EX BIBIK

Manusia Apakah Kamu?

Kisah si bibik diseksa, disepak terajang meruntun hati kita yang melihatnya.

Terbaru yang viral di facebook  wanita bernama Ambika, 59, yang ditangkap kerana disyaki membunuh pembantu rumahnya. Melihat video sememangnya dia tiada belas kasihan, si pembantu pula langsung tidak melawan dan dia si majikan memang caranya mahu membunuh? Siapa pula yang senang hati mengambil video seperti hendak buat drama? Di mana jiran tetangga dan mengapa dibiarkan sehingga mati?

Wajahnya waktu ditangkap tiada ekspresi… boleh dikatakan dia tidak menyesal akan pembuatannya. MasyaAllah kenapa kejam sangat?

Nasihat kepada majikan kalau rasa tidak suka, pulangkan sahaja kepada agennya. Kalau tanpa agen, memang diambil di jalan belakang dan ‘illegal’, atau jumpa dia di tengah jalan hah, suruh sahaja dia keluar. Kalau benci sangat dengan perangainya yang buruk, suruh dia pergi jauh-jauh, tetapi kamu tiada hak menyeksanya!

Sampai di England kisah ini viral dan teman mengeluarkan isi hati… Sekadar untuk berkongsi luahan hati temanku Nita.

 

Manusia apakah kamu?

Bibik aku kasihan kamu…

Datangnya kamu jauh meratus batu

Kepada ibu kamu serahkan tanggungjawab serta doa restu

Ibu… jagalah anak-anak aku

Aku pergi demi perut-perut yang perlu diberikan susu

Ribut taufan, halilintar itu aku tahu

Tetapi aku tetap serahkan nyawaku…

Ambika, jenis manusia apakah kamu?

Elok direjam dengan batu

Manusia apakah kamu????????

Wirda viralkan supaya orang lain juga tahu, walau di mana sahaja kita berada, tidak akan berdiam diri membiarkan manusia kejam seperti ini lepas, bermaharajalela dan senang hati menyeksa orang yang sepatutnya dilayan bagai keluarga sendiri. Kalau pun 10 ribu kamu bayar agen dengan bulan dua ribu… besarkah sangat duit itu?

Saya melihat pembantu mak, pembantu adik dan pembantu anak saudara sedang menonton video itu… mereka mengalirkan airmata. Pasti mereka tidak kenal dia tetapi berasa betapa kasihannya nasib budak itu.

Mungkin tidaklah mereka seronok sangat tinggal dengan kami tapi saya percaya, mereka bersyukur pastinya.

Lena, pembantu mak, minta dibenarkan dia yang menjaga mak masa di hospital. Sebab hanya seorang sahaja dibenarkan berada di sisi mak di wad, terutama waktu malam. Adalah lebih baik kami anak-anak yang mengambil alih tugas menjaga emak. Lebih afdal darah dagingnya yang menjaga, lebih molek nampaknya anak-anak yang di sisi, bukan orang luar sekalipun kita sudah memberinya tanggungjawab menjaga. Bagaimana nanti dia pembantu, dapat menyelaskan kepada kami akan penerangan daripada pihak pakar yang merawat. “Tak pe Lena, rehat sahaja di rumah, kami jaga mak.”

“Datin, boleh saya melawat opah?” tanyanya pada kakak. “Boleh.” Dan terus dibawanya ke hospital,

Saya melihat wajah Lena, dipeluk diciumnya mak yang dipanggilnya opah. “Opah, cepat sembuh ya, nanti Lena jaga opah. Mak dalam pejam mengganguk…” Terasa kemesraan dua insan ini.

Cerita pembantu yang pernah diseksa

Melihat video tadi, saya terkenang akan kisah  pembantu teman bercerita. Sebenarnya saya ini tidak suka sangat melayan pembantu rumah, lebih-lebih lagi pembantu rumah orang. Sebab sesiapa pun tidak suka kita melayan pembantu mereka. Pembantu itu dihantar ke rumah saya sementara dia di luar negara. “Saya terus mahu tinggal dengan Datin Aini.” Dia  bercerita. “Dulu kerja dengan keluarga Tionghua. Saya kena mandikan anjingnya. Saya bagitahu saya Islam, mereka tidak peduli. “Itu kamu punya agama, tapi di sini kamu ada kerja, kerjanya mandikan aku punya anjing.”

“Demi Allah, aku geli, dan aku takut tetapi itu kerja aku. Mereka makan babi, setelah aku kira-kira ‘bergaduh’ juga, aku tidaklah masak babi tu… tapi aku pastikan periuk aku, satu pinggan dan cawan aku adalah bersih daripada najis. Aku beli sendiri dan aku simpan tempat yang pasti mereka tidak gunakan.

Memang aku kena cuci pinggan mangkuk tetapi aku buat sebab aku kerja. Dua tahun menderita… selalu juga dimarah bilamana suami nyonya tiada. Tiga anak semua nakal tetapi rajn belajar.”

Tamat tempuh aku macamkan taubat tidak mahu kerja sebagai pembantu. Tetapi hidup amat susah, aku minta hanya mahu kerja dengan orang Islam. Orang kedua orang Melayu, tetapi dalam keluarganya macam tiada agama, cuma tidak makan babi. Dan masing-masing macam sibuk dengan urusan dunia, suami dengan hal dia (bisnes) dan isteri (orang politik) juga sibuk dengan politiknya. Banyak duit, kadang-kadang aku jumpa ribu-ribu bawah tilam. Aku pula yang susah hati nanti dituduh mencuri kalau hilang. Tapi kedekut. Pernah sekali aku mahu pinjam wang sebab ibu di kampong perlu rawatan doktor, mereka tidak kasi. Kata mereka, ”Biasa buat alasan ibu sakit dan macam-macam kemudian lari dari rumah.”

Saya bagitahu dia “memang biasa alasan si bibik meminjam wang begini. Dengan muka sedih dan meleleh airmata. Kakak saya selalu terkena, ” saya beritahunya. “Aku faham tapi bukan semua kaki tipu.”

Sempat empat tahun kerja dengan orang politik tu, kemudian aku minta pulang. Dua tahun aku tidak mahu langsung fikir untuk kerja. Tetapi bila suami buat hal aku datang balik Malaysia. Jumpa Datin.”

“Aku syukur, dia baik dan rupanya orang kaya tidak semua jahat. Aku suka bila mereka pentingkan agama, waktu sama pandai meraikan hidup. Aku dibawa ke umrah bersama. Syukur.”

“Kawan-kawan banyak cerita. Kami ada grup dan masing-masing dengan cerita mereka. Tetapi dulu-dulu memang kami tidak berani kalau majikan cederakan kami, tetapi sekarang, kami tahu. Kalau mereka sampai menyeksa, lari buat laporan. Aku tahu ada juga datang cara haram, aku bagitahu kawan-kawan ini, kalau kita baik, mereka akan baik dengan kita. Orang Malaysia secara amnya memang baik…. Tetapi aku takut kerja dengan orang India, orang Tionghua. Ramai baik tetapi mereka suka bela anjing, dan anjing sampai bawa ke bilik tidur.”

“Kami serahkan nasib di sini. Banyak juga kawan-kawan cerita pelbagai cara kekasaran mereka hadapi. Semua ini nasib, ada yang dapat majikan baik. Ada juga yang baik dan betul-betul susah. Kami bukan tiada hati, bila majikan susah, kami pun tidaklah paksa hendak juga duit gaji masa itu. Tetapi kadang-kadang ada juga ambil kesempatan. Pernah kawan aku kerja setahun, tidak dapat gaji. Janji dan janji tapi duit tidak kasi.

“Bagi kami datang merantau untuk cari makan. Tetapi kalau tidak bergaji, baik balik kampong, tanam jagong pun dapat juga dunia.

“Memang nasib sebagai bibik tidaklah semuanya buruk atau semuanya baik. Kadang-kadang aku  rasa kecil hati juga dengan Datin tetapi nak buat macam mana, kita bekerja. Aku fikir macam ini kalau aku tidak buat salah, tentu dia tidak marah. Atau kadang-kadang dia juga stress. Aku kena faham keadaan itu dan aku anggap inilah kehidupan yang ditentukan Allah. Mungkin di dunia kami tidak kaya tetapi insha-Allah di akhirat Tuhan sediakan syurga. Aku kerja kerana Allah.

“Duit yang aku dapat untuk senangkan keluarga dan bila umur sudah 50 aku mahu rehat terus. Pulang kampong, dan tanam sayur belakang rumah, untuk makan sekeluarga. Yang penting sudah ada rumah dan sebidang tanah.”

Katanya sejak bekerja dia sudah boleh sediakan rumah dan beli tanah untuk simpanan hari tua.

Bagaimana pula bibik yang ambil kesempatan dengan majikannya? Kakak aku baik sekali tetapi bibik juga asyik mahu lari, cari lelaki. “Oh itu… banyak juga yang menggatal… aku tahu. Ada pantang jumpa jantan. Orang begini bodoh… Puan tahu tak, ramai yang punya suami di sana tetapi mengaku janda, mengaku anak dara… tetapi sini main kayu tiga. Sebab itu aku takut kalau kawan-kawan ajak pergi tempat kongsi… sana sapa-sapa boleh pilih lelaki mana mereka mahu. Huh jangan sebut, ada sampai buat anak di sini.”

Saya terdiam… “tapi elok jangan ambil yang muda sangat, betul susah majikan mahu layan bila sudah ada cowok.”

Dia benci mmbaca kisah bibik merampas suami majkan. Pernah dia juga diwarning, “kamu kerja rumah aku, tapi kerja baik-baik. Jaga tingkah laku dan jangan kerja hendak menggatal. Suami aku kamu tidak payah layan, tak perlupun sendukkan dia nasi ke pinggan. Tugas kamu, menghidangkan dan biar dia makan. Bila dia habis makan, baru kamu kemas meja, lainlah kalau aku ada di rumah.”

Si Kasmani akur, dia pun tidak suka melayan lalaki, untuk apa pula aku nak melayannya. Tetapi dia juga mempunyai masalah, bila datin tiada dan datuk sahaja adi rumah, boleh tahan si datuk juga kuat memerintah, hendak in hendak itu. Pernah dimarahi kerana kata datuk pembantu rumah malas, bila datin tiada di rumah si pembantu memerap di dalam bilik.

Related posts

Kalau Saya Tipu Allah Laknat…

admin

Awas Bila Bibik Mengurut! Dijampi Serapahnya Kamu

admin

Berebut Bibik. ‘Dia pregnant… tapi saya juga pregnant.”

admin

Leave a Comment