SANA-SINI

Misi Bantuan Banjir Tourism Selangor

Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor

mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari.

Seramai 20 kakitangan Tourism Selangor mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir di daerah yang terlibat di Negeri Selangor kali ini. Pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas. Selain itu, pihak Tourism Selangor turut berkolaborasi dengan pihak Aliments dan telah mengagihkan 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa banjir di Daerah Hulu Langat yang merangkumi kawasan Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.

Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam sebuah

kenyataan berkata; “Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda Negara, khususnya Negeri Selangor. Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di Negeri ini namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat”.

Related posts

Malaysians to capture the best drone shot

adminwm

Get Ready for Fun, Excitement and Adventures at Pavilion Bukit Jalil this June

adminwm

Ready, Get Set, LEGOLAND!

adminwm

Leave a Comment