA, 2012-2013

Menyediakan latihan dan ‘personal coaching’ kepada dua pelajar yang memenangi pingat emas di World Skills ASEAN Hanoi 2014 Competition. BMIC Nail Spa Salon antara rakan kongsi kepada acara ini.

Dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa ‘ National Occupational Skills Standard (NOSS) untuk Seni Kuku Fasa ke 3.

Panel Juri Seni Kuku 2013 untuk Beauty Professional Competition. Ini adalah pertandingan kuku paling diiktiraf oleh Malaysia Cup Smart Nail Awards Competition (MSNAC).

Salun rasmi Miss Tourism International di Malaysia pada 2010.

Salun rasmi untuk ‘Chinese Cosmo pageant’ di Malaysia pada 2010.

Salun rasmi kuku untuk Miss Beautiful Nails di majalah fesyen dan gaya hidup Mirrors, dilancarkan di Malaysia.

Falsafah dan Prinsip Hidup
At BMIC, we consider it to be our greatest achievement when a customer gains
enough confidence over time to become a trusted friend.”

“To ‘give and take’ is the basis of any strong relationship. Similarly, at BMIC, we go
the extra mile by extending our complimentary touch-up services in goodwill, even
after one or two weeks after the sales period.”

Outlets

BMIC Nail Spa Salon, Starhill Gallery
S18 Pamper Floor, Starhill Gallery
181 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21103339 / 03-2148 1818

BMIC Nail Spa Salon, Pavilion Kuala Lumpur
Lot 7.02.02, Level 7, Beauty Hall, Pavilion Kuala Lumpur
168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21102171 / 012-9711326
Facebook page: bmicnailspasalonpavilion

BeeBee Nail, Fahrenheit 88

Lot 1.29, 1 st Floor Fahrenheit 88 (KL Plaza)
179, Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur

Tel: 03-21103081
Facebook page: bmicbeebeenail

Bora Bora Nail & Waxing Expert, Berjaya Times Square

Lot LG-19, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square,
No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2110 2763

Facebook page: Bora Bora Nail & Waxing Expert

Untuk info lanjut, hubungi:
Michelle Hee Meng Len
BMIC Nail Spa Salon, Lot 7.02.02, Level 7, Beauty Hall, Pavilion Kuala Lumpur
168 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
TEL: 012-363 8708

Related posts

 Lancôme Celebrates Every Woman

adminwm

Anak Kate Moss Jadi Wajah Kempen Marc Jacobs Beauty

admin

Kerana Produk Ini, Sering Saya Dipuji Lepas Mandi!

Shaufik Yunus

Leave a Comment