GAYA HIDUPSANA-SINI

Meghan Harry Hadiah Daripada British Airways

Mei 19, 2018, dunia akan menyaksikan perkahwinan diraja Putera Harry dengan pasangannya Meghan Markle.

Meraikannya, British Airways dengan penerbangan BA93 ke Toronto, tanggal 19 Mei akan berlepas dengan semua anak kapalnya bernama Meghan dan Harry. Jika ada penumpang bernama Harry, Meghan atau Megan, mereka  akan bersama kru atau anak kapal bernama Harry Megan ini, akan berlepas dari Terminal 5, London Heathrow Airport dan akan dijemput menggunakan Lounge kelas Pertama, akses melalui eksklusif First Wing.

Anak kapal seramai 10 orang, dua bernama Harry dan tujuh Megan, seorang Meghan  akan mengendalikan penerbangan ini, yang dijangka bertolak jam 1.10 malam, sejam selepas pasangan ini melafazkan ‘I Do’ di Windsor Castle, jaraknya cuma tujuh batu sahaja daripada lapangan terbang. Pegawai Kanan Satu,  Harry Blake, yang akan mengendalikan dek penerbangan bersama kaptain penerbangan ini.

Kek span perasa lemon dan elderflower Victoria, perasa sama kek perkahwinan Harry dan Meghan akan diberikan kepada pelanggan yang  berlepas dari lapangan terbang Heathrow pada 19 Mei. Lebih banyak champagne akan dihidang untuk meraikan majlis perkahwinan diraja ini,  setiap penumpang juga akan menerima sebotol Castelnau Blanc du Blanc untuk dinikmati bersama kek diraja ini.

Kata Pengarah Jenama dan Pelanggan British Airway, Carolina Martinoli,  “We are so thrilled for Prince Harry and Meghan so we wanted to bring some added sparkle and make our customers’ journeys fit for a Prince or Princess to celebrate this incredibly special day.

Pengurus Khidmat Pelanggan British Airways, Megan Horsley yang mengetuai nama-nama Harry dan Meghan berkata, “Saya pernah terbang bersama Megan, seorang atau dua orang sahaja, tetapi tidak sampai tujuh. Jadi kami akan memanggil satu sama lain dengan nama akhir (surnames)  pada penerbangan yang amat istimewa ini.”

Sepanjang Mei, penumpang penerbangan jauh berkesempatan menonton episod dari siri TV Toronto, Suit, juga dokumentari dan kisah cinta  Harry dan Megan yang bakal mencipta sejarah di Windsor Castle. Penumpang yang tidak berkesempatan menyaksikan perkahwinan diraja ini juga akan dapat menonton siaran ulangan melalui kaca tv di tempat duduk masing-masing bermula pada keesokan harinya.


[thb_image image=”6091″]

Related posts

Kisah Di Musim PKP

admin

5 Reasons Realme GT Best Gaming Partner

admin

Jom ‘Check in’ ke Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade

adminwm

Leave a Comment