GAYA HIDUP

Beli Stok Makanan Sihat di ‘Eat Well’ Marks and Spencer

Untuk anda yang mahu menikmati makanan seimbang tetapi selalu kelam kabut menyediakannya, saya mencadangkan anda ke Marks and Spencer dan pergi ke bahagian ‘Eat Well’ kerana di situ terdapat pelbagai jenis makanan kesihatan yang memudahkan anda membuat pilihan.

Baru-baru ini Marks and Spencer bekerjasama dengan chef selebriti Anis Nabilah, yang mana Chef Anis menyediakan dua resepi makanan seimbang menggunakan bahan-bahan yang boleh anda dapati di rangkaian ‘Eat Well’ tersebut.

Rangkaian makanan di ‘Eat Well’ sesuai untuk anda yang mensasarkan diet sihat kerana kandungan kalori dalam makanan yang dijual di situ berada dalam lingkungan garis sihat. Bukan itu saja, pilihan makanannya juga bebas perasa tiruan, pewarna dan pemanis, malah memenuhi garis panduan nutrisi yang ketat dan menjadikannya benar-benar selamat untuk dimakan.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”6956″][thb_gap height=”20″]

Sebut Chef Anis, “Sebagai seorang pengacara dan chef television, saya selalu sibuk menjalani penggambaran dan rakaman tv, jadi ‘Eat Well’ menjadi tempat yang akan saya tuju untuk mendapatkan bekalan makanan bagi menyediakan hidangan yang cepat, mudah dan sihat.”

Kolaborasi bersama Chef Anis Nabilah memperkenalkan resepi-resepi ‘Eat Well’ iaitu Ayam Rebus Berempah bersama Nasi Safron dan Balutan Lemon dan Kambing Pudina juga Balutan Ayam Bercili Bersama Mangga.

Untuk mendapatkan resepi ini lawati Facebook Marks & Spencer Malaysia di https://www.facebook.com/marksandspencermalaysia

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Related posts

Big Stage Untold Stories

adminwm

Yang Perlu Anda Makan Untuk Seks Sihat

admin

Kate Spade New York Meraikan Wanita

admin

Leave a Comment