AGAMA

Mari Bersedekah

Dalam buku ‘Mukjizat Sedekah’ oleh Muhammad Thobron, anda akan mendapatkan ganjaran yang setimpal dengan sedekah yang diberikan. Allah berfirman dalam surah QS. Ali Imran ayat 92:

لَن تَنَالُوا۟ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ

Artinya: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan (sebagian harta) yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (QS. Ali Imran: 92)

Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 267:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ

Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS. Al-Baqarah: 267).

Harta kekayaan atau sedekah terbaik adalah harta yang didapatkan daripada cara halal. Dengan rezeki yang halal dan keikhlasan,InshaAllah hidup kita sekeluarga mendapatkan keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hadis sedekah yang paling utama diriwayatkan Abu Hurairah r.a berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Setiap ruas tulang manusia harus disedekahi setiap hari di saat terbitnya matahari: berbuat adil terhadap dua orang (mendamaikan) adalah sedekah; menolong seseorang naik kendaraannya, membimbing, dan mengangkat barang bawaannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah; Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sedekah yang paling mudah berupa tenaga. Dalam buku ‘Dahsyatnya Sedekah’ oleh Ahmad Sangid, B.Ed., M.A, bentuk-bentuk sedekah dapat dilihat daripada beberapa hadis Nabi Muhammad SAW sebagai berikut:

“Hendaknya setiap muslim bersedekah. “Para sahabat bertanya, “Wahai Rasul, bagaimana orang-orang yang tidak memiliki sesuatu boleh bersedekah?” Rasulullah SAW menjawab, “Hendaklah ia berusaha dengan tenaganya hingga ia memperoleh keuntungan bagi dirinya, lalu ia bersedekah (dengannya).” Mereka bertanya lagi, “Jika ia tidak memperoleh sesuatu? “Jawab Rasulullah SAW, “Hendaklah ia menolong orang yang terdesak dan yang mengharapkan bantuannya.”

Mereka bertanya lagi, “Dan jika hal itu tidak juga dapat dilaksanakan?” Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah ia melakukan kebaikan dan menahan diri daripada kejahatan, karena hal itu merupakan sedekahnya.” (HR. Ahmad bin Hambal).

Sebab Mengapa Anda Perlu Bersedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkan, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Apakah kamu tahu besarkan balasan yang disediakan daripada bersedekah

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke syurga Allah SWT.

2.  Sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang.

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan dengan bersedekah akan InsyaAllah menjauhi  api neraka jahanam.

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah, dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala daripada sedekah tersebut.

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT.

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri daripada celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan daripada dosa-dosa yang telah dibuat.

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketaqwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.

11. Orang yang memberi sedekah adalah orang yang baik dan siapa pun yang melakukan kebaikan diberi ganjaran oleh Allah SWT. 

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat daripada Allah SWT InshaAllah.

13. Pemberi sedekah tergolong daripada golongan orang yang disayang oleh masyarakat.

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.

15. Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT inshaAllah. 

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup.

18. Sedekah adalah ubat.

19. Sedekah mampu menolong anda daripada kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang.

Yang akhir sekali…

21.Sedekah yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah kerana itu hanya dengan cara berkongsi tulisan ini anda akan mendapat  pahala sedekah, jika yang membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk bersedekah.

Selamat bersedekah

Sumber internet

Related posts

Menolak Ajakan Suami ke Tempat Tidur, Meminta Cerai… Berikut Tanda-Tanda Isteri Derhaka

admin

Mahar dan Kadar Harga Mas Kahwin Ikut Negeri 2022

adminwm

Lailatul Qadar

admin

Leave a Comment