MINI Clubman Sterling Edition Untuk Lelaki Moden

Please select a featured image for your post

MINI Clubman Sterling Edition menjadi model paling baru yang diperkenalkan oleh Mini Malaysia. Bezanya kali ini ia lebih eksklusif kerana hanya 20 unit sahaja yang dibuka untuk tempahan.

MINI Clubman Sterling Edition hadir dengan pelbagai ciri ultra cool. Antaranya dengan reka bentuk yang premium, tetapi tidak terlalu menonjol. Sebagai contoh, warna badan perak (melting silver) dengan perumah cermin sisi dan bumbung diwarnakan hitam (matte lack jack). Ia direka begitu anggun dan kemas dan diserlahkandengan simbol Black Union Jack pada bahagian scuttle sisi yang mana ia sempena memperingati asal-usulnya dari Britain. Rim khas MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci yang didatangkan dalam warna hitam sangat menarik perhatian.

Bahagian dalaman MINI Clubman Sterling Edition menggunakan kombinasi warna biru (indigo blue) dan merah bata (pure burgundy). Ruang kabin berwarna pure burgundy itu hadir dengan ciri iluminasi MINI Yours yang membolehkan pemilik memilih 12 warna yang telah ditala ke bahagian kemasan, untuk disesuaikan dengan mood dan kecenderungan pemandu serta penumpangnya. Tempat duduk MINI Clubman baru ini dibaluti kulit upholsteri Chester berwarna biru yang mana ia direka mengikut idea asalnya iaitu sofa klasik Chesterfield. Sterengnya pula mewakili pertukangan terbaik British. Ia dibaluti kulit Nappa dan disempurnakan menerusi jahitan tangan berwarna aluminium.

MINI Clubman Sterling Edition turut hadir dengan fungsi parking assist yang mana ia secara automatic membantu pemandu meletakkan kereta ke dalam ruang parkir dengan selari. Fungsi kawalan jarak parkir dapat mengukur ruang kosong di antara dua buah kereta ketika kereta dipandu. Sebaik sahaja ruang parkir yang sesuai ditemui, MINI akan mengarahkan pemandu untuk berhenti. Kelajuan boleh dikawal melalui panduan yang dipaparkan pada skrin menggunakan stereng automatik. Mengundur masuk atau keluar dari ruang yang sempit kini semakin mudah kerana kamera undur memberikan paparan jelas tentang apa yang ada di belakang pemandu. Ia juga memberi panduan kepada pemandu supaya memandu di laluan yang betul.

MINI sememangnya dikenali kerana dua perkara: gaya dan dinamik pemanduan yang mengagumkan. Tetapi dengan pemilik menghabiskan banyak masa di dalam kereta, membuatkan MINI memperkenalkan ciri utama sistem infotainmen tercanggih yang dikenali sebagai MINI Connected. Wajah infotainmen MINI Clubman Sterling Edition baru memang cantik – dengan LCD beresolusi tinggi bersaiz 6.5 dipasang pada bahagian tengah speedometer bersama grafik yang menghiasi bahagian sekelilingnya. Infotainmen MINI Connected menampilkan lebih 30 juta lagu yang boleh distrim secara langsung ke dalam MINI. Antara muka spotify yang intuitif ada pada skrin MINI, manakala semua fungsi kawalan mudah diakses menggunakan controller yang kecil tetapi padat dengan pelbagai ciri.

Navigasi ke destinasi baru atau yang kerap dikunjungi kini semakin mudah. Temu janji dan alamat yang disimpan di dalam kalendar pemilik juga boleh digunakan sebagai destinasi yang ditetapkan terlebih dahulu. Menerusi sistem baru dan lebih canggih, panduan jalan dipaparkan secara serta merta sebaik sahaja pemilik MINI menyambungkan iPhone mereka dengan kereta.

Sesuai dengan nilai estetikanya, MINI Clubman Sterling Edition menjadi ekspresi sebenar kereta untuk lelaki budiman zaman moden.

MINI edisi terbaru ini didatangkan dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama empat tahun dan servis berjadual percuma. Harga anggaran (di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi) ialah: RM 268,888.

Tempahan MINI Clubman Sterling Edition baru hanya akan dibuka secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition, di mana jualan pantas bakal dibuat. Tempahan bermula pada Selasa, 15 Ogos hingga Sabtu, 26 Ogos 2017.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON