Uncategorized

Nak Sihat dan Fit Macam Kevin Zahri? Amalkan Tip Berbuka Puasa Ini

Buka Puasa Dengan Kurma

Kurma istimewa kerana ia adalah gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) dan memberikan anda tenaga untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dulu, sebelum menjamah hidangan seterusnya, yang lebih berat. Kurma kaya dengan potasium yang dapat membantu menstabilkan bendalir badan setelah sehari berpuasa.

Peraturan 20 Minit!

Masa yang diambil untuk berasa kenyang selepas suapan kurma yang pertama adalah 20 minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit barangkali anda telah makan berlebihan, jadi makan dulu, dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih kurang 20 minit. Sunnah Nabi SAW pun menyatakan berhenti makan sebelum kenyang.

Target Kalori: dalam 700kcal

Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tetapi, tidak kira betapa sedap kuih-muih dan manisan yang disediakan, mulakan dengan hidangan yang seimbang untuk mengawal nafsu makan dan elak makan berlebihan.

Pilih

  1. Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dan lain-lain
  2. Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dan lain-lain
  3. Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dan lain-lain.
  4. Terakhir sekali baru makan sedikit kuih atau manis-manisan.
Tiga Jenis Air Semasa Berbuka

Untuk saya, setiap kali berbuka perlu ada tiga jenis air ini;

Air Panas: ini biasa untuk berbuka, untuk membantu ‘memanaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam. Tapi janganlah panas mendidih.

Air kosong: Ya, untuk menghilangkan dahaga dan ia tidak berkalori. Apa-apa pun tak perlu terus minum tiga-empat gelas air. Nanti buncit perut dan tak selesa.

Air manis: untuk air manis, nasihat saya minum akhir sekali. Ini untuk nafsu (kesukaan kita) tetapi kalau diminum berlebihan kalori pun jadi berlebihan.

 

 

Sumber: Instagram https://www.instagram.com/kevinzahri/

Related posts

Makanan Yang Bagus Untuk Membuang Banyak Kalori

admin

Aku Menyayangimu… Mak

admin

8 Petanda Kanser Payudara Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

admin

Leave a Comment