AGAMA

Pertanyaan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاه

Dari Abu Barzah Al Aslami berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, ke mana dihabiskan, tentang ilmunya, apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya.” HR Tirmizi No: 2341 Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

 

  1. Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup/

 

  1. Setiap kita akan ditanya tentang umur, ke mana dihabiskan dan dimanfatkan?

 

  1. Akan ditanya tentang ilmu yang dimiliki. Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat? Adakah ilmu tersebut diamalkan? Adakah ilmu disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?

 

  1. Setiap harta yang diperoleh akan ditanya, adakah diperolehi dengan cara yang halal atau sebaliknya? Setiap sen yang dibelanjakan juga akan ditanya ke mana dan bagaimana diurus?

 

  1. Pada tubuh badan kita juga akan ditanya. Seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki, ke mana telah digunakan semasa di dunia?

Berusahalah setiap masa untuk muhasabah apa yang kita milik sama ada umur, ilmu, harta dan seluruh anggota tubuh badan. Moga ia menjadi aset dan deposit amal soleh di akhirat nanti.  

Tulisan asal: Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Related posts

Sudahkah Anda Bertaubat?

admin

Rasulullah SAW Menyayangi Negara Sendiri

admin

Fitnah Zaman Siber

admin

Leave a Comment