GAYA HIDUPSANA-SINI

Meraikan Ulang Tahun ke 10 Kumpulan BMIC

Sepuluh tahun lalu, demi cintanya kepada industri kecantikan, Michelle Hee membuat keputusan untuk mara dan mengejar impiannya. Hee meninggalkan kerjaya sebagai pengurus jualan di syarikat kecantikan yang tersenarai di bursa saham. Mendaftar diri sebagai pelajar di Akademi Kecantikan, dan kemudian membuka ‘beauty lab’ di sebuah hotel lima bintang. Sekalipun berisiko tinggi, demi kegigihan dan yakin diri,  tidak dinafikan katanya akan nasib yang menyebelahi dirinya, Michelle Hee berjaya membina empayarnya dengan hadirnya syarikat Kumpulan BMIC. Impian menjadi kenyataan.

Meraikan ulang tahun ke 10 pembabitannya dan anak syarikat Kumpulan BMIC,  pengasas BMIC Michelle Hee mengadakan majlis gilang gemilang di Nail Spa Salon, (juga kepunyaannya) di Pavilion Kuala Lumpur. Tetamu terdiri daripada rakan seperniagaan, selebriti dan personaliti terkenal, dan tidak dilupakan pelanggan, para pekerja, ahli keluarga serta sahabat handai juga wakil media. Mereka diraikan dengan aneka aktiviti menarik selaras penjenamaan syarikat. Juga dipratontonkan satu video khas bertajuk ‘The important of Digestion Health and Detoxifacation’ oleh Perunding Pakar Pemakanan, Dr Chong Pei Nee selaras dengan pelancaran produk terbaru iaitu, Sun Leaf.

Pertunjukan catwalk turut diadakan. Tetamu gembira dan pulang dengan pelbagai cenderahati sebagai kenangan.

Related posts

Telefon Pintar Samsung Bukan ‘Hanya Telefon’ Hari Ini

admin

Kes Penyakit Mental Di Tahap Kronik

Mahani Awang

Minyak Bunga Matahari Untuk Kecantikan

adminwm

Leave a Comment