FESYEN

Minggu Fesyen Milan Musim Sejuk 2019: Ermenegildo Zegna

Fusion dan manipulasi adalah kata-kata yang tepat bagi menggambarkan koleksi ini. Di bawah slogan #UseTheExisting, keseluruhan koleksi disokong oleh bahagian tekstil Zegna, yang mana mereka membuat hampir keseluruhan koleksi dengan fabrik bulu, kasmir dan nilon eksklusif, dan dihasilkan dengan proses inovatif daripada sumber sedia ada dalam arkib tekstil mereka. Hasilnya lebih lembut namun menjadi satu tanggungjawab fabrikasi kerana ia adalah hasil kitar semula serta masih boleh dikitar semula.

Koleksi ini bertujuan melihat visi Sartori tentang “generasi multikultur warga dunia global” yang menggabungkan pakaian klasik, pakaian sukan dan perincian tentera. Bagi pengembara, penampilannya lebih selesai dengan kasut mudah bergerak termasuk kasut pertama Zegna, yang dipanggil Cesare. Beg direka besar dengan ruang dalam yang lebih luas dan berbentuk geomteri.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8526″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8527″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Maison Valentino launches a clothing VTO pilot project with WANNA

adminwm

lululemon Melancarkan Kedai Terbesarnya dalam Malaysia

adminwm

Pereka Fesyen Dan Muse Yang Menginspirasi – Fiziwoo

admin

Leave a Comment