Pippa Middleton Ucap ‘I Do’ Dalam Gaun Rekaan Giles Deacon

Please select a featured image for your post

Giles Deacon, pereka fesyen British menjadi pilihan Pippa Middleton untuk mereka gaun pengantin yang disarungnya dalam majlis perkahwinan bersama James Matthews pada hari Sabtu yang lalu.

Mengejutkan? Ya, kerana Deacon dikenali sebagai pereka fesyen eksentrik yang mana koleksinya menonjol belaka dan apabila dipilih mereka pakaian pengantin untuk majlis bertema tradisional, pasti nampak sepertikan tidak kena kerana identiti pereka bertentangan dengan personaliti dan penampilan pengantin yang lembut dan anggun. Namun sebaliknya yang terjadi kerana dihari perkahwinan, Middleton melangkah anggun dalam gaun yang kini ditampal banyak di laman Pinterest di bawah kata kunci; fesyen pengantin tradisional Inggeris.

Beberapa bulan lalu, nama Deacon digembar-gemburkan sebagai pereka pakaian pengantin selepas gambarnya berjalan keluar dari rumah Middleton di Kensington sambil memegang beg pakaian tersebar di media. Sesetengahnya menganggap Deacon dipertanggungjawab mereka pakaian pengapit memandangkan eksperimen rekaannya sering dianggap buruk citarasa, jadi tidak mungkin dia yang dipilih mencipta pakaian pengantin, tetapi tiba harinya, yang terhasil daripada kedua tangan Deacon adalah sehelai gaun elegan yang nampak begitu megah dan bergaya tetapi tidak terlalu konvensional.

Deacon menghasilkan gaun yang rapi dan kemas. Dihasilkan sepenuhnya daripada les, bahan-bahan berasingan dijahit bersama menggunakan tangan untuk mencipta helaian tanpa lipit dan disulami mutiara-mutiara kecil. Kemahiran yang dimiliki Deacon adalah kemampuannya berurusan dengan sifat remeh-temeh tradisi – oleh itu, yang kelihatan adalah leher tinggi yang menambah sentuhan drama yang tidak dijangka termasuk lengan berpotongan kontemporari. Penegasan diberi pada pinggang membawa kepada jatuhan labuh mengembang yang mana Deacon mendapat ilham daripada adegan tarian dalam filem The Leopard pada 1943 di mana Claudia Cardinale watak utama dalam itu  nampak seperti terapung dalam setiap pergerakannya ketika menyarung gaun kembang putih, dan idea itu diterapkan dalam gaun Middleton.

Bagi menambah lagi seri penampilan sebagai Ratu sehari, gaun Deacon tersebut digandingkan dengan layah berhias mutiara Stephen Jones, tiara dari Maidenhair Fern dan kasut Manolo Blahnik.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON