FESYEN

Puma Defy Kebangkitan ‘Chunky Shoe-Trend’

Jenama sukan antarabangsa, Puma melangkaui jangkaan menerusi pelancaran kasut wanita terbarunya, Puma Defy.

Tampil sebagai inspirasi utama kepada wanita yang berani, Puma memilih penyanyi Selena Gomez sebagai duta produk ini.

Selena mempunyai ciri-ciri ‘Puma Women’. Berani mengukir jalan yang tersendiri dan sentiasa mencari cara baru mengekspresikan diri tanpa rasa takut atau kesal.

Defy kasut latihan wanita yang direka berteraskan kebangkitan chunky shoe-trend. Tapak kasut ‘profoam’ yang direka berdasarkan konsep ‘energy return’ membantu penuh pergerakan sisi ke sisi dan, ia juga menyediakan kusyen yang ringan untuk memberikan kebebasan bagi pergerakan pantas kepada pengguna.

Tidak boleh dinafikan bahawa rekaan terbaru Puma ini amat sesuai dan dikhaskan bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti sukan dan juga tampil bergaya pada masa sama.

“Defy adalah untuk memberanikan diri,” kata Selena Gomez.

“Defy menyeru wanita untuk menguji had dan tidak tunduk kepada norma yang ditetapkan oleh masyarakat terhadap seseorang. Puma telah mengenengahkan idea ini dengan sempurna menerusi produk ini,

“Saya juga boleh mengaitkan diri kepada mesej yang hendak disampaikan iaitu kepentingan mendengar suara hati dan hidup dengan cara yang tersendiri tanpa mempedulikan aspek negatif.” kata Selena. Defy berharap mencetuskan keyakinan pada  wanita untuk menjadi sebuah kuasa yang disegani dengan cara tersendiri.

Related posts

Burberry The Olympia Bag

admin

Valentino The Party Collection

admin

Monki launches on ZALORA and opens pop-up store in Pavilion

adminwm

Leave a Comment