AGAMA

Rasulullah SAW Menyayangi Negara Sendiri

1. Dalam Islam, semangat cintakan negara bukanlah suatu perkara yang dilarang. Sejarah Nabi SAW sendiri membuktikan bahawa Rasulullah adalah wargenagara yang amat menyayangi Makkah, tanah tumpah darah baginda.

2. Ketika dalam perjalanan hijrah meninggalkan Makkah, baginda SAW melalui satu kawasan yang dinamakan Juhfah. Ia adalah sempadan di bahagian Utara Makkah. Di sinilah baginda memaling memerhatikan Makkah lalu bersabda:

ما أطيَبُكِ مِن بلدٍ، وما أحبُّكِ إلَيَّ، ولولا أن قومَكِ أخرَجُونِي مِنكِ ما سكَنتُ غيرَكِ

“Aku tidak temui negeri yang lebih baik daripada engkau (wahai Makkah) dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi daripada Makkah. Kalaulah bukan kerana kaummu (iaitu Quraysh) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.” (HR al-Tirmizi).

3. Luahan ini menggambarkan betapa Rasulullah SAW amat menyayangi Makkah, ia bukanlah satu sifat yang terlarang kerana mencintai tanah air, tempat kita membesar adalah fitrah yang dialami oleh manusia.

4. Sifat cintakan tanahair ini dilihat berlaku secara konsisten setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda bersungguh membangunkan Madinah, membentuk suasana harmoni dalam kalangan semua kaum serta menyemaikan rasa cintakan Madinah.

5. Perkara ini dapat difahami melalui doa yang pernah dibacakan oleh baginda SAW yang menyatakan:

اللهم حبِّبْ إلينا المدينةَ كحُبِّنا مكةَ أو أشدَّ

“Wahai Tuhan kami, lahirkanlah rasa cinta kami kepada Madinah seperti mana kami mencintai Makkah.” (HR al-Bukhari).

6. Malah lebih menarik lagi apa yang pernah disaksikan sendiri oleh Saidina Anas bin Malik iaitu pembantu Rasulullah SAW. Saidna Anas pernah bercerita:

“كان رسول الله إذا قدم من سفرٍ، فأبصر درجات المدينة، أوضع ناقتَه – أي: أسرع بها – وإن كانت دابة حرَّكَها”

“Sesungguhnya Rasulullah SAW itu, sekiranya baginda pulang dari satu perjalanan yang jauh, apabila sampai sahaja di Madinah dan ternampak anak-anak tangga Madinah, (atau dinding-dinding rumah di Madinah) baginda akan menggesa untanya supaya berjalan cepat, seakan-akan rindu untuk sampai di Madinah.” (HR al-Bukhari).

7. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa cintakan tanah air bukanlah sesuatu perkara yang dicegah oleh syariat.
فقال في (فتح الباري): وفي الحديث دلالة على فضل المدينة، وعلى مشروعية حب الوطن، والحنين إليه

Semangat cintakan negara ini bukanlah suatu perkara yang asing di sisi manusia. Sesetengah kaum di dunia ini bersungguh dalam memumpuk anak bangsanya agar mencintai negaranya sepenuh jiwa raga.

8. Cintailah negara Malaysia ini. Jauhkan Malaysia daripada penyelewengan fahaman dan pemikiran seperti pemikiran liberal yang merosakkan kefahaman anak muda tentang Islam.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Wanita Penghuni Syurga

admin

AKIBAT SOLAT DHUHA

adminwm

Kisah Cinta Zulaikha Kepada Nabi Yusuf

admin

Leave a Comment