Uncategorized

Panduan Praktikal Agar Tidak Terlebih Makan Pasta

British Nutrition Foundation (BNF) melancarkan panduan ‘praktikal’ untuk rakyat United Kingdom bagi menghentikan tabiat terlebih makan berikutan krisis obesiti.

Panduan bertajuk Find Your Balance menggunakan ukuran tangan dan sudu yang mudah untuk membantu menganggar portion yang sesuai untuk dimasak dan menyajikan makanan, yang mana BNF percaya ia lebih mudah difahami dan diamalkan berbanding menggunakan skala.

Menurut Saintis Nutrisi dari BNF, Bridget Benelam, “Antara kesemua jenis makanan, pasta antara yang sukar untuk dianggarkan jumlah sukatan yang sesuai selain nasi dan bijirin, kerana makanan seperti ini mengembang ketika dimasak.”

“Melihat sukatannya sebaik masuk dalam kuali, nampak kecil, jadi kita biasanya akan menambah lagi kerana bimbang makanan tidak cukup, tetapi akhirnya termasak lebih daripada yang sepatutnya. Untuk tahu sukatan yang sesuai adalah dengan melihat setelah ia selesai dimasak.”

“Sukatan yang dinasihatkan untuk pasta dan beras (yang telah dimasak) adalah sebanyak dua tangan yang ditadah, atau bersamaan 180 gram.”

Tambah Benelam lagi, “Saiz sukatan yang kami syorkan untuk pasta yang telah dimasak adalah 180g (254 kalori), tetapi sebagai contoh, apabila kita memandang pada sukatan untuk spageti, saiz yang paling lazim digunakan adalah 230g (324 kalori), dan kira-kira 10 peratus daripada sampel yang kami lihat memakan 350g untuk satu sukatan, yang mana ia menyediakan hampir 500 kalori daripada pasta sahaja, belum lagi setelah dicampur sos dan bahan-bahan lain yang dimasak bersama pasta.”

Kajian menunjukkan, meletak sukatan yang lebih besar dalam pinggan bermaksud anda makan dengan lebih banyak – badan perlukan masa untuk tahu yang perut sudah kenyang, jadi untuk mengelak terlebih makan, check sukatan sebelum menghidang.

Related posts

Berakhirnya Kisah Dongeng Song Joong-Ki dan Song Hye-Kyo

admin

8 Petanda Kanser Payudara Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

admin

Teh Halia Bagus Untuk Mabuk Perjalanan, Kesihatan Jantung dan…

admin

Leave a Comment