AGAMA

Rasulullah SAW Sebagai Ahli Politik Dan Pemimpin

Dalam sebuah hadis diceritakan, tidak akan sia-sia bagi mereka yang bermesyuarat dan tidak akan kecewa bagi orang yang beristikarah. Rasulullah SAW amat mementingkan permesyuaratan sebagai contoh dalam peperangan Uhud, baginda mengadakan mesyuarat bersama anak-anak muda Madinah tentang strategi yang bakal mereka digunakan dalam peperangan Uhud walaupun Rasulullah SAW tahu akan implikasi berperang di luar kota Madinah. Namun tetap mengadakan mesyuarat bersama sahabat-sahabatnya. Rasulullah SAW juga menerima pandangan yang majoriti dalam melaksanakan setiap tindakan.

Mengirim Surat

Sebagai ahli politik, Rasulullah SAW tetap menerapkan dakwah dalam kepimpinan sejajar baginda diutus oleh Allah SWT untuk menggembangkan agama Islam dan membebaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT.

Baginda menghantar surat kepada Raja-Raja dan pemimpin yang diutus surat oleh Baginda SAW bagi menyeru mereka memeluk Islam. Mereka ialah;

  • Raja Hurkul (Heraclius) Raja Rom pada tahun ke enam (enam) hijrah
  • Harith bin Abi Syamar Al Qhasani, Raja Damsyik
  • Raja Kisra (Cbosroes Eparw’s, Raja Parsi
  • Raja Muqauqis, Raja MesIr pada tahun ke tujuh hijrah
  • Raja Al Najasyi, Raja Habsyah
  • Huzah bin Ali Al Hanafi, pemerintah Al Yamamah
  • Al Munzir bin Sawi Al Tamimi,pemerintah Bahrain
  • Jaifar dan Abdul Ibi Al Jalandi kedua-duanya pemerintah Oman
  • Natijah daripada utusan surat yang telah dihantar oleh Rasulullah ialah:

Mereka dapat mengetahui siasah politik negara tersebut dan kecenderungan pemerintahannya.

Raja Yaman telah menerima Islam.

Raja Muqauqis (Mesir) tidak menerima Islam akan tetapi menghantar hadiah kepada Rasulullah SAW atas utusan surat tersebut. Raja Maquqis telah menghadiahkan Mariah Al Qibtiyaj (isteri nabi) dan adiknya yang bernama Syereen.

Raja Al Najasyi, Raja Habsyah telah memeluk Islam.

Al Munzir bin Sawi A Tamimi, permerintah Bahrain menerima Islam.

Kedua-dua pemerintah Oman dan seluruh rakyatnya memeluk agama Islam.

Menerima Pandangan Orang Bawahan

Di kalangan sahabat-sahabat, Rasulullah SAW terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang muda, ada tua, golongan hamba dan juga golongan yang kaya. Namun Rasulullah SAW akan mengambil kira semua pandangan tanpa mengira status orang yang berkata walaupun daripada seorang hamba.

Dalam peperangan Khandak sebagai contoh, pandangan seorang yang baru memeluk Islam dan merupakan orang luar bukan di kalangan orang Arab iaitu Salman Al Parisi. Salman mencadangkan agar dibina parit yang panjang dan lebar bagi membina benteng pertahanan menghadapi musuh. Pandangan ini merupakan cara yang tidak pernah dilakukan orang Arab. Ia adalah cara orang Parsi berperang. Namun begitu ia tetap diterima oleh Baginda  walau siapa pun yang mengutarakannya.

Mengamalkan Syura

Syura bermakna mesyuarat. Nasi SW sentiasa bermesyuarat dengan sahabatnya bagi setiap hal dan keadaan. Bilik mesyuarat Baginda adalah di dalam masjid kerana apabila bermesyuarat dalam masjid akan terhindar gangguan syaitan dan juga ahli mesyuarat akan menghormati masjid dengan tidak meninggikan suara serta menjaga adab-adab dalam masjid.

Contoh membincangkan bagaimana Nabi SAW mengatur strategi menghadapi perang Uhud.

Pembahagian Kuasa

Pembahagian kuasa diamalkan oleh Baginda SAW dalam pemerintah Baginda. Baginda kerap menukar panglima angkatan tentera bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat lain merasai kepimpinan. Apabila Baginda sendiri keluar berperang, jawatan gabenor atau pemangku beliau yang memimpin Madinah kerap bertukar. Bukan diberi kepada seorang sahaja atau dalam kalangan ahli keluarga mahupun kroni. Dalam peperangan al Bawwat, panji Islam dibawa oleh Sa’ad bin Abi Waqas manakala Sa’ad bin Muaz diamanahkan menggantikan Nabi SAW yang berada di Madinah. Manakala dalam peperangan Usyairah Baginda memberikan panji Islam kepada Hamzah bin Abdul Mutalib dan yang menggantikan Nabi SAW di Madinah ialah Abu Salamaah bin Abdul Asad Al Makhzumi. Dalam peperangan Badar, Baginda melantik Abdullah bin Rawahah untuk menjaga Madinah manakala Sayidina Aln bin Abi Talib diamanahkan sebagai pembawa panji tentera Islam.

Tegas

Baginda SAW seorang yang amat lembut apabila menyampaikan dakwah kepada kaum kuffar. Baginda berlemah lembut sesama orang Islam dalam masalah dakwah tetapi orang paling tegas dalam masalah hukum. Apabila membicarakan tentang azab neraka dan halal haram, muka Baginda akan merah padam bagi menunjukkan bahawa perkara tersebut bukan perkara yang remeh-temeh. Satu ketika dalam peperangan Uhud, Abdulullah bin Ubai datang bersama 300 orang munafik Madinah kerana ingin memberikan bantuan kepada Rusullulah SAW namun dengan tegas Baginda menolak bantuan beliau.

Rasulullah SAW tidak akan menggunakan kekerasan selagi mana pihak musuh tidak memberikan penentangan dahsyat kepada umat Islam. Peperangan adalah merupakan jalan terakhir baginya untuk meluaskan kalimah Allah. Pantang baginya yang sudah bersiap sedia untuk berperang tetapi membatalkan niatnya. Dalam setiap peperangan yang dilalui Baginda, tidak pernah Baginda berperang dalam keadaan tidak bersemangat. Baginda seolah-olah seorang singa di tengah-tengah medan pertempuran.

Pemaaf Dan Menentang Kejahilan

Baginda merupakan seorang yang pemaaf dalam menjalankan sesuatu hukuman. Bagi mereka yang melakukan kesalahan dan layak menerima hukuman, akan tetapi Rasulullah SAW memberi peluang untuk bertaubat, meninggalkankannya tanpa hukuman dan memaafkan kesalahan tersebut. Allah SWT memerintahkan supaya Rasulullah SAW memaafkan kesalahan yang berkaitan dengan perangai buruk manusia yang dilakukan terhadapnya. Baginda  memaafkan dan mengambil ia sebagai perkara yang kecil jika kesalahan itu berpunca daripada akhlak manusia, akan tetapi Baginda amat menekan akhlak yang baik kepada semua manusia.

Dalam peperangan Ghatafan, panglima tentera kafir bernama Du’thur yang menyerang hendap Nabi SAW dengan menghunuskan pedang di leher baginda, namun pedang itu jatuh kerana gementar dengan jawapan Nabi apabila ditanya, “Siapa yang akan menyelamatkan kamu daripada mata pedang ini?” Apabila Baginda menjawab, “Allah.” Akhirnya Baginda memaafkan dan melepasnya. Peristiwa ini menyebabkan Du’thur memeluk Islam kerana sifat pemaaf Nabi SAW dan menyeru kaumnya untuk memeluk Islam.

Begitu juga peristiwa yang menyayat hati dalam peperangan Uhud. Hindun yang mengupah hambanya Wahsyi untuk membunuh Sayidina Hamzah bapa saudara Nabi, bukan sahaja dibunuh malah Hindun memamah hati dan jantung Sayidina Hamzah. Dengan sifat pemaaf Nabi SAW kerana  padanya Allah yang layak menghukum Hindun. Akhirnya Hindun memeluk Islam dan tiada sedikitpun dendam Nabi SAW terhadapnya.

 

Dipetik daripada Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam 
oleh: Rusydi Ramli Al Jauhari

Related posts

Memburu Malam Lailatulqadar

admin

Kelebihan 10 Terakhir Ramadan

admin

Cinta yang Diajar Rasulullah SAW

admin

Leave a Comment