AGAMA

Nama Lain Bagi Kota Suci Makkah

Imam Nabawi r.a berkata, “Ketahuilah bahawa banyak nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan RasulNya SAW.

Makkah dan Madinah mempunyai banyak nama kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi,maka banyak sifat yang boleh diberikan kepada kedua-duanya

Antara nama nama Makkah yang ada di sebut dalam al-Quran:

 

1) Makkah (Al-Fath, 24)

Makkah ertinya membinasakan/mengurangkan.

– Makkah mengurang atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya

– Membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Makkah

 

2) Bakkah (Ali Imran, 96)

Makkah ertinya mencari, memecah, menunduk.

– Banyak yang datang ke Makkah dan menyebabkan orang bersesak-sesak di sekelilingnya

 

3) Ummul Qurra (al-An’am, 92 dan As-syura, 7)

Ummul Qurra bermaksud ibu kampung atau ibu kota.

– Makkah ialah pusat bumi

– Makkah merupakan kiblat yang mesti dihadapkan ke arahnya

– Makkah ialah negeri yang paling lama dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam

 

4) Al-Balad (al-Balad, 1-2) dan al-Baldah (al -An’am, 91)

Al Balad/ al Baldah = negeri

 

5) Al-Baladul Amin (al-Tin, 3)

Maksudnya negeri yang aman.

 

6) Haraman Amina (al-Qasas, 57)

Ertinya ialah Tanah Haram yang aman.

– Semebjak dulu lagi atau zaman jahiliah

– Orang yang takut akan datang untuk berlindung

 

7) Ma’ad (al-Qasas, 85)

Maksudnya ialah tempat kembali.

– Rasulullah SAW kembali ke Makkah setelah Baginda di halau oleh orang Quraisy

 

8) Al-Qaryah (an-Nahl, 112)

Maksudnya negeri.

 

9) Masjidilharam (al-Baqarah,127)

Disebut dalam al-Quran sebanyak 15 kali.

Merujuk kepada beberapa tempat iaitu:

– Kaabah

– Masjidilharam dan kawasan sekitarnya

– Makkah seluruhnya

– Seluruh Tanah Haram

 

Sumber: Facebook Inspirasi Umrah

Related posts

Hukum Wanita Memakai Pakaian Meleret

adminwm

Bersegera Dengan Amal Soleh

admin

Rahsia Di Sebalik Membaca Al Quran Terus Menerus

admin

Leave a Comment