AGAMA

Manfaat Membaca Surah Al-Waqi’ah

Seluruh surah dan ayat yang ada di dalam al-Quran memiliki manfaat dan keutamaannya masing-masing. Salah satu surah dalam al-Quran yang menjadi doa mustajab adalah surah Al-Waqi’ah. Kemustajaban al-Waqiah sudah banyak yang mengetahuinya. Namun benarkah demikian?

Al-Waqi’ah adalah surah ke 56 yang berada di dalam jus ke 27. Di dalam  al-Waqi’ah terdapat 96 ayat. Dinamakan sebagai surah al-Waqi’ah sesuai dengan ayat pertama yang ada di dalamnya iaitu al-Waqi’ah atau yang bererti hari kiamat. Isi daripada surah al-Waqi’ah ini adalah menceritakan bagaimana hari kiamat akan terjadi dan balasannya bagi orang mukmin dan orang kafir. Selain itu di dalamnya juga diterangkan bagaimana penciptaan manusia, api dan tumbuh-tumbuhan, memberitahu akan kekuasaan Allah dan bahawa adanya hari kebangkitan, itu memang benar. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w:

‘Barang siapa yang membaca surah al-Waqi’ah setiap harinya maka ia tidak akan ditimpakan kekafiran.’

Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dirinya akan dijauhkan daripada kesusahan dan kemiskinan selama-lamanya. Hal ini diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud ra.

Ajarkanlah surah al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu kerana sesungguhnya surah al-Waqi’ah adalah surah kekayaan.

Barang siapa yang membaca surah al-Waqi’ah setiap malamnya maka dia tidak akan mendapatkan kekafiran dan kemiskinan selamanya. Surah al-Waqi’ah adalah surah kekayaan maka ajarkan pada isteri dan anak-anakmu.

Manfaat surah al-Waqi’ah sangatlah banyak, antaranya adalah sebagai berikut ini:
Surah al-Waqi’ah adalah amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pelindung diri daripada segala kemudaratan di dunia ini dan juga terhindar daripada kemiskinan. Hal ini sesuai dengan hadith Rasulullah di mana saat itu sedang berbicara kepada Abdullah yang sedang sakit tenat. “Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas kamu meninggalkan mereka.” Lalu Abdullah bertanya, “Apakah setelah aku tiada anak-anakku akan menjadi miskin?” “Sesungguhnya bacalah surah al-Waqi’ah setiap malam. Barang siapa yang membaca surah al-Waqi’ah setiap malam akan terhindar daripada kemiskinan selama-lamanya.”

Bagi siapa saja yang membaca surah al-Waqi’ah sebagai doa wirid maka akan diberikan kesenangan dan kemudahan selama-lamanya oleh Allah SWT.

Barang siapa yang membaca surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya pada satu malam maka dirinya akan dihindarkan daripada kemiskinan. Dengan membaca surah al-Waqi’ah di samping mayat atau orang yang sedang mengalami sakaratul maut, maka akan membantu roh keluar dari jasad lebih cepat. Jika dibacakan di samping orang yang sedang sakit maka nescaya akan segera diberikan kesembuhan dan bila dibacakan di samping orang yang sedang bersalin atau melahirkan maka akan segera diberi kemudahan oleh Allah SWT.

Barang siapa yang membaca surah al-Waqiah selama 40 hari, dan 40 malam maka selama itu pula rezeki akan mengalir deras daripada berbagai-bagai penjuru. Untuk mendapatkan rezeki yang sangat banyak daripada Allah SWT maka biasakan dengan melakukan amalan berpuasa selama seminggu yang dimulai dari hari Jumaat. Setiap selesai melakasanakan solat fardhu bacalah 25 kali surah al-Waqi’ah hingga hari Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat berikutnya setelah menunaikan solat maghrib, bacalah 25 kali surah al-Waqi’ah, dan setelah selesai solat isyak baca surah al-Waqi’ah sebanyak 125 kali dilanjutkan dengan membaca selawat nabi sebanyak 1000 kali. Kemudian perbanyakanlah sedekah dan tetap membaca al-Waqi’ah setiap pagi dan malam hari. Dengan melakukan amalan tersebut nescaya rezeki akan datang dengan derasnya bak air bah bagi anda.

Amalan lain yang boleh anda lakukan adalah dengan berpuasa selama seminggu dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Puasa yang dilakukan adalah dengan puasa yang tidak memakan seperti binatang melainkan hanya makan sayur, buah dan biji-bijian saja.  Pada saat melakukan puasa juga setelah melakukan solat fardhu dianjurkan untuk membaca surah al-Waqi’ah selama 25 kali dan selawat nabi sebanyak 1000 kali. Dengan amalan ini insha-Allah anda akan terhindari daripada kemiskinan seumur hidup anda.

Bagi orang yang senantiasa membaca surah al-Waqi’ah ini setiap malam maka akan dihindarkan daripada kemiskinan. Dan bila orang membaca surah al-Waqi’ah sebanyak 14 kali setelah melaksanakan solat isyak maka akan diberikan kekayaan yang melimpah ruah. Dan jika membaca al-Waqiah sebanyak 41 kali maka senantiasa akan dikabulkan semua keinginannya dalam bentuk rezeki.

Bagi orang yang membaca surah al-Waqi’ah sebanyak tiga kali setelah solat subuh dan tiga kali setelah solat isyak, insha-Allah akan diberikan rezeki yang melimpah dan menjadikan anda kaya namun tetap dermawan.

Menurut fatwa daripada beberapa ulama mengatakan bahawa barang siapa yang membaca surah al-Waqi’ah sebanyak 40 kali selama 40 hari maka senantiasa rezekinya akan terus mengalir tanpa perlu kesukaran dan rezeki yang didapati akan menjadi berkah bagi orang tersebut dan orang di sekitarnya juga.

Jadi, jika ada orang mengatakan membaca al-Quran tidak boleh menginginkan dunia (kekayaan), maka itu tidaklah benar. Dengan memiliki kekayaan maka banyak ibadah yang bisa dilakukan seperti menunaikan haji, membantu fakir miskin, sedekah dan lainnya. Seperti yang dikatakan para ulama “kejarlah akhiratmu tetapi jangan tinggalkan duniamu”.

Mengapa harus surah al-Waqi’ah?
Seperti yang sudah dibicarakan sebelumnya bahawa di dalam surah al-Waqi’ah memang tidak secara langsung menerangkan ayat mengenai rezeki, kekayaan dan semacamnya. Namun di dalamnya mengajarkan mengenai tauhid. Tauhid akan memberikan kita kepercayaan kepada Allah yang akan membuat kita yakin bahawa semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah SWT termasuk hal rezeki. Itu akan membuat kita menjadi pasrah dan tawakkal mengenai rezeki yang akan datang. Hal itu lah yang kemudian akan membuat manusia menjadi lebih giat bekerja dan lebih mudah diberikan rezeki yang berkat oleh Alllah SWT.

Selain masalah itu, di dalam surah al-Waqi’ah juga menerangkan mengenai tiga golongan yang akan terjadi pada hari kiamat. Iaitu golongan kanan, golongan kiri dan juga golongan terdahulu. Jadi setiap golongan ini akan mendapatkan balasan yang setimpal oleh Allah SWT pada hari hisab nantinya. Jadi, anda tidak perlu takut menjadi orang baik kerana semuanya pasti akan diberikan balasan yang setimpal oleh Allah SWT.

Apa doa lain yang harus dibaca setelah membaca surah al-Waqi’ah?
Sebenarnya tidak ada doa secara khusus yang harus dibaca setelah membaca surat al-Waqi’ah. Setiap doa itu baik maka anda boleh berdoa sesuai dengan kemampuannya masing-masing. Namun jangan lupa untuk membaca selawat nabi, zikir dan perbanyakkan istighfar supaya doa yang kita panjatkan pada Allah SWT akan cepat dikabulkan. Zikir dan selawat Nabi ini memang cukup berkesan dalam merayu Allah supaya kita diberikan apa yang diminta. Kuncinya adalah kita harus senantiasa ikhlas dan lapang dada serta merendahkan diri ketika memiliki hajat kepada Allah SWTdan jangan berbuat sombong kepada Allah dan manusia kerana bisa membuat rezeki sulit masuk.


 

Related posts

ROGOL DAN HUKUMNYA DALAM ISLAM

adminwm

10 Mutiara Quran

admin

Jangan Takut, Kita Ada Allah

admin

Leave a Comment