COVER STORY

Michelle Hee, The Secret Of Beauty

Tinggi lampai, solekan sederhana dan rambut panjang lurus. Saya suka gayanya dan di majlis saya perasan dia selalu menggenakan dress paras lutut daripada lace. Wanita yang dimaksukan ialah Michelle Hee.

Siapa Michelle Hee? Katanya, “Michelle Hee is an ordinary person, lahir dan dibesarkan di Kuantan Pahang. My dad is from KL but moved to Kuantan after he met his love (my mum ).

Saya hanya ada seorang adik perempuan, dialah juga rakan kongsinya di dalam bisnes. We work very closely and she is also single,” sambungnya. “Sejak di sekolah rendah lagi saya bercita-cita mahu menjadi ahli perniagaan. Saya tidak pun ke universiti, tamat tingkatan enam saya sudah bersedia untuk mencari pengalaman. Saya suka mengira, dan suka matametik.”

Masih bujang katanya, “Single is not a my choice, I am waiting for the right person who will do anything to be my everything.  Masih menunggu dan mengharapkan bertemu Mr Right. Well, to be honest, I enjoy being single and I have the freedom to be myself; without any family commitment. Having a relationship and maintaining the relationship is not easy tho. Bayangkan dua insan daripada dua latar belakang berbeza, berlainan perangai dan karektor, sudah tentu tidak mudah ‘to accommodate’ bukan? Saya pun tidak bercadang untuk mempunyai anak tetapi jangan pula ingat saya tidak suka budak-budak. Jadinya tidaklah saya terpaksa bekejar untuk kahwin. Kawan-kawan perempuan mengusik, when you meet your Mr Right , you will definitely change your mind .. will see.”

Lelaki ideal buat Michelle. “Wirda,  finding ideal man is like finding Dinosaur,” katanya ketawa. “Tingginya mesti enam kaki dan susuk badan sederhana cantik, mesti bijak, jujur, agresif, bertolak ansur, bertanggung jawab, pembersih, hormat, business minded, tidak merokok dan tidak minum (sosial drinker is fine).  Oh ya mesti pandai menggalakkan saya untuk berjaya, dan meletak kebahagiaan Michelle Hee lebih daripadanya. Ya.. cukuplah sifat lelaki yang saya mahukan,” katanya.

Pada usia masuk angka empat ini Michelle banyak mengenal dirinya.

“I’ve learned that things don’t always turn out the way I planned, or the way I think they should. There are things that go wrong that don’t always get fixed or get put back together the way before. I’ve learned women should love herself more and value herself more. Fight for what she believes in. I’ve learned a women shouldn’t give up her dreams regardless of how many obstacles stand in the way. Learn to love myself more so that someone enters my life treats me negatively, I can stand up for myself and have the strength to let them go. Always see the good in everyone!”

Bagaimana Pengarah Urusan BMIC ini menguruskan stres kerjanya? “Saya mendengar lagu-lagu sentimental sambil baring dan muka berbalut masker. Saya kunci pintu bilik supaya tiada siapa boleh menganggu. Hayati bait-bait lagu  dan itu dengan sendiri menghilangkan stres. Hem mengenai soalan apa yang masih misteri kepada Michelle, jawapannya, UFO and Egypt. I wonder how they build the Pyramids?”

“Sepuluh tahun ke hadapan, saya berharap perniagaan ini ke satu lagi tahap di atas, membuka cawangan di Lembah Kelang dan membina lebih ramai lagi leaders.

Saya seorang fighter dan saya tidak pernah berkata TIDAK kepada apa juga peluang di dalam perniagaan. Sekiranya diberi peluang menukar keadaan dunia sekarang, katanya “A world without any natural disaster! No racism ; a world flourish with LOVE , RESPECT, CARE , HARMONY , PEACE & EQUALITY).”

Tips cantik, langsing dan sihat Michelle?

“Ajarlah diri untuk banyak minum air, tidur lapan jam, tiga ke empat kali makan sehari, elak makanan berminyak, elak fast food dan soft drink, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan minum detox Fiber setiap malam sebelum tidur. Juga bersenam satu hingga dua kali setiap minggu. Itulah ada orang kata saya nampak macam 29 tahun, hahahaha.

“Saya ada beauty routine sendiri. Siang; mencuci, toner, pelembab, serum mata dan sunblock. Sebelah malam; pencuci makeup, milk cleanser, mousse cleaser, toner, serum mata dan masker hydrasi dua atau tiga kali seminggu, dan sebelum tidur, sapu krim tangan, krim kaki, krim badan dan serum kening.

Mengenai bisnesnya,

“Nama BMIC adalah kombinasi nama saya dan ‘tagline’ Be Beautiful, Be Inspired, Be Confident, BMIC. Sebagai tuan punya salun, saya mahu setiap wanita yang melangkah ke sini, dan pulang dengan langkah penuh yakin dan rasa cantik. Seperti saya kata tadi, saya mempunyai minat yang mendalam di dalam industri kecantikan ini dan kerana itu saya tidak berlengah untuk menjalani kursus-kursus kecantikan di akademi kecantikan yang terkenal. Dan selepas itu saya membuka salon kecantikan di sebuah hotel lima bintang pada 2007. Tempatnya kecil sahaja, 150 kaki persegi tetapi menyediakan perkhidmatan facial, rawatan seluruh badan, mekap dan rawatan kuku.

“Pada 2009 saya mendapat peluang berpindah ke tempat yang agak luas, di Galeri Starhill berkeluasan 1150 kaki persegi. Di situlah saya memperkenal nail parties untuk majlis harijadi, hen’s event malah kid’s party yang pada ketika itu tidak ramai yang mengadakan majlis-majlis sebegitu. Saya ketuk pintu ke pintu untuk sebarang kolaborasi dengan rumah-rumah fesyen, barang kemas, bank dan syarikat-syarikat kereta. Saya juga berpeluang bekerjasama dengan international pageants seperti Miss Tourism International Malaysia 2010, Miss Chinese Cosmo 2010 dan banyak lagi event.

Dari situlah kata Michelle, orang ramai mula mempercayai jenamanya dan daripada situ juga katanya Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) memilihnya sebagai salah seorang panel untuk National Occupational Skills Standard (Noss) untuk Nail Arts pada 2013. Tahun yang sama dia dijemput menjadi salah seorang daripada juri untuk  “Beauty Professional Competition Malaysia 2013. “It is the most recognised nail competition, by Malaysia Cup Smart Nails Awards Competition (Msnac).”

Tahun berikutnya Michelle dijemput pula menjadi salah seorang daripada rakan kongsi untuk penyediaan latihan dan bimbingan profesional untuk dua pelajar yang berjaya akhirnya meraih pingat emas pada pertandingan World Skills ASEAN Hanoi 2014.

Mendapat banyak pertanyaan mengenai kuku, pada 2015 Michelle  berjaya membuka akademi BMIC dan menawarkan kursus-kursus profesional untuk kursus kuku, kursus waxing dan kursus memanjangkan bulu mata (eyelash extension course). “From my experience with NOSS, I am able to offer the Malaysian Skills Certificate or SKM. SKM has been adopted in the 10th Malaysia Plan as the single Skills or Vocational Certification for the country. I want to give people the opportunity to improve their skills and join BMIC family if they’re not planning to open their own outlet.

Ya, saya ke manicuring school,  Yes I did ! I obtained my Professional Beauty Course ( Facial and Body Treatment ), Nail Course and Makeup course from a Beauty Academy. I learnt about The Structure or the Skin and the Structure if the Nail; Personal Hygiene and grooming; Salon Hygiene and Safety Practices; Nail Service Consultation; Attend and Greet Customer;  Identify Nail Diseases and Nail Problems; Analyse client’s need ; Recommend the suitable Nail care treatment to the Customer; Sensitive and alert about the new trend , Colors and Nail design; educate Customer the importance of Hand Care & Foot Care Treatment, as we age, our hand will reveal our age and form fine line and wrinkle . Once a month should do a Hand Spa & Foot Spa Treatment, to nourish and moisture our skin, prevent age spots on the hand, prevent dry skin and cracked heel, apply hand and feet lotion every night before sleep.)

Mengenai keseronokan dalam perniagaan ini, “Bila orang tanya apa kerja saya, saya akan menjawab “ I am a painter. I am in painting business. Perniagaan saya ini penuh dengan keseronokan dan sentiasa baru. It’s an ART business. Anda tidak mungkin berasa jemu kerana setiap musim kita ada warna-warna terkini dan rekaan-rekaan terbaru. Warna sebenarnya boleh membuat seseorang suka dan suka, lapar dan relaks. Pelanggan juga boleh rasa suka dan gembira bila mana jari jemari dicantikkan.

Saya sendiri selaku tuan punya salun sebolehnya melakukan sendiri untuk mengurangkan belanja berlebihan. Besides, I like to share the positive thought to my team, show them clear and positive direction to my team, guiding them to the correct path and offering them a better career advancement for us to achieve our goal!

Saya suka bercakap dengan mereka secara individu, memahami mereka sebagai pekerja, memaksa mereka supaya lebih ambitious, dan bantu merancang hari depan mereka, tunjukkan blueprint syarikat BMIC. Saya mahu mereka berasa sebahagiaan daripada syarikat dan saya layan pekerja seperti keluarga sendiri. Mereka seperti adik-adik saya malah bekas pekerja BMIC, Angel, kami masih hubung menghubungi kerana saya tidak lupa akan jasa mereka, akan momen-momen yang indah juga yang menyedihkan sewaktu di BMIC.

Yang uniknya mengenai perniagaan ini, ya bisnes ini kecil sahaja. Namun kami perlu membuatnya megah dan dapat melambai pelanggan ke sini, melayani mereka. Dengan kata lain, by specialising in a specific Customer niche, we can focus on the skills and services that uniquely benefits to our customer. Be creative with our service packages and add so much value that it’s hard to say no. We admit our mistakes and fix problems to build strong relationships. We are honest about our products and services. I believe honesty is not just the best policy, it is our main policy here at BMIC! We also continue to come out with something new, such as New treatments and products.)

“Ya, hari ini BMIC meraikan ulang tahun ke 10, saya teruja dan bangga sekali. Petugas BMIC semakin ramai dan kami akan terus bertambah besar lagi kuat. Kami pernah mengalami masa jatuh dan bangun, masa suka dan duka, dan walau apapun anak-anak buah saya masih bersama saya, mereka percayakan saya, terima kasih.

“Nasihat saya pada yang baru hendak memulakan perniagaan, terutama anak-anak gadis, adalah penting untuk berkerja sepenuh hati, rajin, berdikari dan mahu melihat kejayaan pada diri. Kamu jangan takut kepada kegagalan, berasa cantik serta yakin diri.  Dan live life to the fullest.”

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Gambar oleh: Jeff Kingsley Photography
FB: Jeff Kingsley
Instagram: jeffkingsleyphotography
Solekan dan dandanan oleh: Michelle Chan Mei Jing daripada Snips International SCCA
Pakaian oleh: Romyda-KL
Terima kasih pada Julez Wong  dari C8media
[thb_gap height=”40″]

Related posts

SHILA RAHMAN A QUEEN OF MIND

adminwm

DATO’ SHAKE

Wirda Adnan

Tinie I Am Who I Am Thats I’ll Ever Be

admin

Leave a Comment