GAYA HIDUPSANA-SINI

Pelanggan Bertuah Lelong.my Dapat Proton SUV

Seorang pelanggan bertuah Lelong.my membawa pulang sebuah Proton SUV X70 di majlis ulangtahun pusat beli belah atas talian ini yang ke 20 tahun. Penyerahan kunci kenderaan jenis SUV terbaru itu menjadikan penerimanya, Denise Anak Julie sebagai yang pertama memilikinya di Malaysia kerana edisi ini belum lagi dilancarkan di pasaran. Hadiah ini diterimanya selepas menyertai pertandingan ‘Shop and Win’ anjuran Lelong.my

Hadiah menarik turut diberikan kepada 55 peserta bertuah lain termasuk tawaran percutian bernilai sehingga RM10,000 selain baucar bernilai RM200, Fujifilm Mini Instax 9, Mini Drones dan TGV Indulge.

Hadiah disampaikan oleh Richard Tan, pengasas bersama juga Pengarah Urusan Interbase Resources Sdn. Bhd (pemilik Lelong.my).

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8305″][thb_gap height=”40″]

Related posts

DAGING LEMBU – Apa Yang Anda Makan?

admin

Khasiat Durian Belanda

admin

Treat Yourself To A 5-Star Sleep Experience with Locally Designed Sheets from GAIAS Home

adminwm

Leave a Comment