COVER STORY

Melissa Sargeant Young, Beautiful, Successful

Di satu petang yang panas, dan seluruh dunia menghadapi satu set ujian yang besar. Ketegangan semakin meningkat di Iran, tarif yang dikenakan di India, protes jalanan yang tidak berkesudahan di Hong Kong dan apa kurangnya di sini dengan kempen Buy Muslim First #BMF yang tiada arah tuju.

Begitulah, sana-sini orang berjuang mahu keluar dari kepompong yang menyesakkan atau mahu perbaiki naik setingkat lagi supaya lebih selesa, atau barangkali kerana mahu dianggap penting dan dihormati. Seperti kata Ziana, “Penghargaan jadi tuntutan hidup…” Terpulang kepada masing-masing punya cara mencorak dan mengaturnya. Dan bercakap tentang ini, kami bawa seorang wanita muda yang punya golnya juga. Jarang MajalahWM memilih yang muda bergetah menghiasi muka depan, tetapi lain ceritanya kali ini. Dan kerana muda orang ingat yang mereka tahu ootd (outfit of the day) dan siapa paling glamor di Instagram, sebaliknya kami menjemput si dia untuk bercakap tentang dirinya sebagai expatriate di London (selalu kita dengar cerita orang luar jadi expatriate di negara kita) juga topik yang berlegar di kalangan anak muda.

Melissa Helena Iskandar Sargeant, saya mengenalinya kerana ibunya Dr. Mai Sargeant adalah kawan baik kepada bos saya Wirda Adnan, dan kami berjumpa buat pertama kalinya di Restoran Tupai-Tupai, milik juga salah seorang bos saya, Mahani Awang. Kini Melissa bekerja di United Kingdom dan sebelumnya belajar juga di sana iaitu di University of The West of England. Beauty with brain, Melissa menamatkan pelajaran di universiti tersebut dengan cemerlang (teringat saya pada anak arwah Aziz Desa yang baru-baru ini graduated dengan Anugerah Naib Canselor (ANC) – menerima Anugerah Dekan selama tujuh semester berturut-turut. Hem, orang sekarang banyak yang pandai-pandai). Berbalik pada Melissa, sebaik tamat belajar terus dilamar PepsiCo sebagai Penolong Pengurus Jenama. Tentunya dia dipilih kerana kelulusan dan pencapaian – tiada kaitan dengan networking dan lagi di bandar seperti London, tiada amalan chronism macam di sini.

Bermula sebagai Penolong Pengurus Jenama di PepsiCo, hari ini dia memulakan pula tugas baru sebagai Pengurus Jenama di Kerry Foods.

Berikut temubual saya bersama Melissa Sargeant.

Apakah yang best dengan tempat tinggal Melissa sekarang dan bagaimana dengan kehidupan di sana?

The funny thing about London is you hardly go to the same spots twice. Jadi susah nak memilih satu tempat yang best. Kalau pilih tiga yang menarik semestinya restoran, aksesibiliti dan opportunity. I’m a massive foodie and absolutely having such incredible and diverse food so close. Sama ada memuaskan keinginan saya terhadap makanan Malaysia atau mencuba masakan baru – London miliki kesemuanya. Ada ketika saya akan merantau ke Eropah menaiki penerbangan pendek dan murah namun dapat membawa saya ke  hab budaya dan bersejarah yang berbeza. Whether you’re into food, music, fashion, art – London has heaps of opportunity to immerse your indulgences.

Melissa tinggal di bandar yang mana kos sara hidup di sana tinggi, tetapi apa kurangnya dengan Kuala Lumpur. Di sini apartmen tiga bilik di Cheras sewanya boleh menjangkau RM1,300. Walaupun menyewa bertiga masih mahal untuk eksekutif muda (negara kita sejak sekian lama mengalami masalah minimum wage). Bagaimana keadaannya menyewa di London?

Kos sara hidup di London juga tinggi. Untuk orang yang baru bekerja, sewa tempat tinggal saja nilainya separuh gaji. Tetapi purchasing power juga lebih besar. £100 can get you pretty far versus RM100 in KL.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10635″]
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10636″]
[thb_gap height=”40″]
Apa yang anda pelajari semenjak tinggal di luar negara dan adakah ia mengubah perspektif terhadap negara sendiri?

Saya tinggal bersendirian jadi saya banyak belajar berdikari. Memang seronok tinggal di sini tetapi saya rasa di Malaysia jauh lebih bernasib baik antaranya kalau bercakap tentang makanan; harganya murah dan ada pelbagai pilihan. Di Malaysia walaupun dalam hujan masih boleh bekerja. Di sini cuacanya lain. Musim sejuk waktu siang lebih pendek, musim panas pula akan jadi teramat panas dan tak selesa jadi agak susah kalau bekerja di luar. Orang Malaysia juga lebih mesra. Keadaannya tidak sama dengan di UK. I’ve learnt to massively appreciate the lifestyle that living in South East Asia can provide. Dari sisi lain kehidupan berdikari mengajar saya tentang survival dan untuk itu saya perlu jadi kreatif dan berani melakukan sesuatu yang saya tidak biasa buat. Contohnya ketika belajar di universiti, saya pernah menubuhkan perniagaan street food. Saya jual nasi lemak dan hidangkan dengan rendang ayam atau rendang daging yang saya masak sendiri menggunakan resepi nenek saya. No short cuts were taken. Tak ada guna pes masakan dan sebagainya. Saya berpeluang meneroka cinta saya terhadap home cooking dan membuka minat untuk saya menceburi bidang kerja dalam pemasaran FMCG (fast-moving consumer goods). It was a risky leap of faith tetapi prosesnya memberi saya ruang belajar tentang kelebihan diri dan keunikan negara asal saya.

Design creates stories and stories create memorable experiences, and great experiences have this innate ability to change the way which we view our world.” Adakah memorable experiences yang Melissa boleh kongsi?

Bila kita muda dan dapat melakukan sesuatu mengikut minat kita, ia memberi satu keseronokan dan rasa seperti satu blessing. Daripada dulu saya sentiasa bersemangat untuk ke depan dalam apa saja yang saya lakukan, termasuk ketika menjadi sukarelawan semasa di sekolah lagi. Saya menjalani dua internship berbeza ketika musim panas di universiti. Saya mulakan bisnes sendiri sementara masih belajar. It was a combination of these things as well as my studies of psychology that equipped me with a deep love of people (understanding their behavioursand applying this commercially in the world of work – marketingMy favourite quote that springs to mind, “If not you, then who? If not now, then when?” Saya bertuah dapat belajar dengan orang yang hebat dan berbakat dalam bidang kerja saya dan mereka ini orang yang membentuk saya dalam lapangan kerja saya hari ini.

Melissa juga pernah bekerja di Kuala Lumpur jadi adakah perbezaan dalam corak kerja antara di sini dan di London?

Syarikat tempat saya bekerja mengamalkan tahap fleksibiliti yang berbeza. Sebagai contoh daripada hari pertama dengan PepsiCo lagi, saya sudah diberitahu yang saya boleh bekerja dari rumah. Ia satu tahap peralihan kepercayaan yang besar pada saya. Jadi apa yang saya lakukan, dalam seminggu saya akan bekerja dua hari di pejabat, dua hari di rumah dan pada hari lain saya akan bersama dengan rakan sekerja di agensi kami di London.

Kemurungan adalah salah satu isu yang hangat di Malaysia. Banyak orang mula bercakap secara terbuka mengenainya sama ada orang biasa juga dari kalangan profesional. Sejauh mana pengetahuan Melissa tentang kemurungan, adakah anda pernah melaluinya?

Ini antara perkara yang penting sangat untuk kita atasi. Secara peribadi saya sendiri pernah mengalami depression dan anxiety – terutama ketika saya dalam proses peralihan antara sekolah menengah dan universiti. Beberapa tahun lalu saya sangat malu untuk mengakui yang saya menderita penyakit ini kerana masa itu saya berpendapat hanya orang yang berperwatakan lemah yang mengalaminya. Setahu saya, satu daripada empat orang menderita isu kesihatan mental sepanjang hayat mereka, namun masih terdapat taboo berkaitan topik ini. Sebab itu saya suka melihat lebih ramai yang berkongsi cerita mereka kerana dengan cara ini ia dapat membawa lebih banyak kesedaran dan membantu orang yang menderitainya.

Pendapat Melissa tentang media sosial yang kadang memberi tekanan kepada pengguna?

I certainly do think social media can be a very toxic place – especially for teenagers currently. The reality is that for a lot of people, Instagram is a highlight reel and only shows a lot of the good, shiny and glitzy bits. Kita cenderung membandingkan diri sendiri dengan orang yang mempunyai fizikal yang menarik, gaya hidup yang sempurna, ahli keluarga yang cantik belaka, yang pergi percutian lima bintang. Melihat betapa happening-nya mereka, kita menganggap kehidupan kita serba kekurangan. This level of disparity and varying expectation cuts deep. Walau bagaimanapun, dalam yang buruk ada baiknya juga dan ini bergantung kepada apa yang dipilih membanjiri laman Instagram kita. Saya enjoy menggunakan media sosial kerana dapat berhubung dengan kawan-kawan saya di merata dunia dan seronok melihat post tentang makanan dan mengikuti akaun-akaun positif dan yang memberi inspirasi.

Tentang ibu Melissa, yang berubah kepada lebih Islamik. Adakah ia mengubah gaya hidup Melissa dan keluarga?

Beliau juga begitu passionate dengan kajian Islamnya dan terus memberi inspirasi kepada saya setiap hari. Growing up, I have always looked towards my mother as a true role model. Dia menjalankan badan amal sendiri (Warista) dan membantu ibu-ibu dan anak-anak yang kurang bernasib baik. She’s a qualified PHD in Total Quality Management. Not least of all, she raised my two brothers and I and with my father always ensured we had the best possible start to life. Baru-baru ini dia memulakan perniagaan menyediakan kelas umrah, haji dan kelas bahasa Arab di Cairo. She’s a truly multi faceted, strong and incredible human being and someone I’m very fortunate to call my mum.

Ibu orang Melayu dan bapa pula mat saleh. Pendapat tentang kahwin campur? Betulkah mixed marriage anak-anaknya lebih pandai?

I think mixed marriages can be tricky kerana budaya dan pendidikan yang sangat berbeza digabungkan untuk membesarkan dan membimbing keluarga. It’s a tough balance but I feel very fortunate to be from a mixed background. I have a deep love and understanding of both Malaysian and British culture. Saya boleh berkomunikasi dalam dua bahasa (admittedly my English is better than my BM!). However, I definitely don’t think my mixed parentage has benefited my intelligence!! Who’s said this?!

I was told you ada boyfriend. Melayu atau mat saleh? What do you think of Malay man? When is the wedding bell?

I do have a boyfriend and he is British! I have nothing against Malay men whatsoever and don’t think your race really depicts your character – pada saya yang lebih penting untuk tengok kepada bagaimana seorang lelaki membawa diri dan memiliki hati yang baik. I’m focusing on my career currently and feel lucky to have a partner very supportive of that!

Rancangan Melissa lima tahun lagi?

In five years time, I’ll be nearing the big 30! Sebelum sampai umur itu, saya mahu mulakan semula perniagaan sendiri. I’m currently scoping out incredible foods from Malaysia to rebrand and introduce to the UK – if anyone has any bright ideas, please get in touch. Selain itu, saya mensasarkan untuk membeli rumah – jadi sekarang dalam proses menyimpan duit. Mahu berjalan ke lebih banyak tempat eksotik dan happening di seluruh dunia. I’m a big family person at heart so ideally would like to be settled down too.

 

Penghargaan
Lokasi: Cedar on 15, Hotel Impiana KLCC
Jurugambar: IqqiVR.photogministry
Solekan dan dandanan: Firz Razali / Instagram @firz_razali
Pereka Grafik Muka Depan: Faid Zamin daripada Vectoria Graphics
Suntingan Gambar: IqqiVR.photogministry
Suntingan Gambar Utama: Raindrisz daripada Reka Kurnia / Instagram @rain2drisz
Blaus: Assia - I am Fashion
Seluar: I Love Wirda
Arahan Seni: Wirda Adnan
Teks: Shaufik Yunus

Related posts

Style Is Knowing Who You Are

admin

Ziana Zain Start Fresh, Think Big

admin

Segalanya Bermula Di Sini

admin

Leave a Comment