CANTIK

Petua Menghilangkan Kelemumur

“Aduh! Bencinya jika datang masalah kelemumur. Tak seronok, pasti bertabur putih-putih di rambut dan baju. Segan kalau dilihat orang, nampak macam aku ni tak teliti penjagaan diri.”

Masalah itu biasa kita alami. Memang tak seronok tetapi apakan daya, ia datang bila ia mahu, tetapi ia boleh pergi jika kita tahu menyelesaikannya.

Selain menggunakan syampu anti kelemumur, kami cadangkan petua menggunakan limau nipis.

Limau nipis banyak kandungan vitamin C, juga asid sitrik yang membuatkan ia berasa masam. Vitamin C pada limau nipis akan mendorong pertumbuhan akar rambut. Anda boleh menggunakan ia untuk menebalkan rambut. Selain itu, ia juga bagus untuk menentang kelemumur.

Cara menghilangkan kelemumur dengan limau nipis:

  • Perah buah limau nipis
  • Campur jusnya dengan air dengan kandungan yang sama banyak
  • Sapu pada rambut
  • Biarkan sebentar agar meresap pada kulit kepala
  • Kemudian bilas dengan air bersih

Related posts

Kerana Produk Ini, Sering Saya Dipuji Lepas Mandi!

Shaufik Yunus

Marc Jacobs Beauty Melantik Nikkie de Jager Sebagai Penasihat Artistik Global

admin

Babor Melancarkan Skinovage, Membendung Proses Penuaan Dengan Epignetik

admin

Leave a Comment