COVER STORY

Otai-otai Fesyen, Masih Berbisa

Saya di’sekolah’kan tentang fesyen oleh teman-teman pereka ini kala mula membabitkan diri dalam dunia pembikinan majalah. Memang inilah dunia yang saya pilih, tiada lain hanya mahu menjadi orang majalah khasnya majalah untuk wanita, dan jujurnya menjadi orang majalah (wanita) wajib tahu tentang fesyen. Saya teringat, di awal bekerja, duit saya banyak dihabiskan membeli majalah-majalah terutama majalah luar negara untuk meluaskan ilmu fesyen saya. Namun ia masih tidak cukup, saya perlu mengenali orang yang lebih arif dalam fesyen khasnya, dan siapa antara mereka, tentulah pereka fesyen itu sendiri, lantaran daripada merekalah saya mempelajari pelbagai ilmu tentang fesyen.

Lama saya berfikir siapa yang harus saya jadikan hiasan majalahwm bulan ini, dan layakkah seorang sahaja yang muncul. Lantaran datang ilham untuk membawa pereka yang menjadi rakan karib zaman saya menulis secara lebih serius di majalah. Dan untuk mengumpul membawa ke studio tidak semudah itu, maka inilah yang mudah lagi cepat, (maaf, gambar-gambar ada yang dihadiahi oleh mereka tetapi yang lain saya ceduk dari profil mereka dan saya minta dihalalkan menggunakan gambar-gambar yang bukan dari ‘khutub kanah’ majalahwm.)

Kami  memilih ‘otai-otai’ fesyen ini kerana merekalah antara yang mengahkan dunia fesyen negara, dan merekalah satu ketika dulu, malah ada sampai kini masih tekun memberi khidmat. Mereka disegani kerana fesyen mereka bukan sembarangan, masing-masing ada keunikan dan ‘karakter’ tertentu menghasilkan ciptaan daripada ilham sendiri, tidak menciplak idea orang lain. Sementara hasil ciptaan bermutu tinggi, kemasan, perincian, jahitan ya, setanding taraf pereka handalan dunia. Kerana itu hasil kerja mereka ada yang mencecah angka ratusan ribu. 

Pereka-pereka ini juga tidak semata mengumpul harta tetapi kehadiran mereka memberikan inspirasi kepada generasi baru untuk mengembangkan bakat dan menjadikan ia satu kerjaya besar. Kalau dulu-dulu orang tidak memandang bidang seni fesyen satu pekerjaan yang boleh dibanggakan, tetapi tidak lagi. Jika dulu bila anak tidak mahu lagi melanjutkan pelajaran sebaliknya mahu belajar menjahit dan mengambil kursus seni fesyen maka akan panjang khutbah mak ayah. 

Teringat teman, sebaik tamat sekolah mohon Institut Kemahiran Mara, walhal SPM gred 1 malah boleh jadi akauntan, sehingga maknya menghalaunya dari rumah kerana dianggap memalukan keluarga. Pada mereka kerja seperti akuntan, peguam, doktor sahaja yang menjanjikan hari depan cerah. Apa kelasnya jadi tukang jahit, kerana seperti kata ibu teman, “aku yang buta huruf pun boleh menjahit baju.”  Apa pun demi mengejar cita-cita dia keluar dari rumah, berjuang dalam bidang disenangi kemudian menghimpun wang melanjut pengajian di London dalam bidang fesyen. Bertemu pasangan hidup warga British dan memilih untuk bermastautin di sana menjadi pereka fesyen dan membuka butiknya sendiri di sana.

Apakah mereka ini masih aktif? Ya, kebanyakannya masih di dunia yang penuh glamor ini, tetapi ada juga yang menumpukan kepada klien mereka sahaja, itu pun sudah tidak cukup tangan. Dan mereka juga lebih senang tidak diteropong oleh media.”

Melihat kemeriahan industri fesyen ketika ini, saya (Sharil) sebenarnya seronok kerana ramai sekali  pereka fesyen kini. Apa yang saya amati pereka baru ini masih memerlukan tunjuk ajar dan pengalaman kerana terkadang masih dalam kekeliruan identiti mencari dna buat rekaan masing-masing, berbeza dengan pereka otai di Malaysia, yang bukan sahaja hebat di dalam kualiti yang dipertaruhkan, mereka ini masih menjadi pilihan terutamanya pelanggan setia khususnya golongan kayangan dan bangsawan walaupun berselindung di sebalik tirai sutera.

Albert King

Kata Albert, “aku hanya tumpukan kepada klien tertentu, bisnes yang dibina dijalankan oleh anak buah, biarlah mereka menguruskan, walaupun sekejab-sekejab aku diminta untuk ke bengkel.” 

“Masih tidak boleh berehat sepenuhnya,” kata Albert ketawa. “Tetapi aku mahu mereka belajar dan tidak mahu banyak campur tangan. Aku sendiri mahu tumpukan kepada klien-klien tertentu kerana mereka sudah lama support aku, dan aku mahu memberikan yang terbaik untuk mereka.”

Disebut sebagai Raja Adi Busana Malaysia  (Couture King), kini sudah lebih setengah abad di dalam industri ini, Dan dia boleh berbangga kerana selain ramai vvip dan selebriti  yang menjadi klien, insan yang terlalu senang dengan hasil tangannya ialah Tuanku Sultanah Hajah Haminah, bekas Raja Permaisuri Agong (Kedah). Bagi King, setiap ciptaan harus ada keunikan tersebut, sama ada yang edgy, avant garde, gaun pengantin, kurung dan kebaya moden yang detailing paling elaborate, bila Albert King digaya di atas permaidani merah ia terserlah dan mencuri setiap pandangan mata di hari itu. 

King tiada ilmu formal dalam bidang fesyen, tetapi kehadirannya kerana besarnya impian untuk menjadi seorang pereka terkenal. Demi mencapai cita-cita dia tekun mengikis terus bakat melukis semulajadi yang diperolehi, menumpukan kepada rekaan pakaian. Dia mencari pengalaman pertama dengan bekerja di kedai jahit Calan setamat tingkatan lima. Albert hanya belajar designing sewaktu bekerja di rumah fesyen,The Collection Sungai Wang Plaza, sebelum dia berdikari dan membina  ‘istana’ impiannya sebagai pereka terkenal. Dan semua itu adalah sejarah buatnya.

Sebagai temannya, sering saya pada satu ketika dulu diminta memakai ciptaannya lebih-lebih lagi apabila saya ke luar negara menghadiri pelbagai jemputan fesyen. Terima kasih Albert kerana bisa membuat saya berasa amat yakin diri dalam kelompok insan-insan bergaya seluruh dunia terutama ketika hadir di minggu minggu di London, Paris dan Milan. Saya hargai segalanya, terima kasih.. 

Sharifah Kirana Syed Ghazali

Sebaik Sharifah Kirana mengatakan ‘Ya’, untuk mengambil bahagian dalam The Cloth Konsert anjuran PVRTM (Persatuan Veteran RTM) lewat September tahun lalu, saya antaranya yang rasa tidak sabar melihat hasil ciptaannya. 

Sharifah Kirana, pernah saya baca apa yang ditulis oleh sebuah jurnal mengenainya. “She is a woman of many characters, brilliant and of boundless imagination. Kirana walks into a room and everybody looks. When we met, she was dressed in a one-of-a-kind draped charcoal blue shawl-like design of her own, a Chanel brooch and bejewelled ring – Kirana mesmerises. She is one of the most influential designers in Malaysia, and has shown her work all over the world. But what makes her stand out amongst her peers? It is her sometimes pared down designs, yet alluring and exquisite – witty, and at times, flamboyant but always, always spellbinding.”

Ibunya seorang suri rumah, dan Allah mengurniakan kepada ibundanya bakat seni membuat pakaian; dia membesar melihat si ibu, selain melayan kerenah anak-anak, masa terluangnya ialah menjahit. Dan Kirana gemar memperhatikan bagaimana daripada sehelai kain, ibunya menjadikan sepasang pakaian yang cantik. Daripada situ minatnya menjadi seorang pereka berkembang. Jika si ibu sekadar membuat pakaian untuk ahli keluarga, Kirana pula melanjutkan minat untuk menjadikan Kirana sebagai nama kepada ciptaannya, yang bukan sahaja dijahit untuk diri dan anak beranak tetapi oleh mereka yang betul-betul ikhlas menggayakan ciptaan yang baginya, tiada seorang pun akan memakai yang sama.Setiap ciptaannya dihasilkan setelah mengenali peribadi dan kesukaan, it’s something very personal,”  katanya.  

Anak yang dilahirkan daripada keluarga seni ini, ya datuk dan ayahnya sendiri seorang pemuzik, tidak berlengah memajukan diri dalam bidang fesyen. Maka bermulalah jejaknya belajar menggunakan mesin jahit, menghasilkan paten-paten yang ilham daripada khayalannya sendiri, menekuni dan mengingatkan pelbagai jenis fabrik, the feel of various textiles, viscosity and possibilities of how a particular piece of cloth could turn out as a garment. Sungguh dia menjadi terlalu obsessed dengan minatnya melakar ilham rekaannya di kertas. Fikiran sendat dengan pelbagai idea, sehingga dia kemudian mencari kolej untuk memegang ijazah dalam Fesyen dan Fine Art.

Hari ini kliennya daripada pelbagai peringkat usia, yang sebaya ibunya juga ada yang sebayanya dan anak-anak muda yang melihat Kirana bukan sembarang ciptaan tetapi hasil daripada pemerhatian dan kecintaannya kepada alam sekelilingnya. Melihat rekaan batiknya, selain corak yang menakjubkan, mainan warna pada ciptaannya memberikan gambaran seorang yang cukup artistik, yang mencipta sesuatu bukan sekadar membuat asal siap tetapi penuh kecintaan dan dedikasi.

Satu ketika saya juga sering melayan diri dengan Kirana, kerana saya rasa bila hadir ke majlis dalam persalinan Kirana, langkah saya penuh gaya dan menyakinkan.

Michael Ong

Kali terakhir bertemu Michael Ong di butiknya di Yow Chuan Plaza, tetapi kesan covid19 dan perintah berkurung, dia juga terpaksa menutup butiknya dan kini beroperasi dari rumah. Begitupun kilang mini fesyen masih ada, kerana katanya selagi masih bernyawa selagi itulah dia mahu hidup sebagai orang seni. Dia tahu hasil tangan masih disenangi oleh klien-kliennya yang walaupun tidak ramai tetapi masih Ong tidak menang tangan. “My days are very busy kak, sekarang tengah membuat pakaian untuk konsert Sheila Majid, yang akan berlangsung pada 18 Mac ini.”

Michael Ong sebagai pereka fesyen membawa kelainan besar dalam ciptaannya lantaran hampir semua selebriti yang ‘berjuang’ di zamannya menggunakan khidmatnya untuk pelbagai majlis terutama ketika muncul di kaca tv dan di majalah-majalah tempatan.






Dato Rizalman Ibrahim 

Antara ramai otoi-otoi fesyen, Dato’ Rizalman Ibrahim adalah insan yang paling saya kagumi. Dia idola dan saya mengagumi  hampir setiap ciptaannya. Kerana itu saya sama ada atas jemputan khas mahupun berbayar saya pasti akan hadir di pertunjukan fesyennya. Jujur saya katakan setiap kali pentas fesyennya diperagakan, ia mesti sesuatu yang tiada pereka tempatan mampu mengilhamkan sebegitu rupa. Bagi saya pentas fesyennya setaraf pentas nama-nama besar dunia.

Ya jiwa seninya tidak setakat melakar pakaian, tetapi lihat saja kejayaannya sebagai  penghias dalaman dan pengarah artistik kepada hal-hal berkaitan seni halus, seni kreatif, sebagai perancang perkahwinan antaranya, dan di tangannya apa yang dapat saya simpulkan dalam bahasa ringkas, saya julang tinggi setiap hasil kerjanya.

Rizalman biarpun kini berundur sebagai pereka fesyen tetapi legasinya fesyennya kini disambung oleh orang kanannya sendiri Faizul Ziaf. Jenama Rizalman kini khabarnya hanya dibuka untuk pelanggan setia jenama ini dan masih menjadi pilihan kerabat diRaja, golongan bangsawan, kayangan dan selebriti di Malaysia. 

Sebenarnya Rizalman tidak bersara sepenuhnya kerana dia mahu menumpukan masa di bidang perniagaan dan kerja amal di Yayasan Ri yang ditubuhkannya. Daripada pengamatan dari sudut fesyen, Faizul dilihat menyambung legasi Rizalman dengan cukup baik, ilmu yang dicurahkan ternyata dimanfaatkan sepenuhnya. Dayang Nurfaizah antaranya masih setia menyarung Rizalman sehingga ke hari ini biarpun tidak lagi mendapat sentuhan peribadi Rizalman sendiri.

Dato’ Sri Bernard Chandran

Pereka ini tidak perlu diperkenalkan lagi, ada yang menggelarnya ‘King of Fashion’, menjadi pereka setia untuk kerabat diRaja Brunei dan sehingga kini Chandran tetap menjadi pilihan utama mereka terutamanya  untuk majlis-majlis perkahwinan diRaja Brunei. Memiliki butik di Fahrenheit 88 di Kuala Lumpur, Bernard juga masih mengeluarkan ‘ready to wear’ buat pelanggan setianya.

Chandran is also a Malaysian television personality. He has been known as the chief designer of the reality television show Project Runway Malaysia, since its debut on 8TV on 3 August 2007.

Chandran was a guest judge on Britain’s Next Top Model, Cycle 6, Episode 12. The top three models were given a chance to model for Chandran’s fashion show during the London Fashion Week. Paris Fashion School in Paris, France.

Saya membaca lagi profilnya, ya pada 1991, Chandran menyertai ‘Open European Contest untuk Look of the Year 2000’.  Beliau dijulang sebagai pemenang dan memecahkan rekod sebagai satu-satunya insan luar dari Eropah pernah memenangi tropi tersebut. “The contest was gruelling,” grinned Bernard. “I am so happy to be the first non-white winner as it proves that Asians are as good as anyone else”. For his pains, Chandran received a camera, 19 000 francs, and publicity and contacts, which opened doors.

Dan tidak hiaranlah selebriti setaraf dunia pernah dilihat menyarung persalinan Bernard Chandran antaranya, di bawah adalah antara senarai selebriti dunia, yang saya petik dari internet.

Estelle notably wore an azure blue dress by the designer with exaggerated pointing hips to perform at the 2008 MTV European Music Awards. She also chose to wear two of his distinctive pieces (one on stage in a duet with Kanye West and one for the red carpet) to the 51st Grammy awards, where she went on to win her first Grammy.[

Lady Gaga has also been spotted in designs from Chandran’s Collections. She even wore a Chandran piece for her interview with Jay Leno.

English electro-pop musician Little Boots wore a Chandran dress for her interview with Metro.co.uk.[

Rihanna wore a hat from Chandran’s Autumn Winter 09 Collection for her famous topless, bondage-style shoot with Vogue Italia.

Tori Amos chose to wear a red gown from Chandran for the cover of her 2009 holiday album, “Midwinter Graces“.Chandran had also designed all 15 gowns for her concert tour that year.

Dato’ Radzuan  Radziwill

Memiliki Sarjana dalam bidang fesyen, Universiti Bunka, Tokyo Jepun (1994); Ijazah Sarjana Muda (Fesyen), Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan penerima anugerah Tokoh Jarum Berlian Malaysia (2005) dan sebelum ini juara Anugerah Benang Emas – majalah Jelita (1994).

Dato’ Radzuan Radziwill memulakan karier sebagai pensyarah kerana ingin memenuhi permintaan ibu bapa, namun belum cukup sebulan Radzuan mengubah haluan untuk bergelar pereka fesyen. Ini kerana dia sendiri tidak menyangka pertandingan Anugerah Benang Emas anjuran majalah Jelita yang disertainya sekadar suka-suka mengubah keseluruhan hidup dan juga kerjayanya apabila dia dinobatkan sebagai pemenang.

“Selepas kemenangan itu, saya bertekad memilih kerjaya pereka dan berazam membuka perniagaan sendiri. Saya percaya sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil saya mampu membuka perniagaan suatu hari nanti.” 

Melihat kesungguhan Radzuan, ibu bapa yang pada mulanya tidak merestui pilihan kerjaya anaknya akhirnya memberikan sokongan dan semangat kepadanya.

Tanpa mengambil masa yang lama, beberapa tahun selepas itu Radzuan membuka butik sendiri di Kompleks Daya Bumi dengan menumpukan perhatian kepada rekaan busana pengantin. Pada masa sama, dia melalui fasa pembelajaran dengan mempelajari teknik membuat rekaan, lakaran, kaedah memotong, menjahit dan melakukan kerja kemasan terakhir sebelum menyerahkan pakaian kepada pelanggan.

Malah, di sini juga dia mempelajari selok-belok ilmu perniagaan dengan menguruskan hal ehwal kewangan dan menjalankan urusan promosi. Pereka Ini dilihat memiliki hubungan yang cukup akrab dan menjadi pilihan kerabat di Raja dan isteri-isteri orang kenamaan. Dato Radzuan yang cukup terkenal dengan dna nya pada helaian tradisional, sudah tentu hasil kerjanya kini bukan lagi pada pelanggan tertentu sahaja kerana pereka ini baru sahaja melancarkan koleksi Hari Raya Aidilfitri pada harga yang mampu milik sebagai buah tangan kepada peminatnya.

Dato’ Tom Abang Saufi

Pereka berasal dari Sarawak ini antara pereka yang terkenal dengan dna nya yang mudah dikenali, cukup gemar pada rekaan yang bermotifkan etnik Borneo, Dato Tom juga mengeluarkan rekaan ‘ready to wear’ sendiri buat peminatnya. Hadir berkolaborasi bersama zalora.

Kini, wanita berusia 68 tahun itu bukan sahaja seorang pereka fesyen tetapi menggalas tanggungjawab baharu sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual sejak Mei 2020.

“Jujurnya ini bukan bidang kepakaran saya memandangkan saya datang daripada dunia fesyen tetapi pelantikan ini amat bermakna dan penghormatan luar biasa buat diri saya.”

Tom melihat seni lukisan yang dipamerkan di Balai Seni Negara.

“Saya sentiasa berpegang bahawa setiap hari adalah proses pembelajaran dan itu yang akan saya lakukan apabila diberi tanggungjawab ini.

“Seni sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya dan tugas baharu ini adalah salah satu cabang yang akan saya terokai dalam membawa Balai Seni Negara ke tahap lebih tinggi.” Teruja dengan tugas baharunya itu, Tom memberitahu dia tidak melihat perbezaan bidang sebagai penghalang untuknya, sebaliknya memberitahu fesyen dan seni dalam bidang yang sama.

Malah kata Tom, dia melihat pengalamannya selama 31 tahun dalam bidang fesyen dan perhubungan awam banyak memberi kelebihan dalam menghubungkan dua cabang tersebut menjadi satu. – Petikan daripada MStar

Melinda Looi 

Melinda antara pereka yang masih lagi aktif dalam menghasilkan rekaan daripada koleksi mampu milik hinggalah ke adi busana. Aina Abdul misalnya gemar nenyarung rekaan Melinda Looi seperti di pentas AJL, pereka ini ternyata masih hebat berimaginasi dan masih berbisa di dalam industri fesyen Malaysia. Baru sahaja mementaskan koleksi adi busananya di Kuala Lumpur, Melinda ternyata memiliki klien peribadinya sendiri yang masih setia mendapatkan sentuhan magisnya. Melinda Looi juga tidak terlepas daripada menghasilkan ready to wear dan juga aksesori yang cukup fun dan chic buat golongan muda. Item ini boleh dibeli di MelindaLooi.com

Terkenal sebagai pereka avant-garde dan vintage style Looi mula menjadi pilihan artis-artis lewat kemenanganya sebagai  “Designer of the Year” sebanyak dua kali pada Malaysian International Fashion Awards dan kemudian pada 2009, pada Mercedes Benz Style Fashion Awards.

Satu ketika Melinda mempunyai  tiga jenama di bawah naungannya: Melinda Looi Couture, Melinda Looi Prêt-à-Porter tetapi MELL yang juga terdapat di Malaysia mempunyai butik di Europe, Australia dan di Timur Tengah. Namun MELL kemudiannya dilepaskan kepada seorang rakan perniagaan kerana pasaran untuk jenamanya yang lain juga berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia tetapi jauh ke negara luar.

Bekas pelajar terbaik La Salle Institute of Design Kuala Lumpur setelah menjuarai Malaysia Young Designer Award pada 1995 sebagai hadiah kemenangan dia dianugerahkan scholarship untuk belajar di La Salle School of Fashion in Montreal, Canada. Pada 1998, Melinda pulang ke Malaysia dan bekerja dengan keluarganya sebelum jenama Melinda Looi  dipacak sebagai tanda dia berdikari dan meneruskan perjuanganya sebagai pereka fesyen.

Eric Choong

Saya ketemu Eric Choong semula di CollabStore yang terletak di Four Season Hotel. Dan pertunjukan fesyennya itu membuat saya berkata di hati, “what a great pieces you’re creating. Antaranya koleksi yang menarik perhatian saya ialah rekaannya menggunakan teknik tie-dye yang mempunyai lima warna. Menarik ciptaannya boleh digunakan oleh lelaki dan wanita — This collection comprises striking dresses, outerwear, pants, and blouses for women and men.

Pada saya Eric tidak terlena terleka dengan zaman kegemilangannya di tahun 90-an. Ciptaannya mengikut peredaran zaman, kalau dulu dia memenuhi orang muda sebaya dengannya dengan ciptaan gaunnya, kini di era 2023 dia berjaya memikat anak-anak muda dengan koleksi yang ranggi yet wearable dan exciting lagi unik, ilham daripada siluet kimono Jepun, menggunakan fabrik batik yang dia sendiri lukiskan. 

Choong, sebaik tamat pengajian di Hong Kong Institute of Fashion Design pada 1986, seketika mencari pengalaman di kota itu mendalami lagi ilmu jahitan dan rekaan. Dan setelah empat tahun melengkapkan dirinya dengan ilmu fesyen di sana, pulangnya ke Kuala Lumpur pada 1990 terus memperkenalkan jenama Eric Choong. Puas dengan penerimaan yang diterima daripada pelanggannya, dia tidak berlengah mengembangkan perniagaannya dengan menyediakan khidmat ‘made-to-measure’ pakaian pengantin.

Edmond Ser

Edmund Ser, dilahirkan dalam keluarga bangsawan ini mengakui zaman mudanya agak dimanjakan, apatah lagi dia anak bungsu, sebut apa sahaja keinginan semua dipenuhi oleh kedua orang tuanya. Selain aktif bersukan, banyak masa dihabiskan menonton televisyen. Pernah dia memberitahu kawannya, dia tertarik melihat pakaian David Cassidy, dengan gaya bell-bottom, dan pakaian-pakaian yang dipakai oleh keluarga itu,. Nah saat dia menghadiri ulang tahun ke 60 sekolahnya (Methodist Boys School) kala menonton  pertunjukan fesyen  hari itu, dia berazam menjadi orang fesyen. 

Untuk seketika dia mengambil kelas menjahit pakaian lelaki namun ia tidak banyak memberangsang mindanya dan berhenti. Melancong ke London, langkahnya berhenti di Medway College of Design di Rochester, Kent, kemudian mengikuti kursus pakaian dan kraf di kolej tersebut. Di kala itulah dia menduduki peperiksaan (external) untuk City and Guilds of London Institute membolehkan dia mendapat sijil tailoring lelaki. Masih tidak cukup dia mengambil pula diploma sebagai ‘master cutter’ yang mengambil masa selama empat tahun, waktu sama dia peroleh sijil dalam ‘men retail bespoke’. 

Begitulah perjalanan fesyennya sebelum pulang membuka Edmond Ser. Awal mempertaruh perniagaan dalam pakaian lelaki tetapi kerana kurang mendapat tempat, Ser beralih kepada pakaian wanita. Sebagai tukang jahit membuat jaket dan pakaian untuk ke tempat kerja, ternyata koleksi sutnya menjadi pilihan wanita berkerjaya. Perniagaannya bertambah besar dengan Edmond Ser didapati di komplek membeli belah seperti Parkson, Isetan dan Oval dan pada 1992 membuka butik pertamanya di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Ini saya petik, daripada profie peribadinya

“In December 1995, Bobby R. Novenario Pte, Inc. supported the formal opening of Suitables by Edmund Ser at Ayala Center, Makati, Philippines. In Manila, Ser was identified as one of the brightest names in the Asean fashion scenes of the 90s.[ Bobby Novenario, impressed with Ser’s well-fitting suits for the Asian figure, brought Ser to Manila to design a fashion line for Filipino corporate ladies.

Ser was a representative of Malaysia in the Asean Designers’ Scene, where he represented Malaysia for the Asean Designers’ show in Singapore, the Philippines, and other states in 1987, 1988, 1989, 1990, 1992, and 1996. In 1992 Ser was titled amongst Asean’s best five, alongside Sira Kulseth Siri of Thailand, Arthur Yen of Singapore, Frederick Perlata of the Philippines, and Samuel Wattimena of Indonesia. 

Walau bagaimana kami tidak berjaya (dalam waktu yang singkat mengejar deadline)  untuk menghubunginya tetapi percaya keberadaan jenamanya di merata Asia dan Eropah.  Dan itulah yang menjadi cita-citanya semenjak dia bertapak di arena ini.

Datuk Zang Toi

Jenama: Toi The Dressmaker,  Zang Toi

Berbekalkan wang sebanyak AS$300 pada usia 20 tahun dengan beraninya dia melangkah keluar dari kampung halaman dan berhijrah jauh ke Barat. Kini seorang pereka fesyen terkenal di dunia.

Anak kelahiran Kelantan, pada 1981, Zang Toi ke Kanada dan kemudian berpindah ke bandar New York, Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran dan minatnya di Parsons School of Design. Dia menjadi apprentice kepada pereka fesyen Mary Jane Marcasiano dan Ronaldus Shamask. 

Belajar sambil bekerja bagi menampung kos sara hidup di Amerika, selepas lapan tahun tamat belajar dan bekerja di Soho,Toi berjaya membuka sebuah studio cum bengkel fesyen pada Ogos 1989 dan tidak lama kemudian Ketua Editor U.S Vogue, Anna Wintour mengetengahkan Zang Toi di dalam isu Mac 1990. Salah seorang pereka Asia pertama yang diperkenalkan oleh editor yang ternama seperti Anna Wintour dan Frank De Caro (Newsday) menyatakan Zang Toi: “If anyone is THE NEXT BIG THING, it’s him.”

Koleksi busana mewah Zang Toi menjadi pilihan golongan atasan dan terkenal.

Di Malaysia House of Toi dikendalikan oleh abangnya Tze Loon yang juga seorang pereka fesyen. Tze Loon mengembalikan nostalgia tahun lalu di mana adiknya Zang Toi meraikan tahun ke 33 sebagai pereka mereka. Kata Zang,

 “I made my debut with 13 pieces in what I’d call my lucky resort collection in August 1989. Since then, I have never grown tired of chasing beauty wherever I go and in whatever I do.”

It may seem like a dramatic statement but Zang, as he is popularly referred to, really does live and breathe beauty. He cuts a stylish figure — sharp white shirt and trademark mini black kilt — even when he arrives out of breath and slightly behind schedule, fresh from his mandatory pre-dinner run around New York’s Central Park.Mengenai pereka terkenal Ralph Lauren yang dikatakan meniru rekaan Zang Toi, Tze Loon menjawabnya dengan tawa besar, “Memang memalukan lah tetapi ini jawapan Zang Toi, “it was a compliment for another designer to copy me. “If a giant brand name company such as Ralph Lauren would copy a small town boy from Malaysia, it’s a high form of flattery. It is proof that you are good at your craft when someone copies your work.”

Oleh Wirda Adnan dan Sharil Izwan

Related posts

Michelle Hee, The Secret Of Beauty

admin

ASMARA INI SEMERBAK CINTA

admin

Perkahwinan Termahal, Termewah Di Dunia Putera Abdul Mateen dan Dayang  Anisha Rosnah

adminwm

Leave a Comment