FESYEN

MULBERRY x SEOUL

Lokasi pertunjukannya di Seoul, Korea di Muzium K Seni Kontemporari tetapi suasananya berbeza sekali kerana Mulberry mengubah lanskap kepada hitam putih sebagai latar belakang bagi menggambarkan lokasi-lokasi ikonik British manakala unsur berlawanan diterapkan dengan pentas peragaan berlantai merah jambu. Sungguh mengasyikkan!

Model terkenal Korea Soo Joo Park membuka pertunjukan menyarung kot Asheleigh dan skaf Leighton in Midnight manakala model London Edie Campbell menutup pertunjukan dengan memperaga dress Elena dan menjinjing tas tangan Amberley Satchel dalam warna hijau pudina berkilau.

Kelab malam yang terkenal di sana, TRUNK memberi kejutan dengan menghangatkan lagi pertunjukan dengan persembahan khas.

Tetamu yang hadir malam itu termasuk Lisa dan Rose daripada kumpulan band K Pop Black Pink memakai koleksi AW18, Irene Kim, Aimee Song, Qin Li, Yuri Song, Susie Lau, Aimee Song, Yeonseo Oh, kembar influencer Aya dan Amiaya dan DJ Korea Peggy Gou.

[thb_gap height=”40″]

Model memperaga koleksi musim Luruh/Sejuk Mulberry 2018

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Dah Bagus Promosi Tudung, Tapi Baju Pula Ketat: Banana Republic Tak Hormati Sensitiviti Orang Islam

admin

A Monumental Collaboration In Watchmaking Is Born

adminwm

STARS IN CARTIER AT THE MET GALA

adminwm

Leave a Comment