GAYA HIDUPTULAR

Mak Mentua Sporting, Buat Sendiri Kek Untuk Beri Kejutan Ulangtahun Perkahwinan Anak Menantu

Berita-berita di media sosial boleh jadi menjengkelkan dan kadang menyirap membaca hal politik, membuka aib dan sekarang ada pula berita budak-budak instafamous bergaduh. Macam-macam ya.

Pun begitu, yang ini saya kongsikan kisah yang membuatkan saya dan lebih 24 ribu pengguna Twitter lain yang mengulang kicau tweet ini tersenyum lebar. Kisahnya, seorang ibu mentua yang melakukan kejutan untuk anak dan menantunya yang menyambut ulangtahun perkahwinan keenam. Dalam video yang dikongsi oleh Nasriq Asari menerusi akaun https://twitter.com/nasriq_asari, ibu mentua yang bernama Puan Nurizah Harun memegang sebiji kek dan menunggu anak dan menantu kesayangannya, Shahrul Ezhwan dan isteri, Dayana Farhana di sebalik pintu gelangsar.

Banyak yang meninggalkan komen positif dan teruja melihat video ini. Ada yang menganggapnya sebagai rezeki dapat mentua yang baik, ada yang berharap memiliki mentua yang sama sporting seperti Puan Nurizah dan ada juga yang komen terliur tengok kek yang menjadi hadiah kejutan.

Yup, saya pun sama terliur tengok kek keju bersalji yang dimasak sendiri oleh Puan Nurizah. Orang Felda Soeharto ini memang hebat membakar biskut dan kek dan biasa mengambil tempahan di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

Kata orang dulu-dulu, kita tidak hanya berkahwin dengan pasangan kita saja, tetapi juga berkahwin dengan keluarganya sekali. Seronok jika keluarga mentua kita dari kalangan yang baik-baik dan melayan kita juga dengan baik, tetapi jika tak serasi, sama-sama kita cari jalan perbaiki.

Psst: Teringat kisah seorang primadona Jalan Ampas wariskan satu kotak besar barang kemas untuk menantunya sebelum dia meninggal dunia 

[thb_gap height=”40″][thb_image alignment=”right” image=”10153″]
[thb_gap height=”40″][thb_image alignment=”right” image=”10154″]
[thb_gap height=”40″][thb_image alignment=”right” image=”10152″]

Related posts

Danial dan Eleena

adminwm

Meraikan Ulang Tahun ke 10 Kumpulan BMIC

admin

“Puan Dah Pernah Bersedih/Kecewa Teruskanlah”

admin

Leave a Comment