Nasha Aziz Paling Wow di KLFW2017

Please select a featured image for your post

The hot and happening… Nasha Aziz.

Sudah tiga dekad memperaga, daripada usia 17 ke 47, dari KL membawa ke Hong Kong dan New York, jauh perjalanan career modellingnya.

She is so special. Tiada siapa boleh mengganti tempat Nasha; tidak Tinie, waima Azura atau Tutie juga model lain yang seangkatan dengannya.

Aura yang dibawa Nasha di pentas runway berbeza. Di pertunjukan #TeamRiz (Rizman Ruzaini) #KLFW2017, Nasha mendapat tumpuan utama. Jarang sekali tetamu pertunjukan fesyen menepuk tangan ketika model memperaga, tetapi Nasha berbeza; semua menepuk tangan, bersorak dan sibuk menghala kamera padanya.

Betul, highlight #KLFW2017 setakat hari ketiga penganjuran bukanlah pereka fesyen, koleksi atau selebriti yang menghadiri tetapi Nasha kerana dia satu-satunya, yang teristimewa.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON