SANA-SINI

Majlis Silaturahim Mengeratkan Hubungann

Dua tahun sepi, tiba masa bertemu dan bercerita. Sebagai orang Islam, menjadi pula tuntutan untuk kita mengeratan hubungan persaudaraan kerana apa sahaja perbuatan dan perlakuan di dunia ini ada kaitannya dengan akhirat. Seorang yang membina persaudaraan kerana Allah SWT juga akan dipelihara hubungan kesatuan sesama manusia di akhirat.  

Yang demikian, International Women Heritage Vision (WARISTA), Tribute To Women Malaysia (TTWM), Kuala Lumpur Melancholia Patient Support Association (KLMePSA) dan Majalah WM telah bersama-sama mengadakan Majlis Silaturrahim WARISTA pada 11 Jun 2022 di Fatimah Kafè di Busana MARA Kuala Lumpur. Apabila kami bertemu, pelbagai perkara yang baik berlaku!
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Puan Sri Rajmin Rashid dan pasukan Kor Wanita Kota (KWK), Dato’ Normala Kahar dan semua yang melapangkan masa untuk hadir bersama-sama kami di majlis tersebut. Juga terima kasih kepada YM Raja Azam Baeizah Raja Mokhtar, Pengasas RA8 dan Dato’ Ab. Ghani Salleh di atas sumbangan barangan untuk goodie-bag.

Related posts

UOB Malaysia MelancarkMan pertandingan UOB

adminwm

Gathering Local Artisans to Celebrate The Delights of Borneo Cultural Heritage

adminwm

Keselesaan Tiada Tandingan

admin

Leave a Comment