Apa Perlu Dibawa Untuk Kekal Cantik Ketika Bercuti?

Please select a featured image for your post

Mengemas kit kecantikan untuk percutian hujung minggu adalah kerja saat akhir yang boleh membuatkan anda kelam kabut. Dan langkah menyusun ini selalunya diakhiri dengan terbungkus kit yang sia-sia dan akhirnyaproduk penting seperti pewangi, serum atau krim tabir suria tertinggal.

Penata gaya profesional iaitu Kate Young yang berkhidmat untuk bintang seperti Natalie Portman, Cara Delevingne dan Michelle Williams memberitahu dia tidak kuasa menghadapi detik seperti itu – “Yang peliknya, mengumpul dan membungkus produk kecantikan mengambil masa yang lama.” Berkongsi tip, Young memberitahu dia akan mengisi produk kecantikannya ke dalam botol-botol kecil jernih Muji dan tidak akan mengeluarkannya daripada kit sehinggalah ia perlu diisi semula. Mekap artis Hannah Murray pula mengakui oleh kerana dia mengalami masa sukar mengedit produk kegunaan, jadi dia mengambil jalan mudah dengan tidak membawa kesemua produk; contohnya untuk rambut, jika ke percutian tepi pantai dia akan bergantung kepada R+Co’s Rockaway Salt Spray dalam botol saiz mini dan kemudian akan membiarkan saja rambutnya di bawah cahaya matahari.

Kerap mengembara membuatkan Young dan Murray banyak belajar daripada kesilapan. Melihatkan cara mereka, kami mahu berkongsi produk dan barang yang mesra dibawa bercuti dan tidak akan mengganggu rutin kecantikan disepanjang waktu anda berlibur.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya
47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwm.com

FOLLOW US ON