GAYA HIDUPSIHAT

Pinggan Viral Tidak Bagus Untuk Kesihatan?

Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik, namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.

Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.

Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah

⚠️ Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat

⚠️ Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik

⚠️ Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan

⚠️ Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)

⚠️ Pinggan dengan pelbagai bentuk

Pinggan yang selamat adalah;

✔️ Pinggan berwarna putih tanpa corak

✔️ Corak pinggan di bawah atau luar pinggan

Sebaik-baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya;

– Elakkan meletakkan makanan panas

– Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave

– Jangan simpan makanan terlalu lama

– Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah

– Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor

– Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil

Sumber: Facebook Public Health Malaysia
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Ayam Belanda Tinggi Protein

admin

Heritage Delights and Traditional Festivities

adminwm

10 Tip Ekstrem Bila Marah oleh Dr. Ahmad Rostam

admin

Leave a Comment