FESYEN

Pergi Jauh Dengan Naelofar – “The Go Far Collection”

[thb_gap height=”40″]

Selebriti terkenal Neelofa baru-baru ini memperkenalkan wajah baru dan inspirasi masa depan rangkaian jenama hijabnya, Nael.  Lima tahun sejak diperkenalkan, jenama gah dalam dunia gaya hijab, Naelofar kini membawa sesuatu yang baru buat para peminat jenama tersebut. 

Dengan munculnya  identiti baru yang mengujakan para peminatnya ini, ia selari dengan identiti terkini jenama tersebut. Ia bertujuan meningkatkan daya diri wanita dan membuat mereka berasa yakin dengan keputusan mereka untuk berhijab yang mana juga mewakili objektif jenama tersebut untuk pergi lebih jauh.

Naelofar yang diasaskan selebriti dan ahli perniagaan terkemuka ini kini menjadi jenama unggul dan terbesar dalam jenama pakaian sopan dan anggun yang meliputi seluruh nusantara termasuk Singapura, Indonesia, Dubai, German, United Kingdom, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Ciptaan dan citarasa Naelofar sejak dulu setia pada keberanian, kreatif dan penuh aspirasi. Dengan sentuhan pembaharuan yang dibuat kini berserta elemen jenama yang telah menjadi identiti Naelofar, akan pasti mencetuskan satu penceritaan yang lebih jelas, menarik serta beridentiti konsisten.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11752″]
[thb_gap height=”40″]

“Dengan hala tuju baru ini, saya berharap Naelofar mampu mengubah  dan menginspirasikan perubahan di kalangan masyarakat terhadap pilihan wanita dalam era dunia moden ini,” kata Neelofa, “Saya juga ingin mereka tahu yang mereka tidak perlu berasa takut dan pergilah sejauh mana yang mahu juga. Jangan sekali-kali gusar akan kemampuan kerana halangan ke arah kejayaan hanyalah apa yang mereka tetapkan. Jenama Naelofar saya perkenalkan supaya mereka boleh pergi jauh. Selebihnya terpulang kepada mereka sendiri,” tambahnya lagi. 

Dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa telah melalui pelbagai cabaran dan amat memahami bagaimana wanita bekerja keras untuk membina keyakinan pada apa yang mereka pakai dan sejauh mana mereka telah ketinggalan dalam mengejar peluang hanya kerana kekangan-kekangan yang disebabkan oleh penampilan kurang yakin. Terangsang dan berhasrat untuk membuat perubahan bagi wanita, penjenamaan semula Naelofar pasti mampu menggerakkan jenama tersebut untuk menginspirasikan wanita ke arah penampilan yang lebih meyakinkan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Bagi memantapkan lagi kesinambungan penjenamaan baru itu, Naelofar telah memperkenalkan logo baru dan website yang lebih segar, menjadikan ia segera menonjol tidak kira sejauh mana anda pergi. Logo terbaru juga memperkenalkan warna terkini bagi jenama tersebut yang dipanggil “Naelofar Orange” yang mempamerkan kekuatan serta berani.

Sempena pelancaran arah tuju terkini jenama itu, Naelofar juga menghasilkan satu koleksi khas, “The Go Far Collection” yang memperkenalkan identiti baru jenama tersebut dengan menyuntik elemen segar, terkini, berani dan moden. Ia mempamerkan ciri-ciri grafik segar yang mengenepikan elemen berlebihan seperti hiasan yang tidak perlu dan hanya menumpukan kepada perkara penting seperti ciri-ciri fungsi yang diperlukan sahaja.

Koleksi ini berani dan menterjemahkan hala tuju baru ciri-ciri jenama dan DNAnya. Dengan koleksi ini juga, Naelofar akan terus memberi inspirasi kepada wanita melalui keberanian yang feminin dan mengenegahkan daya kuasa wanita. Berita baik buat peminat setianya, koleksi ini boleh didapati dengan pembelian melalui website.

Menarik, peminat boleh mengharapkan satu koleksi yang menarik serta mengujakan untuk beberapa bulan yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari website Naelofar dan mengikuti perkembangan terkini melalui laman sosial mereka seperti Instagram dan Facebook. Naelofar juga mempunyai rangkaian distribusi yang luas melalui online channel, butik atau melalui stokis bertauliah di serata dunia.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

FLORENCE PUGH WEARS TIFFANY & CO. TO VALENTINO HAUTE COUTURE SHOW

adminwm

The Fashion Runway Never Sleeps!

admin

Top 10 Jenama Jam Mewah

admin

Leave a Comment