FESYEN

Mampukah Chanel menjadi Hermes?

Jenama Chanel mungkin kini menjadi bualan dan bahan jenaka di media sosial  setelah menjual advent kalender yang berharga 800 usd di mana di dalamnya hanya terdapat stiker dan dustbag dan pelbagai item yang tidak relevan. Ramai yang mengkritik jenama ini kerana keterlaluan menjual barang yang tidak berfaedah pada harga yang tidak munasabah.

Namun begitu, bukanlah advent kalender yang menjadi isu utama, jenama ini khabarnya mengubah strategi jenama mereka dengan menaikkan harga dan melimitkan pembelian kepada pelanggan supaya jenama ini kekal dalam reputasi yang tersendiri dan menjadi lebih eksklusif.

Semua sedia maklum, jenama bag yang paling eksklusif sudah tentu milik Hermes. Berbekalkan bag ikonik Birkin dan Kelly, bag ini dikatakan menjadi cop mohor buat semua pecinta fesyen. Masakan tidak, untuk mendapatkannya bukanlah mudah kerana anda perlu menjadi pelanggan setia jenama ini dan perlu masuk dalam waiting list biarpun harganya tidak masuk akal. Lantas jenama Chanel sendiri mengubah strategi jualan dan pemasaran   mereka agar bag yang dijual kekal ikonik dan dijulang sebagai bag berstatus tinggi. Bag Classic maxi flap 2.55 misalnya kini berharga 9000 usd meningkat 60% dari november 2019 dan hanya berbeza sedikit daripada Birkin dan Kelly bahkan pembantu jualan Chanel sendiri memberitahu bahawa pelanggan hanya boleh membeli satu bag sahaja dan hanya boleh membeli bag lagi selepas dua bulan. 

Yang menjadi persoalannya mampukah jenama ini mencapai eksklusif yang diinginkan kerana strategi yang dilakukan ini telah dikritik hebat oleh peminat fesyen yang mana ramai yang mempertikaikan kualiti jenama ini sejak akhir akhir ini.

Credit pic google

Related posts

CARLO RINO UNVEILS ITS DAZZLING PRISM COLLECTION FOR THE RAYA FESTIVITIES

adminwm

Menentang Kekejaman Haiwan, DVF Ikut Jejak Langkah Gucci & Versace Tidak Lagi Menggunakkan Fur

admin

Koleksi DWA Buat Pencinta Minimalis

admin

Leave a Comment