FESYEN

Minggu Fesyen Musim Bunga Panas 2018

Dari London, Paris, Milan dan New York

Tiada yang lebih menyeronokan melihat warna-warna terang bersemarak di pentas peragaan di kota-kota fesyen dunia. Warna indah bersulam dengan kilatan; sequins, plastik, dengan tassels, feathers, embellishments… sesuai dengan musimnya.  ‘Feel good fashion’ kata ringkas untuk gaya di musim ini. Pereka terkenal Phoebe Philo menyebutnya, “If there is anything to say at the moment, let it be with love. Let it be joyful. Bersemarak di London, ‘Blossom’ di Milan, ‘Exploded’ di Paris dan ‘Daring’ di New York.

 

London

Daripada A hingga Z,  a.w.a.ke., Allice Archer, Antonio Berardi, Burberry, Bora Aksu, Christopher Kane. Chalayan, Delposzo, David Koma, Frances Wadsworth Jones.Lulu Guiness, Margo,, Niro Wang, Olia Victorieva, Phoene English, Roland Mouret, Sykes,Taylor Yates, Temperly London, Vow London, Wanbing Huang, ya masing-masing cukup bersemangat, kepelbagaian dalam pilihan fabrik, warna, paten, detailing. Ternyata mereka tiada ketandusan ilham, malah memperlihatan ketajaman permerhatian kepada suara wanita yang setiapnya pelbagai rasa dan cita-cita. Jelas ciptaan musim kali ini untuk semua… yang muda melata warna, yang sering bersederhana tetap fashionable dan yang sudah lebih separuh usia, ia tidak menahan mereka daripada menyemarakkan gaya… hidup ini harus diraikan.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5154″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5155″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5156″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]

Paris

Paris kota cahaya, kota cinta dan terkenal juga sebagai the ‘Capital of Fashion’. Sejarah industri fashion bermulanya di sini…

Minggu Fesyen 2018 tidak terlepas untuk menjadi perhatian seluruh dunia. Pencinta fesyen tidak sabar menunggu apa yang terbaru daripada Chanel, Jean Paul Gaultier, Yves Saint Laurent, Sonia Rykiel, Loius Vuitton, Dior, dan Christian Louboutin, Isabel Marant… dan ramai lagi.

Pentas runway musim bunga panas mengumpul kejutan dengan setiap pereka mencurahkan ilham dengan bersahaja untuk memperdaya mata tetamu. Nah hasilnya sesuatu yang unik, keperibadian terserlah, kelainan ini pasti mendapat perhatian.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5159″ img_size=”421×560″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5158″ img_size=”large”][thb_gap height=”40″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5160″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]

Milan

Di sini tumpahnya bakat-bakat yang menyanjung kesenian silam namun sifat artistik. Para pereka tidak menghadkan ciptaan dengan suntikan-suntikan yang penuh glamor dan hidup. Pentas musim bunga panas menawan setiap tetamu.. Versace dengan ‘kegarangan’ mereka memilih corak dan warna, Gucci yang sentiasa mengolah ciptaan kepada lebih tersendiri, Prada dengan sifat demour dan sentiasa memberikan keterujaan, Marni, Dolce & Gabbana, Salvatore Ferragamo, mereka bahan terpenting para blogger bercerita. Pertunjukan yang dinantikan… dan dari mereka tercetus ilham-ilham jalanan lain untuk industri ini menciplak idea selaras dengan pertumbuhan pelbagai jenama lain.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5161″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5162″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5163″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5164″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5165″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]

New York

Sudah tentu minggu fesyen New York dinantikan setiap tahun. Dan kali ini pereka bertumpu memberikan kemewahan memakai di samping menyatakan keinginan wanita untuk dilihat lebih cantik. Supaya mereka diraikan, dilayan, dikasihi. New York fesyen mengarap kesesuaian musim bunga ini dengan pelbagai kejutan… ia lebih berani lagi penuh terujaan.

Pereka seperti Adam Selman, Anna Sui,  Badgley Mischka, Marc Jacobs, Micheal Kors,  Jason Wu, Kate Spade New York, Nicole Miller, Vivienne Tam, Ralph Lauren dan Zang Toi antara yang amat dinantikan.

Garang lagi berani menaikkan rasa berahi wanita, mengutamakan fabrik dan warna, paten dan menghidupkan keindahan alam.

Related posts

Laporan Karpet Merah Golden Globe 2019

admin

Dolce & Gabbana Dan Lambang Keagungan Palazzo Ducale

Jantra Naqiah

Lily Collins, The Face of The Clash [Un]Limited Jewellery and The Double-C De Cartier Bag

admin

Leave a Comment