GAYA HIDUPkesihatan

Mengapa Anda Perlukan Minyak Ikan?

Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri. Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu. Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan 1-2 hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan suplemen tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu mendapatkan omega-3 yang mencukupi.

Kebiasaannya, 30% minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain. Sesetengah daripadanya juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A dan vitamin D. Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan.

Sumber omega-3 utama dalam minyak ikan adalah asid eicosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA). Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan.

Ikan, suplemen atau tumbuhan?

Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam diet dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.

Pilihan makanan lain selain ikan yang turut mengandungi beberapa asid lemak omega-3 adalah termasuk flaxseed, walnut, minyak kanola, kacang soya dan minyak soya. Walau bagaimanapun, sama dengan suplemen, bukti manfaat kesihatan dan jantung yang lebih sihat daripada memakan makanan ini tidaklah sekuat daripada memakan ikan.

Bagi seorang individu dewasa, sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang kaya dengan omega-3 seminggu disyorkan. Saiz hidangan ialah 3.5 auns (99 gram). Bagi individu wanita yang hamil atau merancang untuk hamil serta kanak-kanak harus mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana mereka paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.

Kepelbagaian manfaat kesihatan

Jantung dan darah

Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan. Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah. Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.

Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung.

Kalkulator BMI – Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda.

Buah pinggang

Minyak ikan juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.

#3 Otak

Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.

Adakah minyak ikan bagus untuk penyakit jantung?

Jika anda bimbang tentang penyakit jantung, makan satu hingga dua hidangan ikan seminggu boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.

Selama bertahun-tahun, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan agar setiap individu memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.

Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, kelihatan mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya kematian jantung yang tiba-tiba.

Apa yang anda perlu tahu jika ingin beri anak suplemen omega-3?

Jika anda memutuskan untuk memberikan anak-anak anda suplemen omega-3 dalam diet mereka, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh anda, antaranya adalah seperti:

  • Cari suplemen yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin atau amaun vitamin A – adalah sejenis vitamin larut lemak – yang jika kandungannya terlalu banyak atau tinggi, melebihi tahap normal, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak dan boleh menyebabkan kesukaran dalam penyingkiran dari badan berbanding vitamin larut air yang mudah disingkirkan melalui air kencing. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian. yang terlalu banyak, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian.
  • Periksa arahan dos pada label dan pastikan anda tidak beri anak melebihi dos yang disarankan. Pengambilan minyak ikan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
  • Suplemen cecair adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak kecil. Suplemen berbentuk kapsul boleh menyebabkan anak anda tercekik, jadi jangan berikan suplemen jenis ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Suplemen jenis cecair ada dijual dalam botol dan pek kecil.
  • Berikan suplemen pada waktu makan dan mulakan dengan dos yang rendah. Anda boleh menambah dos secara berperingkat sehingga ke dos yang disarankan. Jika anak anda tidak gemar mengambil suplemen, anda boleh campurkan di dalam susu atau jus mereka.

Minyak ikan (Fish oil)

Penerangan

Minyak ikan adalah minyak yang diperolehi daripada tisu ikan berminyak. Minyak ini mengandungi asid lemak omega-3 iaitu asid eikosapentaenoik dan asid dokosaheksaenoik, pendahulu kepada eikosanoid … Wikipedia

Fakta Pemakanan

Minyak ikan

Minyak ikan

Sumber termasuk: USDA

Jumlah Setiap 100 g 100 g
Calories (kcal) 902
Lipid 100 g 
Lemak tepu 21 g 
Kolesterol 766 mg 
Natrium 0 mg 
Karbohidrat 0 g 
Serabut diet 0 g 
Protein 0 g 
Vitamin C0 mgKalsium0 mg
Besi0 mgVitamin B60 mg
Kobalamin0 µgMagnesium0 mg

Related posts

Le Méridien Hotels & Resorts

adminwm

Beautiful People Called Malaysians

Mahani Awang

INFINIX NOTE 30 (X6716) TAKES HOME OUTSTANDING AWARD AT THE PARISDESIGN AWARDS 2023

adminwm

Leave a Comment