COVER STORY

MATI HIDUP KEMBALI – TOGETHER WE CAN MAKE THE CHANGE!

Not me! Jerit hati saya. How could this be? Sungguh tidak adil! Sebaik berada di dalam kereta, saya meraung sekuat-kuatnya tapi yang kedengaran hanya keluhan hati yang remuk dan jantung yang masih berdenyut tak menentu. Buat saya semakin lelah dan sesak untuk terus bernafas.

Kerana tidak ditemani sesiapa ketika itu saya melayan rewang fikiran yang terbang jauh entah ke mana. Pendek kata, jauhnya hingga nampak liang lahat dan macam-macam terbayang di depan mata. Suami, anak-anak, cucu yang lima itu, kakak dan adik-adik juga semua sanak saudara serta kawan-kawan yang sentiasa meriuh dan menyerikan hidup saya menyapa seribu perasaan.

Saya ingat, saya kuat. Cukup kuat dan tabah. As always, Im quite positive about many things in life though being challenge by the creator many a times. Saya bangun, saya jatuh, saya bangun lagi, cuba dan dalam bayak hal, akhirnya berjaya. I’ve been through most of those obstacles. Memang kehidupan ini tidak lari daripada kekalahan tapi yang ini saya kalah teruk.

Rupa-rupanya saya tidak sekuat mana seperti yang saya fikirkan. Apa yang dijelaskan oleh pakar jantung tentang penyakit saya itu sesungguhnya satu tamparan hebat dan buat saya terfikir dan bertanya-tanya sendiri, is this the end?

Gejala kebocoran injap mitral jantung itulah penyakit saya. Ia banyak bergantung kepada tahap kebengkakan injap. Dalam kebanyakan kes, kebocoran injap mitral jantung hanya mengalami sedikit gejala atau langsung tiada gejala. Namun dalam kes saya, sekatan bekalan darah daripada injap mitral agak teruk, dan membuat saya sering kesesakan nafas, terutamanya selepas bersenam atau menaiki tangga, kekurangan selera makan, palpitasi jantung, rasa degupan jantung pantas tidak menentu dan adakala berdebar-debar.

Menurut pakar kobocoran injap jantung saya disebabkan oleh pampasan apabila kekurangan kuantiti darah dalam organ. Gejala itu membuat saya mengalami kebengkakan jantung. Ketika ia berlaku jantung perlu mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih kuat.

Dari semasa ke semasa, keadaan ini akan melemahkan jantung. Kelemahan jantung inilah yang menyebabkan pengurangan keupayaan jantung saya untuk menginjap, dan terjadilah kesesakan. Ini akan menyebabkan pulmonari edema yang akan mengganggu dan mengancam nyawa. 

Terngiang-ngiang di telinga apa yang dikatakan oleh doktor sebelum saya bangun dan menutup daun pintu biliknya, sambil merenung belas dia berkata, “Im so sorry for youlah puan, yours is quite a sad case. No cholesterol, not a diabetic, just a slight blood pressure and other results are good too except your heartbeat… so irregular and slow,” as if she was confuse too just like me why it has to happen.“Other than that you are healty,” tambahnya lagi.

Memang saya sihat. I jog three to five kilometres (sometimes), four to five times a week dan saya juga masa muda kerap bersenam robik dan jaga juga pemakanan. Sejak muda saya jarang sakit, lebih-lebih selsema, batuk, demam, senak perut atau gastrik kerana selau kejar deadline hingga trlupa makan dan jika diwadkan pun kerana melahirkan anak. Sepatutnya saya sihat. Tapi itu kata saya, Allah has his plan dan perancangan tersendiri untuk saya lalui.

Saya masih terbayang wajah doktor itu, sambil terhenti-henti beberapa ketika mungkin mencari kata-kata yang sesuai untuk diluahkan kepada saya. Beberapa ketika dia menyambung, “… hmmm! and you have to go through this,” saya hanya mampu senyum pahit, dia tetap merenung tepat ke muka saya, “But you don’t have to worry, the technology now is good and so advance. Trust me, its ok we’ve seen worse and you will be ok. Don’t worry ok, we can fix it.”

Entah kenapa bibir saya mengiayakan. Yes, fix it! Tapi jauh di lubuk hati, saya tahu, it is far from ok to be cut open. An open heart surgery is not my option! Walau terpaksa saya tidak mungkin setuju. Apapun saya berterima kasih padanya kerana cuba memujuk dan menyejukkan hati saya dari awal lagi dan saya suka sikapnya yang berterus terang.

Dalam pada itu, saya redha, saya ciptaanNya dan mutlak saya miliknya. Qadak dan qadar itu milikNya jua. Ya, Allah, perbuatlah apa sahaja jika tidak kerana redha dan rahmatMu, tidak mungkin aku terus bernafas dan mampu berdiri lagi. Saya tahu saya perlu kembali kepadaNya dan meminta.

Dalam mencari-cari itu banyaklah pengajaran yang saya temui dan saya mula faham apa itu hikmah di sebalik setiap musibah khususnya kala seseorang itu menghadapi saat getir kesakitan. Patutlah sering orang kata, sakit itu penawar dan penghalang dosa. Barulah saya benar-benar faham apa sebenar yang dimaksudkan.

Seperti yang Allah perjelaskan, sakit itu penghapus dosa dan setiap rasa sakit yang kita rasakan di dunia ini, ada balasan pahala untuk itu di akhirat kelak. Berpegang teguh pada keyakinan itu, sedikit demi sedikit saya mula mengumpul kekuatan dan keyakuinan diri yang masih bersisa. Saya belajar menepis bayangan-bayang negatif yang menerpa benak saya. I only choose positivity in many ways and in all circumstances.

Nampak Jelas

Saya mula nampak jelas betapa Allah menyayangi saya dan membuat saya sakit supaya saya tidak leka hal-hal duniawi sahaja dan perkara-perkara yang boleh saja membuat saya terus terbuai dan terlalu banyak mengisi masa yang diberikanNya dengan hal-hal yang saya suka dan yang saya pilih sahaja.

Saya belajar dan saya mula faham sedikit demi sedikit bahawa sakit itu untuk mengasingkan diri buat seketika, untuk benar-benar mengingatiNya dan mendekatkan diri kepadaNya sedara total.

Sepanjang waktu sakit dan dalam rawatan, saya sedar dan saya percaya sebahagian besar kekuatan dan azam saya untuk pulih dan ingin kembalik aktif seperti dulu adalah atas dorongan ahli keluarga. Suami, anak menantu, adik-beradik serta saudara mara yang sentiasa membuat saya tabah dan tegar, “I must get well and take this challenge!” menghubungi dan memberi kata-kata semangat

Keluarga dan kawan-kawanlah yang banyak memberi dorongan dan rangsangan untuk saya terus tabah dan kembali back on my feet. Saya amat berterima kasih dan terharu dengan kehadiran rakan-rakan khusnya Wirda yang kala itu juga turut mengharungi saat getir kesihatan suami yang semakin menurun dan turut mengancam nyawa.

Kini saya mula merasakan ‘nikmat’ sakit itu malah mensyukuri takdir yang Allah memilih saya. Maafkan aku wahai Maha Pencipta sekuiranya ada terdetik di lubuk hati sedkit kesal dan tidak redah dengan ketentuanMu dan terima kasih yang tidak terhingga for this second lease of life.

Hasrat Dan Cabaran Kami

Kejam celik sudah lima tahun berlalu sejak Majalah WM muncul dengan cover terbaru yang bertagline, ‘Together We Are Stronger’. Sejak detik majlis pelancaran yang sederhana di hotel lima bintang Palace of  Golden Horses itu, Wirda Adnan dan Mahani Awang berazam untuk mengangkat kegemilangan majalah online ini ke suatu tahap yang amat tinggi dan sentiasa releven buat targeted viewers kami.

Bagi kami majalah ini mestilah bukanlah sekadar warkah untuk dibaca dan ditonton sekadar mengisi masa, berseronok dengan habuan dan pengisian santai human interest tetapi ia harus bermanfaat dan meninggalkan kesan yang mandalam di lubuk hati dan mempunyai intellectual discourse yang mencanai fikiran sipembaca menjadi matang, terangsang secara positif lagi berwawasan.

Jika majalah WM yang diasaskan Wirda ini asalnya mewakili maksud ‘Women Millennium’, sejak detik itu ia juga sinonim Wirda & Mahani. Yes, together we are stronger, itulah cogan kata yang membuat kami terangsang dan amat teruja untuk membuat yang terbaik dengan pengisian dan hanya bahan yang bermutu.

Sejak detik itu juga banyak yang telah kami berdua dan majalah ini lalui baik dari sudut home front, work, environment dan work ethics dan ekspektasi ahli keluarga serta masyarakat setempat dan juga global.

Setinggi dan hangatnya kobar kami yang sedang marak, setinggi dan sehangat itu juga itu cabaan yang kami lalui. Begitupun menguruskan majalah online tidak setinggi modal produksi publikasi cetakan, ia tetap menggunakan kepakaran yang hampir sama dan tidak bukan mudah mengendalikannya.

Baru saja mula merangkak dan kami fikir sudah mendapat momentum untuk terus berkarya dan bergerak pantas, tiba-tiba dunia diuji dengan musibah pandemik Covid-19.

Seperti yang kita semua tahu wabak itu juga telah melumpuhkan setiap sudut kehidupan dunia pada 2020 dan sebagai sebuah produksi kecil seperti kami, kesannya terlalu besar terhadap perkembangan dan kelestarian majalah WM.

Terduduk kami dengan keadaan dunia yang kucar kacir, suram, seram dan paling menakutkan kala melihat syarikat gergasi media negara yang tutup kedai. Dari hari, minggu, bulan, Covid -19 semakin menggila dan meragut ratusan ribu nyawa di serata dunia pada waktu itu.

What do we do? We don’t know! Do we rest the magazine for a while? Apakah kita juga patut gulung tikar seperti yang lainnya? Sudah tentu tidak! Jika kita tutup dan tunggu hingga segalanya pulih sediakala, memandang keadaan yang tenat dan darurat itu, jauh di lubuk hati, kami yakin, impian itu tidak mungkin terjadi. So we both took the challenge. Keep on writing dan produce artikel human interest yang banyak berkait dengan pandemik dan keadaan semasa.

Seingat saya masa itulah ramai wanita mencari resepi secara online, membeli balah pakaian dan barangan keperluan dapur dan hingga membeli perabot pun secara online, a blessing in disguise, rupa-rupanya bila terkurung di rumah masih-masing seronok membaca dan bershopping secara online dan artikel yang kami tulis, tidak kiralah dari perihal topik hangat semasa masyarakat, bab agama mahupun makanan paling laris dipesan melalui Grab dan Food Panda hingga pentas fesyen Paris dan New York kala pandemik itu memuncak  mendapat perhatian dan view oleh fanbase MajalahWM.

Oleh kerana segala pergerakan di muka bumi ketika itu lumpuh dan hampir terhenti at a standstill ramailah yang hilang pekerjaan. Jika dulunya berjawatan juruterbang, jurutera, peramugari, Pengarah Seni, secara automatik ramai menjadi penganggur. Tidak kiralah apa perniagaan yang dijalankan, banyak yang gulung tikar kerana tiada pelanggan, restoran, pusat beli-belah dan pusat percutian serta hotel semuanya kosong bagaikan berhantu.

Yang bertahan waktu itu ialah khidmat makanan yang dipesan secara online, farmasi, hospital dan klinik. Perniagaan pakaian yang dipesan secara online juga kian merecup tumbuhnya dan peniaga mikro menjual pelabagai jenis makanan atau back yard business semakin popular kerana berbulan tiada pekerjaan ramai yang buka dapur mereka jadi pusat berniaga. Waktu inilah muncul gerai-gerai milik para juruterbang, pramugari dan pramugara, termasuklah artis dan tentunya golongan marhain yang sememangnya memerlukan sesuatu untuk mencari rezki.

Bersama Bangkit Dan Buat Perubahan

Menyebut perihal cabaran dan perubahan kami berdua telah melalui pelbagai ujian sepanjang waktu lima tahun itu, and to cut the story short, Wirda kini sudah bergelar nenek dan kedua-dua anak lelakinya sudah mendirikan rumahtangga. Bagai berlumba dengan saya yang kini, in sya Allah akan menerima cucu keenam pada hujung tahun.

Dalam pada saya tercabar bergelut dengan dugaan paling getir dalam hidup saya itu, Wirda pula pada ketika itu turut menghadapi hadapi ujian tersendiri. Kesihatan suaminya menghidap barah usus semakin menulur dan menjunam ke stage four. Wirda berulang alik ke hospital setiap hari melawat suami hamper setahun, manakala saya juga dalam jangka waktu itu terbaring lelah dan bergelut dengan post treatment selepas pembedahan jantung.

To cut the story short again, whatever, here we are! Me with my new lease of life yang Allah masih kurniakan dan Wirda walaupun kini sendiri, we have each other. Life goes on no matter what. Dengan bakat kurniaan Allah inilah kami teruskan kehidupan. Wirda kini punya lebih banyak masa untuk ditumpukan pada penulisan sementara saya mula mengorak langkah dengan dorongan dan rangsangannya untuk terus aktif and move on.

Sekian lama tidak menulis ramai menyarankan saya menulis detik-detik dan knonologi getir perjalanan hidup saya setelah didiagnose bermasalah jantung, bagaimana saya menghadapinya dan apakah petua yang boleh saya kongsi. In sya Allah akan saya kongsi nanti di dalam WM akan datang.

Hampir setahun saya tidak mengetuk papankekunci laptop. Sejujurnya ini adalah artikel pertama yang saya tulis menggunakan laptop antik saya ini sejak saya keluar hospital.Itupun saya temui setelah berminggu puas mencari. Rupa-rupanya sudah menjadi  new toy cucu-cucu saya. Mujurlah tidak rosak dan masih boleh saya gunapakai lagi.

Menyentuh sedikit tentang support system, saya berasa bertuah kerana mempunyai suami, anak-anak dan ahli keluarga terdekat yang amat penyanyang serta prihatin menyokong dan membantu dalam proses pemulihan. Tanpa sokongan moral yang mereka berikan saya tidak tahu di mana saya berada ketika ini. Mungkin terus lelah dalam keadaan yang entah bagaimana.

Satu lagi ingin saya pesan pada semua di luar sana, kawan-kawan juga adalah penyeri dan pendorong dalam hidup kita. We can grow and we can fall with friends. Jika anda miliki teman yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan, maka peganglah tangannya erat-erat. Jangan sesekali dilepaskan.

Related posts

Michelle Hee, The Secret Of Beauty

admin

OVEREXPOSED! Datin Sri Nur Shahida Spoke Straight From Her Heart – With An Honesty So Rare…

admin

Food Is Like Love – Illiana Zakaria

admin

Leave a Comment