AGAMA

Musibah, Sabar dan Syukur

Ini zaman yang sukar. Ujian hidup datang bertalu-talu. Kegawatan ekonomi, kemunculan Covid-19, perubahan cuaca yang tidak menentu dan banyak lagi menyebabkan gaya dan taraf hidup manusia berubah. Ada yang kematian insan tersayang, kehilangan punca rezeki, kemusnahan harta benda, menyebabkan kita merasakan seolah-olah hidup kita sudah tidak bererti.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saban hari kita membaca keluhan mereka yang bermati-matian mencari rezeki demi meneruskan kehidupan. Tidak tergambar bagaimana perasaan andai diri kita berada di tempat mereka. Adakah hati dan jiwa kita setabah dan sekental mereka?

Ambillah pengajaran yang besar daripada ujian-ujian Allah SWT ini. Cuba untuk memberi semampunya andai insan-insan yang memerlukan ada di sekitar kita. Selain itu, bersyukurlah jika Allah memberimu ujian hidup, kerana dengan demikian, Allah memberikanmu kesempatan untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik lagi. Salah satu tanda syukur adalah dengan membantu insan dalam kesusahan dan memerlukan.

“Tidaklah ada dari manusia melainkan: diuji dengan keselamatan agar diketahui bagaimana syukurnya, atau diuji dengan sebuah bencana agar diketahui bagaimana sabarnya.” – Ibn Qayyim

“Ketahuilah bahawa rasa syukur merupakan tingkatan tertinggi dan ini lebih tinggi daripada kesabaran, ketakutan (khauf) dan keterpisahan dari dunia (zuhud).” – Imam al-Ghazali

Firman Allah SWT;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, namun jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangatlah pedih.” – QS. Ibrahim: 7

Moga dengan ujian yang melanda dunia hari ini membuatkan kita lebih bertakwa dan melahirkan manusia yang sabar, redha dan sentiasa bersyukur.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Fadilat Bersahur

admin

Bagaimana Surah Ad-Dhuha Mengubah Kehidupan Kita?

admin

Tanggungjawab sebuah perkahwinan

adminwm

Leave a Comment