FESYEN

Pelancaran Semula MODA

Beberapa tahun kebelakangan ini Malaysian Official Designers’ Association (MODA) hilang daripada radar. Menyangka persatuan yang mengumpulkan warga kreatif tempatan ini sudah tidak lagi beroperasi, sementelah tidak lagi kelibat mereka menganjurkan sebarang acara. Rupa-rupanya mereka sibuk menstruktur semula MODA sempena era baru di bawah pimpinan pereka fesyen Melinda Looi sebagai presiden.

Penstrukturan semula ini turut melibatkan pengenalan laman web berwajah baru, termasuk laman media sosial Instagram dan Facebook bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada ahlinya dan menggalakkan lebih banyak interaksi dua hala.

MODA melakukan transformasi ini selepas menjalankan tinjauan pasaran terhadap lebih seratus responden daripada latar belakang profesional fesyen dan kreatif. Dan daripada tinjauan yang dilakukan mereka mendapati cabaran utama yang dihadapi oleh para profesional ini adalah serupa, oleh itu arah baru diwujudkan untuk menangani cabaran-cabaran ini.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap]
[thb_gap height=”40″]

MODA kini mempelawa individu dan syarikat korporat yang berkaitan industri kreatif bernaung di bawahnya dan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan. Pelawaan ini terbuka untuk syarikat peruncit, jenama gaya hidup, institusi pembelajaran, syarikat perhubungan awam, pengurusan acara, serta individu daripada pereka kepada cutter, jurugambar, retoucher, wartawan termasuk yang membuat merchandiser. Banyak platform yang disediakan untuk mereka mengembangkan rangkaian, dapat pula bergaul dengan warga kreatif dan memperluas ilmu pengetahuan dengan menyertai matching sessions dan mentor-ship and internship opportunities bersama pakar antara lain

Dalam ucapannya Melinda turut mengumumkan yang mereka mengikuti perkembangan gaya hidup terkini, yang mana bagi memudahkan barisan anggota, mereka boleh membayar yuran keahlianmenggunakan GrabPay dan Maybank QR Pay, menjadikan ia satu-satunya persatuan bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai perkhidmatan digital yang tersedia di seluruh Malaysia.

Menurut Melinda lagi, memandangkan tahun ini mereka menyambut ulangtahun ke 30, jadi banyak program dan acara menarik bakal diadakan. Sebutnya, “Saya sangat teruja dengan kempen ini, ia akan mempunyai siri runcit dan pertunjukan fesyen, pertandingan, pameran mini TV dan pesta fesyen besar-besaran di sebuah lokasi di bandaraya Kuala Lumpur.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MODA, lawati laman web mereka https://malaysiamoda.wixsite.com/moda

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Gambar: @zungninjaphotographers

Related posts

Forever 21 Alami Masalah Kewangan dan Mungkin Akan Bankrup

admin

Minggu Fesyen Milan Musim Sejuk 2019: Ermenegildo Zegna

admin

Mira Filzah Sweet Escape

admin

Leave a Comment