FESYEN

Pelakon Inggeris Kaya Scodelario Bintang Kempen Clash de Cartier

Pelakon Inggeris, Kaya Scodelario menjadi pilihan Cartier bagi kempen koleksi barang kemas terbaru mereka Clash de Cartier. Pemilihan Kaya kerana bakat dan personalitinya, juga sifatnya yang bebas dan bersemangat yang selari dengan koleksi ini.

Untuk yang tidak mengenalinya Kaya Scodelario, drama pertama dibintanginya adalah siri remaja Skins, manakala projek terbarunya adalah filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile, yang berkisar tentang pembunuh bersiri Ted Bundy dan ditayangkan bermula bulan ini.

Kata Arnaud Carrez, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Antarabangsa Cartier International, “Apa yang kita sukai tentang Kaya adalah pertemuan dua budaya: seorang rakyat Amerika Latin yang dibesarkan di England. Kaya memupuk dua aspek tenaga yang sama, iaitu pertembungan kreatif antara karakter yang serius dan quirky.”

Kempen Clash de Cartier memaparkan video berdurasi 30 dan 15 saat yang dikeluarkan 10 April lalu di kesemua platform digital Cartier, dan panggung wayang serata dunia.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9341″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9342″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Rama-Rama Metafora Perjalanan Kehidupan Malaysia Dalam Pandemik

admin

POLAROID: “Kami Membolehkan Anda Melihat Lebih Lagi.”

admin

Koleksi Musim Bunga/Panas Kaca Mata – DAVID BECKHAM

admin

Leave a Comment